Semua dah sedia maklum yang saya dan ahli thebubbleletters yang lain telah menjalani program TOT (train of trainer). Program yang berlangsung selama 6hari ni memberi seribu satu pengalaman bagi diri kami sebagai jurulatih yang masih lagi bertatih. Kami didedahkan dengan aktiviti meredah hutan, berkayak, merentas halangan, menguji trek jalan malam, dan membaca kompas. Oh, kami juga belajar berenang. Takde la mahir sangat, Cuma sekarang takdelah cemas kalau kepala tu dalah ada dalam air. Masih perlu banyak berlatih. Tiba2 hati ni terasa kosong dan terdetik, kerdil nya diri kerana banyak lagi ilmu tuhan yang masih diri ini belum dipelajari. Berjanji pada diri sendiri agar tidak sesekali cuba membangga diri atau bongkak kerana kita sebenarnya hanya mahir dalam secubit sahaja ilmu tuhan.
Kalau nak diceritakan satu persatu semua yang telah dilakukan sepanjang kursus, takut semua penat nak membaca sebab terlalu banyak yang berlaku dalam masa 6 hari kursus TOT ni berlangsung. Lagipun, jurulatih2 yang lain karang dah macam novel bersiri dah apa yang berlaku sepanjang 6 hari tu. So biar saya tulis secara kasar jelah yer. (tapi bukan dalam bahasa kasar tau, jgn salah paham. Hehehe)
Berbalik pada aktitvi tot kami, sepanjang kursus ini Abg Amer aka Deadpoets selaku jurulatih kami banyak berkongsi ilmu yang perlu diketahui oleh seorang jurulatih. Kami diajar tentang kelengkapan penting yang perlu dibawa apabila masuk hutan, bagaimana nak menghadapi binatang, cara nak buang pacat, cara nak handle org pengsan, apa yg perlu dilakukan jika sesat dan bermacam lagi. Apa yang paling penting yang selalu ditekankan oleh abg adalah kena sentiasa bersedia untuk the worse scenario yang akan berlaku. Seorang jurulatih kena sentiasa berfikir beribu langkah kehadapan berbanding peserta. Selalu berlegar di gegendang telinga ni “think out of the box!”
3 hari berkursus, dan 3hari kemudian kami mempraktikkan apa yang diajar. Yup, memang 3hari sebelumnya banyak melatih kami dalam menghadapi 3hari seterusnya, tapi 3hari yg terakhir tersebut mengajar 1 lagi subjek yang tak boleh diajar secara detail oleh abg amer pada 3hari sebelumnya, iaitu menghandle peserta. Bukan maksud saya untuk mengatakan abg amer tak ajar, memang ada ajar dan sangat diberi penekanan tentang cara untuk handle budak, tapi bila kita dah mengalaminya sendiri, baru kita boleh tahu, belajar dengan lebih mendalam lagi. Nampak macam senang, tapi bila dah berurusan dengan manusia yang sememangnya dijadikan tidak sama dengan yang lain, sangat memerlukan kamahiran yang tinggi. Saya sendiri bergelut dengan emosi dalam menghadapi mereka. Bukan mudah bila berurusan dengan manusia. Kalau dengan makhluk asing lagi tak terurus rasanya. Haha.
Rasanya ini saja yang bisa saya coretkan untuk aktiviti kali ni. Tak dapat diungkapkan dengan kata2 segala pengalaman yang tersemat. Kalau nak tahu dengan lebih dalam, jom la rasakan sendiri. Setakat baca pengalaman orang lain tak rasa beb! Hehe. Kami sangat mengalu2kan mereka2 yang berminat dalam aktiviti macam ni. Jika ada apa2 pertanyaan atau cadangan, bolehlah hubungi kami ok? Dah macam iklan radio la pulak.
No comments:
Post a Comment