Saturday, July 3, 2010

Pemikiranku 1

Hari ni aku ingin berbicara mengenai kejujuran dan kepercayaan.Tentang menghargai dan dihargai.Juga mengenai prinsip dan kepercayaan.Aku terpanggil untuk mencoretkan idea dan pandangan ini tika aku berbual dan berdiskusi bersama seorang dari seberang yg gigih mencari sesuap nasi di negara ini.Mas Gunawan Aristo Yuda.

Kekadang kita terleka seketika dari menghargai apa yg dikurniakan kepada kita.Kekadang kita alpa dan hanya menyedari setelah hilangnya sesuatu dari hidup kita.Kekadang kita mempergunakan tanpa memikirkan sesuatu dari sudut2 tertentu yang akhirnya membawa kemusnahan dalam diri kita.Hanya kerana tidak mahu berfikir panjang dan hanya mahu mempergunakan tanpa digunakan.

Aku kagum dengan manusia yang aku panggil Yuda ini.Merantau meninggalkan keluarga bagi meneruskan penghidupan dan berani melakukan hijrah untuk meperbaiki kehidupan.Kala ini aku terfikir betapa tabahnya manusia ini dan secara tidak langsung membuka minda aku yg selama ini tertutup dengan persepsi dan andaian yg negatif.

Sebut sahaja Indonesia , pasti tergambar pendatang tanpa izinnya yg kini bermaharajalela di Malaysia berdaulat ini.Malah aku sendiri berfikiran mereka ini mendatangkan masalah dan menularkan gejala sosial di tanah airku.Rasa jika aku punya kuasa , akan aku halau dari terus memijak tanah bernama Malaysia ini.Nasib baik la aku tak punya kuasa itu ;p

Sejenak Yuda menyedarkan aku mengenai masalah gejala sosial.Biar aku kupas satu persatu.Lambakkan mereka yang selalu kita lihat dimana2 seolah2 menyakitkan mata.Kita menunding jari kepada mereka ini hanya kerana loghat yang mereka katakan itu berbeza dengan kita.Atau mungkin pakaian yang mana dari pandangan aku perempuannya kalau pakai seluar jean pasti dengan boot cut nya ( lebar kat pangkal kaki ) n lelaki pula selalu pakai jaket jeans yang langsung tak match warnanya.Sakit mata aku memandang ;p

Tapi tak kurang pula anak2 muda Malaysia sekarang yang berpakaian lebih teruk dan menjengkelkan ( kalau dikalangan temanku menggunkan istilah “belanja” ;p) namun masih dimaafkan kerana mereka ini bercakap bahasa Malaysia.Adakah wajar tindakan meletakkan kesalahan di atas pundak Indonesia semata2?Tak adil kan tapi sesungguhnya manusia mana mampu berlaku adil kan kan kan.Hehehehehehe

Gejala seperti rompak rogol samun ( Adakah ia satu gejala??? ) juga kita sering kaitkan dengan diorg nih.Tapi aku dibukakan minda oleh mas yuda ni.Gejala ni sebenarnya berlaku di mana2 disebabkan kerana ketidakpuahatian atau ketidakcukupan ( apa daa perkataan yang aku nih ) diri yang mana penyebab utama berlaku benda2 biadap ini.Kalau kita perhatikan anak2 muda bumiputera pun melakukan benda yang sama malah lagi hebat n banyak kuantitinya.Tapi kerana ada satu point of view yang boleh ditunding jari dan diletakkan kesalahan maka itu yang diambil untuk melindungi dan menyembunyi.Aku seolah2 pro Indonesia bila berbicara tapi secara hakikatnya tidak.Aku mengambil pandangan dari seorang manusia.Yang punya pacaindera sama ada lengkap@x.Bukan Indonesia,Malaysia atau selebihnya.Ye la cuba kita letakkan diri di tampat mereka.Hidup dengan kerja lebih masa dan gaji yang rendah.Malah kekadang ditipu oleh majikan.Mereka ini pun manusia juga kan.Macam kita.

Ok.Rasa nanti kalau aku ulas benda ni akan jadi lagi hangat.So better aku ambil yang positif.Aku rasa mereka ini tak jauh beza dari kita.Kenapa mereka ini boleh bekerja sebagai buruh kasar atau senang kata kerja yang kita tak nk buat.Sebab mereka takde kat negara diorang,Macam aku dulu , zaman aku belajar , sanggup jer cuci pinggan , mop lantai , jadi pelayan yang dimaki hamun bila bt salah.Tapi aku terus tabahkan hati untuk meneruskan hidup.Kenapa?Sebab ada satu kesedaran di mana jika aku tak berusaha di tempat org , aku takkan punya duit kocek untuk merayap n melancong.Hehehehehe.So di situ ada satu tekanan di mana aku mampu untuk berbuat apa sahaja.Even kena maki hamun pun bukan ada yang kenal aku kan,Ye tak?Ekekekekeke.Tapi balik ke sini , kenapa aku tak boleh bt?Bukan tak boleh.Tapi xnak sebenarnya.Kerana aku berada dalam comfort zone yang mana tiada tekanan untuk aku meneruskan kerja2 sedemikian.So kerana zon selesa ini membuatkan aku jadi malas dan malu.Kena ubah nih!!!!!

So untuk seterunya kita sambung lain kali ek.Nanti penat lak korg nak baca panjang2.Hehehehehe.Apa pun cuba renungi.Banyak yang tersirat yang cuba disampaikan oleh aku.Apa pun bak kata atok Tuah.Tak melayu hilang di dunia.N bak kata aku , biar hilang dari merempat di bumi sendiri ;p .

Secangkir idea,luahan kata

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails