Syukur kehadrat ilahi kerana dipertemukan lagi kita di alam siber.Masih lagi dalam proses pengumpulan data2 n maklumat bagi menjayakan objektif blog ini.Buat masa ni,jom kita sembang2 pasal benda yg sgt menghantui hidup aku,Aku seorang manusia biasa ( walaupun bebudak selalu kata aku ni pelik) yg sgt inginkan simple life.Tenang n rileks.Sgt suka berkomunikasi ngan alam.Terlalu banyak kelemahan diri dan cuba menggubah untuk menjadi manusia lebih berguna.Aku punya fobia terhadap benda2 yg mayb bagi sesetengah org tak logik
.Aku tau bagi sesetengah pembaca ( khususnya thebubbleletters ) confirm tengah gelak guling2 sekarang ni.Mau terseliuh urat gelak diorg.Takpe2,bagi peluang sementara masih punya masa bergelak ketawa kan wani n iqa ;) ( bab taboo tu rasanya belum mampu nak bercerita lagi kot ;D ) Aku dari kecik hingga ke besar aku takot sgt pada sekor binatang nih. Just binatang ni jer.Mmg fobia dengan kaki berbulu dia.Huhuhuhuhuhu. Dan aku sgt2 bersyukur n berbangga kerana aku lahir d dalam Malaysia yg aman permai.
Aku berpeluang untuk menjelajah ke negara org dan benda alah binatang ni sentiasa berkeliaran,merayap d sana sini yg mana menjadikan aku sgt trauma.Entah kenapa aku fobia melampau ngan benda alah nih.Masa aku belajar dulu,jiran bilik aku ( perempuan ) bela binatang alah nih.( xtreme betul minah nih.selamba jer dia buat main binatang kaki lapan tuh ) . Aku ngan member aku satu hari tuh datang la ke bilk minah ni kerana aku nak cuba atasi fobia aku.Atas keizinan tuan punya binatang , aku cuba la pegang namun mmg tak terdaya kudrat nih.Menggigil satu badan ( agaknya wanted 17 macam ni la kot masa d kem Kaizen,Bekok ;p) n peluh sejuk,peluh jantan n segala macam peluh kuar.Dunia rasa pusing2 n aku macam melayang2 jer.Owner binatang tuh berdekah2 tgk aku.Member aku si badigol sood nih pun sama,join gelak tapi dari hujung bilik.Ceh,konon tunjuk macho la depan awek mat salleh.
Then minah ni angkat la benda alah haiwan nih n dia usap2 macam budak 5 tahun main anak patung barbie.Speechless aku tgk.Tergamam dengan keselamberan aka kesengalan minah nih.Dengan selambanya dia dekatkan aku ngan mahluk nih n sepantas kilat ,korg agak apa yg berlaku?pengsan?bersilat?mati kejang kat siti???hahahaha.Zappppppppp………Aku menghilangkan diri.Tak cukup tanah aku berlari n mencicit.Agaknya kalau eyeshield 21 ada kat situ,4 sure dia kagum dengan kebolehan aku berlari.huhuhuhuhuhu.(Buat tuntung : waktu tu abg jatuh tergolek berapa kali pun tak tau la ;D ) Mmg giler macam dikejar malaikat maut.Yg pasti bila pk2 balik binatang tu bukan mampu pun nakkejar aku.Yg aku lari jauh2 n kenapa?????ish ish ish.Bila dah takut kan,macam2 boleh jadi.
N aku nak selitkan kisah centepide ngan member aku nih.Dia fobia ngan benda alah ulat gonggok nih sampaikan bila dia nampak jer binatang nih , dengan pantasnya dia melompat bangun n berlari cam aku gak la.Alasannya binatang nih ada banyak kaki n 4 sure dia boleh jer jalan laju2 kejar dia.Hahahahaha.Sengal tahap cipan ( sedap jer cakap,aku pun sama gak ;p ).
Aku selalu beritau kepada peserta kem bagi yg Islam , Allah di atas.Apapun kembali kepada pencipta,yg paling layak kita takut n sembah.Berserah sejujur n seikhlasnya kepada Pencipta.Begitu juga bagi yg bukan Islam yg juga punya pegangan n kepercayaan terhadap tuhannya.So tak layak kalau kita rasa takut kepada selain daripada Nya.Selain tuh aku juga selalu membebel pada diorg, mind over matter .Kita yg kawal diri kita ,jgn biarkan keadaan mengawal kita , tapi bab fobia nih mmg aku takleh handle.Tak kira la org nak kutuk ke gelak ker,terpulang.Aku manusia biasa bukannya mahluk luar biasa.Normal la ada sikit takut ( bertambah2 melampau bebudak ni gelakkan aku nih ).Gasak la asal aku selamat dari siksaan fobia nih.Tapi aku still ada main fobia.Lagi trauma dibuatnya.Aku mula bayangkan muka wani n iqa , juga budak2 yg pernah ikut kem anjuran MAB Event Management.Tak leh handle tol bebudak nih.Tapi takpe….Ada ubi ada batas kan ,bila2 masa boleh je balas ;) Kita beramah mesra di kem nanti yerrrrrr!!!!!
Ok.Sampai di sini dahulu.Selamat membaca n semoga bertemu kembali.May b lepas nih ada cerita yg lebih sensasi iaitu ….. bermula dari J.Punya 5 perkataan.( lagi berguling2 budak2 ni gelak kat aku nnih !!!! ) Nantikan kemunculannya.
Secangkir idea , bingkisan kata . Man Jadda Wa Jadda
perlukah menggunakan cth no 17 itu.. haishh..
ReplyDeleteperlu la ;p
ReplyDelete