Wednesday, April 21, 2010

Bicara tanpa kata

Aku tak tau kenapa tetiba malam ni tangan ini menari2 atas keyboard dah menghasilkan tajuk sedemikian.Hahahahahaha.Andai hati dapat diselami , andai perasaan dapat dibaca alangkah mudah dan indahnya.Tapi hidup nak senang je tak seronok jugak kan.Kena la ada thrill baru mencabar.

Thebubbleletters betul2 mengubah hidup aku.Kerana dengan wadah ini aku dapat bermacam2 rentetan baru dalam hidup aku.best best.Credit to my dear sayangness wani n iqa.Ada ker perkataan sayangness tuh??? uiks. Perbendaharaan kata baru tuh.hehehehehehe

Berbalik pada tajuk di mana ada seorang hamba Allah ni menyatakan secara tidak langsung tentang pertemuan yg mana secara lahiriahnya tidak banyak memintal kata menzahir bicara.Namun sungguh aku katakan aku amat senang dengan kehadirannya.Menenangkan dan relaks jer rasa.Sempoi n cool jer.

Kekadang kita sering kali tersalah tafsir diam itu membosankan.Diam itu tanda setuju.Diam itu kuasa dan bermacam2 lagi la.Diam diam diam dan diam.Secara sedar atau tidak diam itu juga adalah salah satu cabang komunikasi yg baik.Cikgu aku dulu pun kalau beri salam ,then kalau dia diam lama secara automatiknya kitorg pun diam ( aku dulu budak nakal sekolah.hehehehehe ).So mesej yg disampaikan tu lebih berkesan dari memekik2 suruh diam kan.Terbukti diam lebih berkesan dari kata2.Dan mmg tak dinafikan diam adalah komunikasi luar sedar.

Berbalik pada pertemuan kami.Aku banyak memerhatikan dia.Sepanjang pertemuan mmg tak banyak buah bicara namun seolah2 ada kuasa asing yg membuatkan kami faham dengan kehendak memasing( tu yang aku rasa la ). Anggukan n gelengan , bahasa mata serta body movement cukup membuatkan kita boleh faham kehendak pihak yg satu lagi

Mayb aku boleh jadikan contoh sejauh mana kita rapat ngan seseorang. Cuba kita duduk sebelah orang tu.Setiap manusia punya jarak peribadi di mana apabila kita melangkaui jarak tersebut,serta merta akan ada reaksi tidak langsung dari pihak tersebut.Semakin rapat kita ,semakin intim perhubungan tu dan macam tu juga sebaliknya.Setiap manusia punya tembok yg terbina atas dasar yg pelbagai.Kepercayaan,jantina,kasih sayang dan macam2 lagi sebab dan musabab.So ini adalah bahasa tubuh yg mana tanpa mengularkan suara pun telah menyampaikan sesuatu

Selain tu lambaian ( aku teringat sesuatu sekarang!!!! ).Lambaian juga pergerakan yg mana menyampaikan satu mesej.( n kekadang banyak mesej ;P) Cara lambaian pun boleh kita tafsirkan jika peka.Manusia dianugerahkan naluri yang mana secara luar sedar menafsir situasi. ( org jawa cakap instinct ;D ) Mak ayah melambai permergian anaknya jauh berbeza ngan lambaian seorang rakan.Haah,rasanya lelaki jarang melambaikan tgn kan ?? ( kecuali masa minta order ;p ). Aku sendiri kalau melambai sekadar angkat tgn n mengerakkan jari2 ke depan n belakang.( Agaknya sebab jari2 aku panjang kot.Kawan2 aku selalu cakap jari aku cam budak pompuan.Selalu kena usik.sengal tok bebudak nih ) Kesimpulanya lambaian tgn juga salah satu cara komunikasi berkesan

N banyak lagi tanpa kita gunakan peti suara kita,mampu untuk menyampaikan sesuatu.Memek muka,gerak bibir,betulkan rambut,renungan n macam2 lagi gerakan menzahirkan apa yg ada di lubuk hati. Menginterpretasikan kehendak diri.So kekadang diam tu bagus n tak semestinya diam kita tak mampu bicara.Org bisu pun boleh komunikasi tanpa suara apatah lagi kita yg dilahirkan sedikit beruntung kerana lengkap segala. So fikir2kan lah.Keran tidak semestinya bicara perlu berkata.
Secangkir idea,bingkisan kata

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails