Tuesday, June 15, 2010

M....A...S....A....


Masa masih muda, korbankan kesihatan cari harta

Bila sudah tua, korbankan harta cari kesihatan


Kerana harta, orang asing menjadi seperti saudara

Kerana harta, saudara menjadi seperti orang asing


Orang kaya mampu beli katil yang bagus

Tetapi tak boleh tidur lena(stress punya pasal)


Orang miskin tak mampu beli katil yang bagus

Tapi boleh tidur lena(letih, kerja kuli laa katakan)


Orang kaya ada duit untuk berpoya-poya

Tapi tak ada masa


Orang miskin ada masa untuk berpoya-poya

Tapi tak ada duit


Masa muda ingin jadi kaya dapat menikmati kekayaan

Bila sudah kaya tak ada masa untuk menikmati kekayaan


Walaupun ada masa untuk menikmati kekayaan

Sudah tua jadi tak ada tenaga


Jalanilah penghidupan ini seolah-olah setiap hari adalah hari terakhir anda

Suatu hari perkara ini akan menjadi kenyataan


Kejayaan hanya mampu diraih oleh orang-orang yang mampu mengisi usianya dengan penuh kemanfaatan baik bagi diri mahupun orang sekelilingnya


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails