Wednesday, August 4, 2010

Kebosanan tahap dewa

Salam.Sorry guys sebab terlampau banyak typing error dalam nukilan ku lately ni.Punya la malas nak edit sampai ditegur.Thanks kepada yg memberi teguran itu.Insyallah akan cuba sedaya upaya untuk mengatasi kelemahan diriku ini.Kali ni aku ingin berbicara mengenai hero yang sengal tahap petala kelapan.Fikir2kan :)

Nak dijadikan kisah , ada seorang gadis yang ayu tahap dewa,err...silap dewi ( dewa mesti macho n hensem jer kan ;p macam aku.Ekekekekeke) sedang berjalan melalui satu kawasan yang sunyi.Tika itu dia sedang membimbit beg galas berisi segala macam buku,khazanah dan harta karun.Terleka di dalam library kerana menghabiskan bacaan journal sehingga tidak sedar masa berlalu sehingga terpaksa pulang lewat.

Dalam perjalanan untuk kembali ke tempat kediamannya , dia terpaksa melalui satu kawasan lorong yang gelap dan sunyi.Mengerling ke pergelangan kirinya.Luminator dari jam tangannya menunjukkan jam 11 malam.Nak atau tak dia terpaksa balik.Takkan nak tido kat library pulak kan.So nekad untuk melalui lorong tersebut.

Hatta nak dijadikan cerita , sedang gadis ini menapak , selangkah demi selangkah ,terlihat kelbat empat manusia lelaki sedang bersandar di tiang lampu lorong tersebut.Di kala itu hati tidak terkira debarnya.Tambahan jalan yang kelam dan sunyi , hingga terdengar degup jantung gedebak gedebuk gedebak.Langkah kaki tetap diteruskan.

Tiba2 . Jeng jeng jeng , lelaki tersebut melangkah lalu menangkap lengan gadis tersebut

."Hoi , apa kau buat ni biadap.Lepaskan aku binatang " kata gadis tersebut
" Cik adik , kami ni bukan binatang , Kami ini manusia .Hahahahahahaha " Gelak penjahat A
" Binatang kau.Lepaskan aku.Apa kau mahu ha " Gadis itu meneruskan bicara dalam rontaan.Betapa kuat sangat la kudrat seorang gadis kan.Sesungguhnya perempuan memang insan yang lemah :)
"Cik adik ni makin marah makin manis la.Ulang suara , kami ni bukan binatang la cik adik " Ujar Penjahat B
" Baik lah manusia.Lepaskan aku " Dengan pasrah gadis tersebut bersuara,
" Lawak lah cik adik ni.Abg suka " Penjahat C pula memulakan mukadimah


Tiba-tiba ...... seorang hero pun muncul.Lalu terjadilah perkelahian antara hero ini dengan penjahat A,B dan C.Ditumbuk,disiku dan sepak terajang.Biasa la gaduh.Aksi smack down , tomoi , kuntau dan segala macam aksi mempertahankan diri dilihat. ( aksi 18 sg so tak boleh dihuraikan secara detail takut menjadi ikutan ;p )

Untuk dipendekkan cerita , hero tersebut mengalahkan 3 penjahat itu.Hero katakan.Tapi teruk gak la sebab hero tersebut tak mempunyai super power macam ultaman , superman mahupun kluang man.Mungkin tak cukup menuntut atau tak cukup minum super power oligo koko kot.Lebam sana sini.Mulut dan pelipis berdarah ( dah macam budak rugby kpz jer ;p )

Bertanya gadis tersebut kepada hero " Awak sakit tak ? " Lalu hero tersebut kerana nak control macho mengatakan tidak.Lalu gadis tersebut menekan kawasan lebam hero itu " Sakit tak " Erkkk.Sengal apa minah ni.Tapi kerana menjaga ego lelaki tersebut mengatakan tidak."Lalu minah tersebut ambil kayu yang digunakkan tika bergaduh tadi lalu mengetuk kepala hero tesebut.Aku tolong minah gila rupanya.Lalu mencicit hero tersebut lari bagai tidak cukup tanah dibuatnya.

