Wednesday, April 21, 2010

UKIRAN ANAK VS UKIRAN AYAH


Sekadar renungan.....

Sebenarnya cerita ini saya dapat daripada sebuah majalah. Kalau ada yang dah baca, baca je la sekali lagi....dapat juga pahala....apa-apa pun sememangnya cerita ini sangat best....jadi baca jangan tak baca...macam ni kisahnya bermula.....jeng jeng jeng.............

Anak seorang tukang ukir hairan mengapa bapanya terus mengkritik hasil kerjanya. Padahal hasil ukirannya sudah terjual dengan harga yang lebih mahal daripada hasil ukiran bapanya.

“ Ayah, dahulu ketika hasil ukiran saya dijual dengan harga RM40, ayah menegur hasil kerja saya. Mengapa?tanya si anak.

“ Memanglah kerana pada waktu itu hasil ukiran ayah sendiri terjual dengan harga RM50,” sahut ayahya dengan perlahan. “ Tetapi apabila hasil ukiran saya terjual dengan harga RM50 pun ayah masih mengkritik hasil kerja saya. Mengapa? bukankah hasil kerja saya telah meningkat?”

Ayahnya tersenyum seraya berkata, “ Sebab pada waktu itu hasil kerja kamu cuma menyamai hasil kerja ayah. Itu belum boleh dianggap satu kejayaan besar.”

Anaknya tidak puas hati. “ Nah, semalam hasil ukiran saya berjaya dijual dengan harga RM60! Sudah melebihi harga ukiran ayah. Bukankah itu satu kejayaan besar? Tetapi ayah masih terus mengkritik hasil kerja saya.”

“ Nak, sejak sekian lama pernah kau lihat hasil ukiran ayah terjual lebih atau kurang daripada RM50?”tanya si ayah.

Si anak terdiam sebentar. “ Sepanjang ingatan saya, tidak pernah.”

“ Mengapa agaknya?”

“ Saya tak tahu ayah!”

“ Fikirkan,” tekan si ayah.

“ Betul ayah, saya tidak pasti.”

“ Jawabnya, sebab ukiran ayah tak pernah meningkat mutunya. Hanya di takuk lama,” kata si ayah.

Anaknya terus diam. “ Kamu tahu kenapa hasil ukiran ayah tidak bertambah baik mutunya. Hanya di takuk lama,”kata si ayah.

“ Er,er....saya tak tahu ayah.”

“ Sebab datuk kamu tidak pernah mengkritik hasil ukiran ayah. Dia diam dan selamba sahaja. Jadi, ayah tidak mahu mngulangi kesilapan datuk kamu. Sekarang ayah akan terus mengkritik hasil krja kamu supaya ia terus meningkat dan meningkat. Jika tidak, harga ukiran kamu akan ditakuk lama sama seperti hasil ukiran ayah sekarang ini!”

1 comment:

Related Posts with Thumbnails