Saturday, April 24, 2010

Adam Vs Hawa

Perempuan sinonim ngan bunga dan air mata manakala lelaki tak dapat dipisahkan dengan bola dan kereta.( ada gak la yang menyongsang arus.kalau tak takde la timbulnya perkataan mat bunga n minah rempit kan kan kan ;D ) Haaa.kali ini kita kupas mengenai tajuk bunga,airmata,bola dan kereta …Ekekekekeke .

Pada dasarnya tajuk ini timbul semasa kami thebubbleletters mebuat satu kerja tak masuk dek akal di mana melepak di 2 pantai pada malam yang sama,menempuh perjalanan penuh ranjau dan onak duri dari Selongor ke Melaka , dengan bersaksikan cahaya bulan hampir purnama dan menantikan xam yang bakal brlangsung pada hari2 berikutnya.Pergh.Ayat skema n bunga2.Dijelaskan di sini bahwasanya aku bukan mat bunga yerrr!!!! ( xpecially ayat ini di dedikasikan buat Hazwani,Atikah dan jua Fatimah yang tengah terkepit2 menahan gelak tuh )

Baiklah , bagi meneruskan bicara kita pada hari ini ( ayat mat skema ) marilah sama2 kita bertafakur dan bersyukur atas apa yang diberikan kepada kita . Ya aku telah mula melalut n meraban.Bukan Marhaban yerr.Ok2.Bunga dan air mata.Kenapa 2 benda alah ini sering dikaitkan oleh kaum yang ganas lagi buas iaitu kaum hawa dan kenapa kereta dan bola tak dapat dipisahkan dari kaum yang tersangat2 lembut hatinya dan sopan.Siapa lagi kalau bukan kaum adamkan kan kan.Hehehehehe

Actually otak budak perempuan dan otang setengah lelaki setengah perempuan nih berbentuk ala2 burger.Hahahahaha.Aku gurau jer.Otak semua sama jer.Perempuan bersifat abstrak.Yang mana kaum ini lebih suka terawang2 ( that’s why hantu perempuan banyak terapung manakala hantu lelaki banyak melompat2 kan kan.eg : lagsuir(hawa) n hantu cina (adam) ;) ) . Suka sesuatu yang tidak nyata.Keharuman bunga yang tidak dapat disentuh menggunakan tgn dan air mata yang selalu hadir apabila emosi yang tak dapat dibendung.

Manakala lelaki pula lebih bersifat nyata dan lebih sukakan sesuatu yang berbentuk 3 dimensi.Dapat dizahirkan dan mampu untuk disentuh.Sebagai contoh kenderaan bermotor yang mana mampu diinterpretasikan menjadi sesuatu.Tambah eksoz besar serombog kapal la , GT Wing la dan pelbagai lagi.Thats why kenapa lelaki tidak berminat bermimpi dan hidup dalam khayalan.Chewah.Bebanggalah kaum adam diluar sana!!!!

Fakta mengatakan bahawa lelaki bersifat lebih tertutup berbanding dengan perempuan dan begitu juga sebaliknya.Namun perempuan lebih hdup lama berbanding dengan lelaki kerana sering mengalirkan air mata baggi tujuan meraih simpati , e’eh silap2 ,meluahkan perasaan ;p .N bagi kaum hawa korg boleh berbangga kerana hidup lagi lama.Bagi la diorg kembang kejap.Kejap jer.Pas ni aku smash balik.Ekekekekeke.

Hiyargh ,smash dari aku nampaknya bakal tiba dan sudah semestinya tidak dapat disambut walaupun Shrapova atau adik beradik Wiliams berganding bahu dan tenaga , mcuba sedaya upaya.Sedar lah wahai kaum hawa,walaupun korg mampu untuk hidup lama , tapi korg cepat tua.Hahahahahaha.Kaum adam dengan bangganya mampu stay handsome n macho walau telah berusia.Contoh paling jelas adalah aku.Hahahahahahaaha

Ok.Sebelum ada wujud king kong betina baik aku kembali ke pangkal jalan.Lelaki seperti yang kita tahu punya 9 akal dan 1 nafsu manakala perempuan sebaliknya.Thats why lelaki lebih berkeupayaan memandang dan merancang masa depan dengan lebih jauh berbanding wanita.Namun bab yang dekat2 ni failed.Thats why lelaki banyak rabun dekat.Hahahahaha.Perempuan pula lebih cenderung melihat benda2 yang dekat.So perancangan jangka pendek lebih sesuai untuk wanita manakala lelaki lebih sesuai untuk perancangan jangka masa panjang.