Ok.Sekarang kita tinggalkan seketika cerita di atas.Apa yang aku nak sampaikan kat sini adalah setiap manusia akan merasa sakit.Macam aku.Sekarang ni tengkuk aku rasa cam nak tercabut.Kenapa?Sebab ada lembu gila yang siku leher aku masa training rucking malam tadi.Sakit memang akan terjadi pada setiap manusia.Benda ni memang tak boleh lari.Sakit hati terutamanya kerap terjadi malah tidak keterlaluan setiap minggu sekurang2nya akan berlaku gejala ini.

Sakit hati tu kira standart budak baru merangkak la.Kira selalu berlaku.Sakit kategori remaja pula sakit cintan cintun.Atau kita lebih kenal dengan puppy love.Jika diteruskan dan remaja tersebut hanyut dengan sakit jenis ini maka hanyut la masa depannya.Sakit org dewasa pulak adalah sakit nak dapatkan MC.Dari situ tercipta pelbagai penyakit yang tak sakit atau dengan lebih tepatnya tak wujud pada diri individu tersebut.

Aku tau ni dah makin merapek.Dah lari terlalu jauh dari apa yg aku nak sampaikan.Ok.Bila kita sakit sgt , maksudnya sampai ke satu tahap dimana kita sendiri dah tak mampu menahan rasa , 4 sure kita akan pengsan.Selagi kita tak pengsan tu maknanya kita masih lagi mampu bertahan dengan kesakitan tersebut.

So straight foward.Selagi kita masih ada dalam kewarasan akal selagi tu la kita dikhendaki menunaikan tanggungjawab iaitu solat lima waktu.Aku percaya bahawa setiap agama juga ada cara tersendiri untuk menunaikan tanggungjawab terhadap tuhan agama masing2.Dan setiap yang terjadi dan setiap apa yang kita lakukan mesti ada balasan kan.

Jadi cuba kita bayangkan kesakitan akibat disempuk dengan kayu tadi.Dah la baru pas bergocoh bak kata org ganu.Kena plak hempuk.Memang dah jadi macam jatuh dari atap , pastu terdendang pasu bunga mak sampai pecah n kena tempeleng laju2 ngan mak dan finally mesingan mulut yang tak reti berhenti .Tapi dengan kesakitan yang demikan tidak membolehkan kita lalai dari menunaikan tanggungjawab dengan Nya.

Cuba renung seketika.Kita takut sakit.Kalau main rugby tu takut kalau tak perform n kena hempuk ngan kawan2.Kalau tengah sihat tu kita takut kena infection penyakit berbahaya apatah lagi kalau kena lumpuh dan sebagainya.Tapi pernah tak kita terfikir sakitnya azab dan seksa api neraka akibat dari kesilapan dan perbuatan kita sepanjang kita bernafas di muka bumi ini?

Tak payah susah la.Aku bukan nak jadi uztaz atau tabligh .AKu cuma menyampaikan apa yang aku fikirkan dan juga peringatan buat aku sendiri.Solat 5 waktu.Dalam Islam pun kita boleh sembahyang duduk kalau uzur.Kalau dah tak larat sangat pun kita boleh baring.Waima dengan gerakkan anak mata pun dibolehkan jika kena dengan situasi dan keadaan,So takde sebab kita culas dalam mengerjakan ibadah wajib ini.Kita takut kalau sakit di dunia tapi kita sering terlupa dengan azab yang telah dijanjikan Nya jika kita ingkar dengan suruhan Nya.

So sama2 kita renung kembali dengan apa yang dah kita lakukan sepanjang kehidupan kita. Kita renungkan kehidupan kita di masa silam dan kesilapan kita di masa lalu.Mayb we can get something.Bukan mudah nak jadi baik kan?N tak salah untuk berubah hari ini walaupun sikit dari langsung tiada.So sama2 kita fikir2kan.Cerita di atas hanya sekadar hiasan ;p

Secangkir idea , luahan kata

1 comment:

  1. bkn ke ada 4 penjahat? mana pegi penjahat D? hehehehe
    ke penjahat D bertukar jd hero? =P

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails