Aku sering mengikut program yg org lain anjurkan untuk meraih secangkir ilmu dan menambahkan apa yg kurang dalam corak kursus mahupun kem yg aku anjurkan.Aku sedar telalu banyak kelemahan dan kekurangan dlam diri aku.Aku cukup berterima kasih kepada team yg sering support n sentiasa ada dibelakang aku.Memberi idea dan pandangan dan sentiasa menjayakan idea yg aku lontarkan.
Kat sini aku cuba persoalkan bentuk pendekatan yg selalu org ambil dan aplikasikan dalam setiap kursus mahpun kem yg aku pergi.Kebanyakkan yg aku pergi corak pendekatan atau ideologi yg digunakan adalah pendekatan berorentasikan pengalaman ( xperiance learning ) .Dan aku sendiri lebih suka pendekatan one 2 one touching yg mana pendapat aku lebih sesuai.
Xperiance learning yg selama ini aku lihat kurang berkesan.Sama ada kerana pendekatan atau kurang penerimaan.Mungkin kerana corak yg keras kerana ingin membentuk disiplin atau mengambil ideologi tentera yg sentiasa memberi tekanan dan tekanan.Selama ini aku mengkaji psikologi dan emosi manusia yg mana ya , mereka berubah kerana mengikut peraturan ( aku lihat dari konteks budak seklah ) , kerana takutkan jurulatih yg garang dan sentiasa ketat mukanya.
Dan cikgu2 tersenyum bangga kerana melihatkan perubahan yg ketara pada anak didiknya.Tapi sejauh mana perubahan ini mampu untuk dipertahankan?Adakan perubahan kerana takut dan bukan kerana datang dari dalam diri mampu merubah mereka ini bila kembali ke kehidupan asal mereka?
Bagi pendapat aku , perubahan ini berlaku hanya untuk satu jangka masa iaitu sepanjang kem atau kursus dilangsungkan.Kerana wujud tekanan itu hanya sewaktu di kem.So pendekatan seperti ni sepatutnya , bagi pendapat aku ,dilakukan secara istiqamah.Berterusan dalam satu jangka masa waktu yg panjang untuk membentuk corak yg diiginkan.Mungkin konsep ketenteraan di ambil sebagai pandua tetapi kita perlu ingat mereka yg masuk dalam bidang ketenteraan mmg dah dsetkan minda mereka untuk megalami ketegasan yg bukan kepalang.Dan mereka perlukan mengalami kursus pemantapan minda@brain storming serta mental setting selama 6 bulan.Boleh ker kita menggunakan pendekatan ini kalau masa untuk brain storming n mental setiing mungkin mengambil masa paling lama pun 2 jam?
Atau mungkin aku yg tersalah apndang atau tersilap bicara mengenai pendekatan ini.Harap maafkan andai kata2 ini kurang menyenangkan tetapi aku sekadar meluahkan pendapat dan pandangan.Cuma ingin mebicarakan pendekatan yg sesuai bagi membentuk sahsiah dan peribadi.Bagi memastikan setiapkeringat dan wang yg diaburkan berbaloi dan bermanfaat.Bukan mudah untuk mencari wang tetapi lagi bermanfaat jika dilaburkan untuk mencari secebis ilmu kan?Kerana terputusnya hubungan kita dengan dunia satu hari nanti kecuali 3 perkara iaitu sala satu daripadanya adalah ilmu yg dimanfaa dan disampai2kan kan?
Apapun terpulang kepada individu kerana pada aku ,mengikut cara aku , setiap org mempunyai pendekatan yg bbeza.Aku masih setahun jagung dan berhingus untuk membuat hipotesis dan membentuk ideologi tetapi sekadar luahan pemikiran dan permerhatian.Terpulang atas penerimaan kalian ;)
Secangkir idea , luahan kata
No comments:
Post a Comment