Ya,sekali lagi kita dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki dan didekatkan jodoh ( kalau tak takde la korg baca blog ni kan.ekekekeke) untuk kita.Thanks coz masih setia membaca dan terus membaca.Tanpa pembaca sapa lah blog ni kan.Hehehehehehe
So lately ni aku banyak terima sms mahupun mms pasal frenship day.Macam2 cara dan gaya bahasa yg aku lihat n baca.Anyway thanks pada sapa2 yg sudi menjadi kawan dan menghantar mesej.buat susah2 jer.insyallah korg sentiasa ada di dalam ingatan dan diselitkan dalam doa harian ku.
Kekadang aku terfikir,tuhan kurniakan aku teman dalam hidup.Saling silih berganti kerana sudah semestinya setiap pertemuaan itu pasti ada perpisahan.Ada yg pergi menemui Nya , ada yg punya komitmen terhadap family dan kerjaya,ada yang menjahkan diri dan 1001 macam lagi alasan serta harapan untuk kembali seperti dahulu.Namun sedar@tak mereka ini saling silih berganti.
Cuba kita imbau diwaktu kanak2.Bestnya dunia.Kepala otak ingat main makan tido.Esok bangkit main baling selipar,pastuh balik makan tgh hari.Petang tuh nak main apa yer.Mandi parit pun best gak.Takpun join budak2 main masak2.Panjat pokok rambai pun cara gak.Balik penat tido.Kroih kroih.Esok nak buat apa plak ek???Ermmm….Kemana agaknya member2 masa kecik dulu ek???
Masuk tadika n sekolah rendah.Blajar ABC 123.Woi!!! aku dah pandai baca n tulis.Muqadam pun dah habis.Pasni aku nak baca Quran dah.Jgn jelous!!!Harry Potter nyer buku pun aku dah habis baca tau.( bab Harry potter aku teringat kat wani.ekekekeeke.Pujuk la ular tuh sampai dapat yer wani.Nak sgt belajar parcelmouth yerrr!!! ) Semalam mak aku beli botol air tepon.Best!!! … Eleh tak heran.Cuba tgk nih.Jam otromen.Nanti dia fire ko.Boleh kuar lampu nih…Ehhh cam sedap jer bekal ko tuh.Jom Kita kongsi jom….Petang ni jom main game kat kedai depan tuh.Ala yg kuar kacang tuh.aku belanja.20 sen jer ( yg ni serius budak iqa aktiviti wajib paw atok dia kecik2 dulu ).
Ketika menganjak remaja.Alahai,apa la cikgu ni merapek meraban kat depan tuh.Haish.Woi,kita chat jom.Ala,tulis atas kertas pass kat kawan..Nak cakap nanti cikgu marah.Ekekekekeke.Tido pun best nih.Psssttt…petang ni port biasa tau.Kita kasi gegar…Bagi mat/minah skem lak,awak,pasni kita g library k.Banyak lagi saya tak ulangkaji nih.Xam ada setahun 6 bulan 13 hari 9 jam 78 saat lagi nih.N 4 sure tak ketinggalan mat/minah bunga,pasni u ikut I k.kita ronda town..pastu lepak kat taman ye….Uiks panas nih.Meh fail tuh,I tolong lindungkan u dari cahaya mentaru. ( macam pernah ku dengar perkataan ni yerr ;p ) Tak kira mat/minah apa sekalipun tetap bernaung di bawah satu kelas.Masa PJ pun berlejang sama2 kat padang.Bersuka2an ;)
Habis Spm.Errrrr.Nak buat apa yer???Kerja@dok rumah lepak.Tup tup,aku dapat sambung pelajaran la weh.Huyoooo,gila hebat gak aku nih.Sapa nak puji diri aku kalau bukan aku sendiri.Tol tak.Masa tu pelbagai lagi ragam manusia yg kita jumpa.Sampai la habis belajar kat IPT….
Sekarang,aku duduk kesorangan.Kenapa???Mana pergi kawan yg dulu berjanji setia,bergelak ketawa sama2???Tetiba terasa nak melepak la.Tepon A la.Woi ada mana,jom lepak.Alamak failed.member baru kawin.Takkan nak tinggal bini.aish.Tepon B lak.Anak aku meragam nih.sakit perut.Orait2.Roger.Lain2 kali jer k.Hantar anak ko tuh ke hospital.Takpun minyak yu yee cap lima tuh sapu kat perut n kaki anak ko k……..Trut trut..trut trut…….Tak angkat lak C nih.Tido mati ke apa.Baru kol 10.Tak rock la camnih.Dulu selamber jer stay up kat klebang sampai pagi ( buat sesapa yg terasa yer ;p )…Finally aku membawa diri lepak kat McD.Alamak awek cun la.Hehehehehe.
So sampai satu masa nanti,kita tetap kesorgan.Pasti!!Bersedialah untuk menghadapi rasa kesorangan itu.Kalau mungkin kita bernasib baik,sampai ke akhir hayat kita masih ada teman.Namun kita tetap kena tanam sorg2 dalam kubur tuh kan.
Kesimpulannya hargailah rakan anda,selagi masa masih mengizinkan..Selagi peluang terbentang dihadapan mata.Gunakan peluang n ruang sebaiknya sebelum anda menyesal.Sayangilah diri rakan anda.Akhirul kalam.Majulah sukan untuk negara.Hahahahahaahha
p/s : actually mood aku dari nak layan jiwang bertukar pada ceria.Ni Wani punya pasal coz dia hantar mesej cakap nak gelak guling2 baca nukilan aku.Hampeh tol.So salahkan n marahkan dia.Ekekekekeke.But anyway thanks to u Wani
Secangkir idea,bingkisan kata
No comments:
Post a Comment