Ya akhi , seperti yg dijanjikan terbitnya sebuah lagi bingkisan kata dari aku.J mengudang seribu persoalan.Kerana J la hidup jadi kurang sempurna.Highlight,kurang yerrr.bukan tidak ;D !!!!! Apakah J itu?Jue,J Katak Kempis,Januari,Joyah Jongang???Mungkin tidak.hehehehe.Kita off topik kejap.Kami dari thebubbleleters masih sibuk dengan xam ( wani n iqa masih belajar bagi bergelar graduate,aku lak tetap di takuk lama.otak tak sepandai diorg ;D) n komitmen bagi menguruskan kem kepimpinan n jatidiri yg bakal berlangsung pada 10 Mai 2010 di kem Bekok,Johor.Cuba sedaya upaya menjadikan kem lebih menarik dari ratusan kem yg pernah kami anjurkan di bawah Mab Event Management,satu syarikat yg menjalankan aktiviti indoor n outdoor.Ilmiah mahupun kekentalan diri.Dah berpintal2 lidah nak menyebut.hehehehehe. Alhamdulillah permintaan memang memberangsangkan n diharap program berjaya dengan gilang gemilang.Bakal membawa pulang satu kenangan yg manis n ilmu yg harapnya dapat digunakan dalam kehidupan seharian.N masih merancang untuk mengadakan aktiviti berakit d Pahang.Bagi sapa2 yg berminat jangan malu2 n segan menghubungi admin thebubbleletter. Insyallah ada pengalaman manis menanti ;)
Kembali kepada topik yg asal.Misteri J.Ada sesiapa yg dapat meneka apakah J itu???Satu persoalan yg sentiasa bermain d benak aku.Yang menghantui hidup simple aku (coz bebudak ni selalu gunakan isu ni untuk kenakan aku terutama makcik Hazwani,nenek Atiqah n warga KPO 2 Pendeta Zaaba).Hampeh sungguh mereka ini.hehehehe.Tapi chill bro n sis ;) . Panjang dah mukadimah tapi masih tak terungkai bicara ttg J.Banyak songeh tol aku ni kan.J iaitu jodoh.ish ish ish.Setiap kali aku balik,parents aku tanya,sedara sepupu sepapat aku tanya,makcik belah nenek kepada atok sedara aku tanya,kengkawan yg amat2 aku kasih bertanya juga adik2 aku yg amat2 aku syg ( ramai agaknya adik2 aku nih ;p ) melontarkan kata2 yg membuatkan aku plink plink ……. Hilang dari tempat aku berpijak.Hahahahaha.Bila nak kawin,dah dapat belum,bila nak makan nasi minyak free,bila itu n bila ini.Banyak betul bila.Bila2 kan boleh jer kawin ( ingat kawin tue senang???? ) . Bila2 boleh dapat,petik jari jer ( tapi hakikatnya adoyaiiii ) n bila2 jer boleh makan nasi minyak free ( nak aku masak ker @ aku bawak jer korg g kenduri kawin ) . Dushhhh , berpinar2 bila soalan membunuh tu dilontarkan ke gegendang telinga terus menyusup masuk ke kalbu.Pedih ;p .Masalah trouble tol.huhuhuhuhu.Cuba la tukar soalan lain.Tak berkembang sungguh ;p
Ada pepatah mengatakan , setiap lelaki berjaya terdapat perempuan di belakangnya.( perempuan simpanan terkecuali dari senarai yerrr ;D ) . Aku percaya kerana selama aku hidup dalam dunia ni , mak aku n adik2 aku sentiasa mendorong,menyokong n menyangga aku.Tak kira sama ada aku jatuh mahupun bagun.Termasuk la adik2 kem yg aku anggap macam adik aku sendiri.Darah daging aku.Sentiasa ada di belakang membontoti aku ( kalau aku kentut pun agaknya diorg ni masih ada kot kat belakang sama ada pengsan ataupun mati terbunuh ;p ).Aku sgt2 menghargai kaum hawa ini kerna tanpa mereka sapa la aku.So kira settle la kan.Dah ada perempuan di belakang aku untuk aku terus berjaya dalam hidup.ekekekekeeke.so adik2 sekalian ( nak senaraikan terlalu ramai ;p n para Sahabat Extreme Team , thebubbleketters , Mab Event Management ) sudah lengkap hidup abg ini ;p . Tapi sudah semestinya belum sempurna kan kan ( ayat normal yg akan korg cakap kan ;p ).Kekadang terfikir,sunyi,boleh diatasi ngan kerja n menyibukkan diri.Ada masalah,cuba la selesaikan.Kalau blurr sgt pun g la lepak kat tepi laut ker , dalam hutan ker , tepi air terjun ker cari ilham.Takpun seperti biasa la , the bubbleletters jadi mangsa. ( terima kasih buat wani yg sentiasa ada d sisi n iqa yg sentiasa ada memberikan idea.tak lupa juga fatimah yg xjemu2 mendengar n adik2 yg lain tak pernah penat melontarkan pendapat.sayang kamu semua!!! ).Tapi tang meneruskan legasi !!!! owh,bayi tabung uji.hahahahaha.in vitro.Memang kerja giler tapi masih ada penyelsaian kan.Tak habis2 cari alasan kan.huhuhuhuhu.Siapa yg tak nak kan,tapi belum ada yg sudi.Hehehehehehehe.
Pernah tak terfikir kalau kita sekarang ni nak kawin at least 20 k perlu ada untuk sebelah pihak.So kalau dua2 maknanya 40 k.Banyak tuh!!!! Hehehehe.Tu kurang2 kira sempoi abis la tuh.Jom kita buat calculation jap.Katakan graduate yg kuar dari u sekarang ni gaji katakan la 2 k.Duduk di bandar besar.Bilik aircon,kerusi pusing.Pegawai 41 katakan ;) 4 sure kena ada kenderaan kan . Senang sikit nak bergerak n merayap ;p kurang2 pun Myvi.Mana kelas pakai kelisa buruk atau motosikal cabok. Pastu sewa rumah.Nak beli belum mampu.Baru kerja katakan.Then 4 sure la duduk key el,kena la bergaya.Branded atas bawah luar dalam.Umur muda,masa ni la nak bergaya.Dah tua nanti kalau pakai jeans ketat,rambut cacak2 dikata buang tebiat tak sedar diri lak kan.Minum sekali sekala bawa couple g Sturbucks ker , Baskin ker.Paling cikai pun Mc Donald.Takdelah menitik peluh masa nak makan.Selera la sikit disamping org tersayang ;D .Ok.jom kita calculate
/bulan
Bayar kereta = 400.00
Duit minyak+Tol = 500.00 ( ni pun kalau tak g memana )
Sewa rumah = 200.00 ( paling murah siap api air )
Makan harian = 300.00 ( megi kot )
Shopping+Keperluan = 300.00 (ni giler jimat abis la)
TOTAL = 1700.00
BAKI = 300.00
Sekarang kita ada bagi 300 hinggit.Banyak gak tuh kan.Alamak,lupa la plak.Orang tua kat kpg tak bagi lagi.Adik2 lak minta duit nak beli buku.Kereta lak bulan ni tak servis lagi.Ayah,mak,saya masukkan duit bulan depan la ye.Bulan ni nak guna banyak duit la….Adik nih cuba la jimat sikit.Saya kerja penat2 cari duit siang malam tau bersengkang mata.Bulan lepas punya lepas punya lepas kan abg dah masukkan duit….Errrrr.awak tolong isikan minyak kereta saya la.Dompet saya tertinggal.Terpaksa la awak belanja saya makan sekali.hehehehehe.Boleh kan sayang????......Haaaaa.Dan bermacam2 lagi kata2 manis ( bak menanam tebu d pinggir bibir.Chewah ) yg timbul. Berbalik pada persoalan.Berapa lama agaknya kita nak kumpul ( anggap bahawa kita mampu simpan Rm 3oo sebulan ) untuk cukupkan Rm 20,000.00 ???? 5 tahun 6 bulan jika kita bundarkan .Grad pada umur 23 tahun.So aku leh kawin umur 28 tahun 6 bulan.Yesssss!!!!
Tapi tu kalau aku berjaya kumpul RM 300.Kalau tak ??? Then nak honeymoon lagi.Budak u beb,terpelajar,takkan tak nak g honeymoon.Xsyok la dah bayar mahal2kan.Ok.Pas kawin macam mana yerrr.Hurm.Dah ada bini,komitmen bertambah.Belanja pun bertambah.Gosh,aku nak solat nih,anak merenggek nak susu tuh.Susu kat dapur tuh dah habis kerr sehabis duit di poketku???Apa susah.kad kredit ada.Swap jer la.Dapat gaji nanti bayar la balik.Pampers adik pun dah habis agaknya tuh.Along lak nak masuk darjah 1.Baju sekolah,buku teks n latihan,Nak hantar angah g taska fardhu ain…Hurmmm.Kereta Myvi dah tak muat tuh.Aku pun baru naik pangkat.Mesti la pakai grand sikit.Estima ker,Alphard ke.Paling2 kurang wish@stream.Duit2.Macam mana yerrr????Susah2 buat pinjaman la.Pinjam Ah Long bahaya.Takboleh2.Personal loan belanja kawin n honeymoon hari tuh tak habis lagi.Argh,kambus jer la.Tak yah sesakkan kepala.Settle problem kan.
Haaaa.Cuba bayangkan,berapa banyak hutang kita.Belum masuk kad kredit pelbagai lagi.Hahahahahaha.Pening kan.Tu kekadang aku takut nak kawin tuh.Kena lak bini barang kemas sampai ketiak.Katanya kalau tak pakai ni kena bayar zakat.Hehehehehehehe.Ya la bucuk2 manja intan payung.Pakai laaahhhhh…Bila nak abis bayar??Bagi yg pinjaman PTPTN tuh lagi la.Ish ish ish.Hutang keliling pinggang.Kena lak sekarang ni keganasan rumah tangga berleluasa.Suami pukul isteri n isteri pukul suami.Kalau suami pukul isteri ada gak biro pengaduan meluahkan masalah.Tapi kalau isteri pukul suami nak ngadu kat sapa.huaaaa….Kena buat satu biro pengaduan suami2 malang ;p
So buat adik2,bukan abg tak nak kawin tapi cuba bayangkan betapa susahnya nak kawin ;p hehehehehehe.N Wani.Jangan bocor rahsia.Buat Iqa jgn dengki abg,electric shock,lama2 abg yg short.Jammed ;D So buat pembaca renung2kan.Ada yg tersirat di sebalik tersurat.Terima kasih kerana bertahan membaca sampai ke penghujung.Sebenarnya semua kejadian ciptaan Allah adalah sempurna.Kita berhak memilih jalan mana yg kita nak ikut so kita yg tentukan kehidupan kita,mencorakkan masa depan,merangcang misi serta visi kehidupan,memasang imtegi serta strategi memintal angan2.Fikir2kan lah ;D Secangkir idea ,bingkisan kata.
No comments:
Post a Comment