Alhamdulillah.satu demi satu cabaran mendatang tapi syukur kerana diberi ilham dan kekuatan untuk menghadapi dan ditunjukkan jalan keluar dan penyelsaian.Selesai sudah train of trainer a.k.a TOT bg thebubbleletters.Berkampung selama 6 hari di gunung pulai.Sejuta memori tercipta.Pengalaman dan cabaran silih berganti namun semua ni mematangkan lagi diri.Kenangan terindah terhasil di sini membawa nafas baru dalam hidup aku.Trilion penhargaan n terima kasih buatmu.
Suka duka , tangis dan tawa sepanjang kursus menjadi asam garam.Secangkir ilmu dikongsi bersama agar diturunkan ke generasi-generasi berikutnya.Dari kaca mata pengendali , aku sgt berpuas hati dengan komitmen yg diberikan.Bangga dengan ilmu yg telah di ajar dan di amalkan.Dan syukur kerana berjaya membuktikan kelainan pengajaran dan cara sentuhan yg berbeza memberi impak yg sgt memberangsangkan.
Insyallah , kursus TOT bakal diadakan lagi dalam masa terdekat ini,bergantung kepada pengurusan thebubbleletters bagi melahirkan dan mencungkil bakat lebih ramai jurulatih dan fasilitator bagi diserapkan bagi kem mahupun kursus yg bakal dilaksanakan. Buat Hazwani,Iqa,Izah,Ain dan Wan , tahniah kerana telah tamat kursus asas jurulatih.Pasni ada lanjutan TOT tau.Baru layak digelar jurulatih :) dan Hazwani,jgn lupa TOT minggu depan yer.Jurulatih Tahap 1
No comments:
Post a Comment