Masa : Petang yang suam2 kuku
Mood : Jiwang berkarat
Latar : Padang yg ditaburi bunga lalang
Muzik : Desiraan angin sepoi2 biadap
Bingung,terpana dek kerana kegalauan jiwa.Raja dua lautan ini yang di kata serba serbi punya segala dalam hidup terpanah dengan arrow yang ditembak oleh cupid biadap.Menjadikan jiwa bagai ditimpa badai seiring dengan gelaran 2 empunya lautan.Ribut yang melanda dalam benak hati tak seiring dengan ketenangan dan keselamberan wajah yang menghiasi wajah.Adakah dia kesal kerana diporak perandakan hidup demi kerana kecintaan.Demi kerana kasih yang mengalir tak berkesudahan.Kerana kerinduaan yang tak putus2 menerawangi hidupnya?
Tidak.Sama sekali perkataan kesal itu tidak pernah wujud dalam kamus hidupnya.Dia telah memilih untuk terjun lombong.Atau dengan lebih tepat mendedahkan dada membiarkan sang cupid menembak dirinya dengan penuh rela.Jadi kata kesal itu tidak harus ada.Namun kegalauan hati menjadi titik utama,bak akar serabut memenuhi benak pemikirannya.Penuh dengan persoalan dan pemilihan.Penuh dengan ranjau dan dugaan.Namun sebagai raja , keputusan yang tepat perlu dibuat.Tanpa menjatuhkan maruah dan tanpa perlu dicabar kredebeliti.
Ini masalah dirinya.Bukan masalah negara.Jadi tidak perlu melibatkan para cendiakawan dan bijak pandai dalam soal ini.Tidak perlu melibatkan mamanda menteri , apatah lagi menggerakkan seluruh tampok pemerintahan memikirkan kegalauan jiwanya.Untuk tidak disyaki , dia terpaksa bermuka2 bagi mengelakkan kredebilitinya itu tercabar.Hipokrit ? baginya tidak kerana isu personal tidak perlu dicampur aduk dengan isu profesional.Terseksa ? ya , seperti bermain dengan api yang mana kini dia sedang berdiri di tebing, waima peluh bercucuran membasahkan segala pakaian.Baik yang luar , apatah lagi yang dalam
Kecintaan ini memang tidak dinafikan.Namun pemisahan oleh dua benua yang maha jauh , apatah lagi terdirinya tembok yang kukuhnya mengalahkan tembok Berlin membutuhkan dirinya untuk mempermudahkan pekerjaanya.Apatah lagi pemerintahan yang berbea menyulitkan lagi misi untuk berasmaradana bertemankan bulan purnama.Sebagai Amirul Mukminin , sudah tentu dia punya kuasa untuk mengkuku besikan mengikut corak dan aturannya.Namun berapa ramai yang bakal menjadi mangsa akibat kecintaanya yang menggila.Akalnya masih waras untuk mepertimbangkan segala kemungkinan.Tersalah langkah bererti kehancuran.Kesesatan dan kerugian yang bukan sedikit nilainya.
Pemerintahan terus dijalankan seperti biasa.Namun sedikit kecapekkan mula terlihat.Sesngguhnya dia juga manusia biasa yang punya hati dan perasaan.Punya keinginan dan nafsu.Bukan seperti malaikat yang patuh tunduk akan titah Tuhannya.Tanpa terleka walau sepicing pun.Akhirnya tekad dan bulat pemikirannya.Jika diteruskan begini maka akan sia2 lah segala keringat yang telah diusahakakan selama ini.Namun seberapa lama mampu bertahan.Entah la.Belum try belum tahu.Eksperimen harus dijalankan walau apa jua kos dan risikonya.
Hati yang duka nestapa terpaksa ditopengkan dengan senyum dan tawa.Kegalauan pula ditutup dengan karisma.Sungguh indah dunia percintaan namun bila terjun di dalamnya , makna indah itu sukar untuk digapai.Namun sudah tentu sebelum berjaya ke pluto , hendaklah ada kapal angkasa.Sebelum ada kapal angkasa hendaklah ada saintis dan engineer berpadu tenaga menyiapkannya.Maka kemanisan itu akan hadir setelah pengorbanan dan hijrah yang dilakukan.Dan dia percaya kemanisan itu akan dikecapinya tanpa mengira kesusahan yang bakal dihadapinya.Hati ditolak ketepi.Perasaan dilambung pergi.Yang ada cumalah jasad yang mempertaruhkan segala jiwa dan raga bagi menunggu saat kemanisan itu datang.Ya , kali ini adalah hipokrit.Dan kini dia percaya runtuhnya kerajaan itu kerana seorang wanita.Kalahnya sufi,petapa dan peperangan itu juga kerana wanita.Terjerumusnya Yusuf di dalam penjara juga kerana Zulaikha , seorang wanita.Dan tersungkurnya dia kini juga kerana seorang wanita
No comments:
Post a Comment