Hari ni aku tgk bola kat kedai mamak.German Vs Argentina.Gud bye to u Argentina.Semua kurang menjadi hingga kena belasah 4-0.Anyway a good game n aku pun enjoy tengok.Tetiba aku terfikir,kenapa ye sebut jer lepak n bola , mesti kedai mamak jadi pilihan.Apa yang ada pada kedai mamak tuh yer?Bukan nak sabotaj tapi juz nak berfikir.Aku pun hari ni lepak kedai mamak.Kenapa?Sebab suasana dia havock,juz nak feel da air.
Makanan kat kedai mamak tu ikut citarasa tekak aku ( mungkin sebab aku org kampung kot ) takde la sedap sangat.Aku rasa aku masak lagi sedap ( hakikatnya aku bukan reti masak sgt pun ;p ).Tapi kenapa mamak jadi destinasi utama dan tersohor di bumi Malaysia ini.Sebab servis dia cepat n kalau tak dapat pesanan , diorg main pekik2 sesama diorang dalam bahasa yang aku dengar sama jer intonasi ( high pitch yg pasti !! ) n terus dapat.N bila duduk jer pelayan terus sampai.Haaaa , tu mungkin sebabnyer kot.Servis cepat dan pantas walau tak berapa sedap tapi tetap di hati masyarakat Malaysia khususnya KL.
Then aku rasa kedai mamak ni pun mahal.Teh panas rasanya 60 sen jer kot.Tapi sampai RM1.20.Fuh.Mengketedarah gak.Belum makan lagi.Dah macam lepak kat semi high class nyer tempat.Ekekekeke.Ok2,berbalik kepada tajuk.Argrntina main hari ni serba tak menjadi.Back pun goyah.Mayb terkejut dengan kebolosan gawangnya pada minit2 awal permainan.German nampak lebih mantap dan jitu serangan.Anyway tahniah buat German dan selamat berjaya di peringkat seterusnya.
Masa aku tgh tgk perlawanan ni,kesian pada penyokong Argentina.Teruk gak diorg kena boo dek kerana kekalahan pasukan mereka.Mula2 terasa seronok gak ( bt pengetahuan aku atas pagar.bola sepak bukan feveret aku ;p ) tapi lelama aku terasa macam keadaan mula diluar kawalan.Bila peyokong fanatik ( hooligan ) German mula membuka baju dan mencaci penyokong Argentina.Aku rasa tu dah melampau.Nasib baik la takde pergaduhan berlaku.Kenapa yer perlu sampai macam tuh?Even German menang sekalipun apa yang kita dapat?Cuma keseronokkan dan air of glory.Thats all.So biar la sama2 menghirup udara keseronokkan sukan no1 dunia ni n enjoy dengan pertandingan yang sentiasa membuat kapilari darah menerima tekanan lebih ;p
Apapun bagi aku better kita sama2 enjoy n rasai happening demam piala dunia nih.Tak perlu ada perkara diluar kawalan dan pertimbangan berlaku.Even masa sebelum game ni pun diorg peggang banner say no to racism.So secara tak langsung kita pun katakan tidak kepada perkara yang boleh memburukkan keadaan.So chill n kita nantikan sapa yg berjaya menjulang Piala Dunia 2010 :D
Secangkir idea,luahan kata
No comments:
Post a Comment