Friday, April 30, 2010

Sepi seorang perindu ;)

Sunyi

Adakah sunyi itu satu yang menyesakkan?Adakah sunyi sesuatu yang mendamaikan???Tpulang kepada individu untuk penafsiran.Sebab sekarang ni aku terasa sunyi walaupun dalam hirup pikuk manusia pelbagai ragam kat Mcd ni ;) Hp aku pun dah tak berbunyi.Terdiam sepi.Sunyi tergeletek di meja kiri.Ayat puitis kalah pujangga nih.Hehehehehehe

Mesti kita pernah rasa sunyi kan.Sekarang ni aku rasa sunyi yang mendamaikan dan juga sunyi yang menyesakkan.Damai kerana aku mampu bertenang n menenggelamkan hiruk pikuk manusia di sini.Tenggelam dalam emosi untuk menarikan jemari menyulam perkataan menghasilkan rentetan demi rentetan.Bait demi bait dan perenggan demi perenggan

Dan aku terasa sunyi yang menyesakkan kerana kala ini aku keseoragan kerana setiap meja punya teman berbicara dan bergelak tawa sedangkan aku karam dalam khayalan ku.Tapi bagus gak.Kesian pembaca kalau aku dah tak tulis nukilan2 ku kan.Hehehehehe.

Malam ni mood blues sikit.Lari dari corak penulisan aku sebelum nih.Tak pe la.Sekali sekala kita tenggelam bersama2 dalam emosi aku k.Aku sering kali cuba untuk mencari ketenagan.Lari dari hiruk pikuk kota yang menyesakkan.Lari dari tekanan kerja yang tak pernah sudah.Pergi sejauh mungkin membawa diri bagi mencari erti ketenangan.Bukan lari dari masalah tapi cuba untuk berehat seketika dari semua itu.

Namun setiap tempat yang aku pergi menimbulkan satu lagi persoalan dalam hidup.Kenapa perlu bersendiri.Berpuluh tahun menempuh ranjau hidup bersendiri.Tidak puas lagi kah?Kenapa perlu menjadikan diri sebeku dan sebejat mungkin?Kenapa perlu mentup hati serapat-rapatnya?Atau aku terlalu takut untuk mempercayai seorang teman?

Aku sendiri tak punya jawapan untuk itu.Mungkin sedar kekurangan diri yang maha melampau menjadikan diri sebegini.Mungkin kerana kekangan masa yang begitu suntuk membuatkan aku tetap begini.Atau mungkin kerana prinsip diri yang tetap membuatkan aku sebegini.Segalanya penuh ngan kemungkinan dan kemungkinan.

Siapakah sebenarnya diriku?Apakah tujuan aku diciptakan di bumi Allah ini?Kemana akhirnya perjalanan hidupku?Di manakah tempatku ini satu hari nanti?Adakah aku perlu terus begini?Perlukah membuat satu anjakan paradigma dalam diriku?Persoalan demi persolan menyesakkan benakku.Persoalan yang entah apa jawapannya.Tak mampu untuk aku jawab.

Aku bermain dengan sepi dan sepi merupakan teman sejati dalam hidupku.Sepi yang tak bertepi.Yang tidak pernah lelah dan tak mengenal erti bosan menemankan ku.Dan aku harap satu hari nanti aku dapat menjawab soalan2 d benak ini sebelum aku menjawab soalan2 di kubur dan akhirat nanti.Harapn supaya puzzle ini mampu kuselesaikan sebelum munkar dan nagkir menambahkan lagi persoalan,sebelum raqib dan atit menjelaskan perbuatan.Moga aku meraih satu nikmat yang tiada tara,dan moga aku mampu membawa tugas khalifahku di dunia.Dan akhirnya moga sepi yang mendamaikan mampu mengusir sepi yang menyesakkan.Mudah2an ……..

Secangkir idea ,luahan bicara

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails