Kekadang bila kita takde kerja kita cari kerja.Tapi bila kerja tuh sampai berambak2 pulak.Sesungguhnya manusia jarang rasa nak bersyukur n puas dengan apa yang kita ada.
Bila kerja berlambak2 , mesti rasa tention n stress.Kenapa la kerja nih banyak sgt.Kenapa la kerja nih tak pernah habis.Then mula la timbull over stress.Penyakit pelbagai pun mula menjengah.Kononnya nak berkenalah.High blood la , heart attack la.Macam2 lagi.
Tapi bila takde kerja lak tak tau nak buat apa.Termenung , termenung dan termenung.Macam menunggu bulan jatuh ke riba.Yg pasti bulan tuh takkan jatuh nyerr.Masa tu kemurungan pun menjelma.Ni pun satu lagi sakit psikologi.
Masa kecik nak sgt masuk sekolah cepat2.Boleh belajar n jumpa kawan.Masa sekolah lak nak jer kerja cepat2.Boleh pegang duit n bebas dari kokongan mak bapak.Tapi dah kerja terasa menyesal tak belajar bebetul.Atau terasa betapa indahnya waktu sekolah tak yah pk duit yang sentiasa tak pernah cukup n kerja yang hari2 buat benda yang sama
Pelikkan.Dah dibagi betis nak peha ( nasib baik aku tak suka makan peha ;p ) . Tak pernah cuba nak belajar syukur.Walau belajar pun asyik terlupa nak apply dalam kehidupan seharian.Macam mana tu ye?
Actually ini lah kehidupan.Tak pernah surut dari keinginan dan impian.Sentiasa inginkan sesuatu yang kurang pasti.Sentiasa mahukan something yang lebih baik.Walaupun luar kemampuan.So kerana sikap ini mula wujudnya budaya ikut2an.
Org ada itu kita pun nak.Bila tak dapat kita sering sedih kenapa la tak dapat apa yang aku nak tapi org tuh boleh lak dapat.Di mana keadilannya???Tapi pernah tak kita pk macam mana agaknya org tuh usaha untuk dapatkan benda tuh.Compare dengan usaha kita tu adakah setimpal untuk dapatkan seperti org tuh??
That’s why wujud perkataan sederhana.Bersederhana dalam setiap apa yang kita lakukan.Pedulikan org nak kata apa.Bukan diorg bagi kita duit n makan minum pun.Selagi kita terus nak ikut org , bila kita nak jadi diri kita sendiri.Sedarlah ada sesuatu yang kita ada tapi org lain takde.Kekuatan kita.Namun kita juga masih ada kelemahan kan.
Tetapkan misi n jalan visi supaya kita mempunyai satu goal yang kita nak dalam hidup.Dapat atau tak belakang cerita.Yg penting kita usaha untuk mencapai misi kita.So renung2 kan lah yerrr
Secangkir idea , luahan rasa
No comments:
Post a Comment