Dari segi perbuatan pula , perempuan lebih percayakan telinga manakala lelaki lebih cenderung pada mata.Tu sebab wanita lebih banyak bergosip n percaya pada khabar2 angin compare lelaki yang suka melihat di depan mata bagi tujuan pembuktian.Di sini ada pro n kontra dimana kaum lelaki selalu sambil lewa dengan apa yang didengar sehinggakan tersilap langkah dan terlambat mengambil tindakan manakala wanita pula sering terlebih langkah dan menjadikan sesuatu yang simple kepada complicated.So masing2 ada kelebihan dan kekurangankan???

That’s why tiada manusia yg sempurna n salah satu sebab kerana benda2 alah ni.Tapi kerana gabungan lelaki dan wanita ini lah mampu menjadikan kesempurnaan.Malah ada pepatah mengatakan setiap lelaki berjaya punya wanita dibelakangnya. ( Tapi kalau wanita berjaya kat belakang dia ada apa yer????? ;D ) Apa pun lelaki perlu ada wanita untuk hidup malah tanpa wanita siapa lah kita kaum adam ni kan.Yang melahirkan kita juga seorang wanita malah syurga juga terletak di bawah kaki ibu kita , seorang wanita ( jangan lak nanti korg jumpa orang yang melahirkan korg n cari syurga kat situ !!! ) Iagi satu perumpaan yang mana betapa besarnya kuasa wanita.Ada pepatah mengatakan ( berapa banyak pepatah daaa ) tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia ( gila hebat!!!!! Gempa bumi wehhh !!!! that’s why aku kata kingkong hawa tadi ;p ).

Kesimpulannya wanita mahupun lelaki saling berkait rapat dan saling memerlukan antara satu sama lain bagi meneruskan rantaian dan kitaran semula jadi ( maksud aku kitaran hidup , bukan recycle yer budak2 enviromental technology ;p ).So saling menyanyagi lah antara lelaki dan perempuan.Sayangilah mak dan ayah kita kerana tanpa mereka tiada lah kita.Sayangilah adik beradik kita kerana mereka ini sahaja lah darah daging kita di dunia ini.Sayangilah rakan lelaki dan perempuan anda kerana mereka inilah yang selalu temankan kita melepak n bergurau senda,Sayangilah pakwe n makwe anda kerana dengan mereka inilah nada bakal berkemungkinan melayarkan bahtera merdeka.E’eh bahtera rumah tangga yang sebenarnya ( juga termasuk balakS dan awekS tau.Ada S tuhhhh!!! ) .Dan sayangilah bakal pakwe n bakal makwe anda kerana mereka ini lah bakal menyempurnakan hidup anda.Dan sayangilah sapa jer2 yang korg nak sayang kerana tak rugi pun jkalau korg saling sayang menyanyang.kakak hidung kembang ;D

Secangkir idea,bingkisan kata

4 comments:

  1. saye x setuju!!!!! bangkang 100%

    ReplyDelete
  2. hahahahaha.Kenapa pulak?Ahaks.Sentiasa dengan tidak kepuasan hati

    ReplyDelete
  3. ceh mmg xkan puas hati.. lg 1.. "sayangilah bakal pakwe n bakal makwe anda".. mcm mane nak tau 2 bakal pakwe/makwe.. hah jwb2.. hahaha

    ReplyDelete
  4. Bukan susah pun.buka mata nurani dan hakiki.Gunakan naluri.insyallah kamu akan nampak ;p

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails