Wednesday, April 28, 2010

gagal@berjaya?>?

Sering kali apa yang kita nak dalam hidup tak kesampaian.Acap kali apa yg kita rancangkan tak menjadi.Waktu itu bengang,sedih,marah n macam2 lagi perasaan yang sewaktu dengannya lah berlegar2 dalam diri kita.Tapi kalau difikir2an normal la gagal tuh kan.Abis kalau asyik nak berjaya pun tak best gak ( kerrrr aku sorg jer yang rasa cam nih ?? )

Bagi aku gagal atau berjaya hanya dipisahkan oleh satu garisan yang halus ditengah2.So definisi gagal mahupun berjaya juga sukar untuk ditafsirkan.Di era globalisasi n kemodenan ini kebanyakkan manusia kat luar sana tuh menilai org yang berjaya dari segi berapa mahal kereta yang dia pakai , berapa besar rumah yang dimiliki , berapa banyak kad kredit platinum yang dia ada n semuanya hampir dari sudut meteralistik.

Ad satu kisah di mana benda ni berlaku di rumah aku.Ada seorg tukang kebun yang aku panggil namanya Pak Samad.Selalu jugak la lepak dengan pakcik nih.Banyak kisah2 dia masa muda2 dulu aku korek.Kalau korang nak tau dia ada 9 org anak.Gaji dia cuma 900 hinggit sebulan.Cuba korg bayangkan macam mana dia nak besarkan 9 org anak dengan gaji sebegini kecil???

Tak lama pastuh sorg demi sorg anak Pak Samad nih berjaya melanjutkan pelajaran hingga universiti.Dah alhamdulillah semua anaknya kini memegang jawatan yang boleg dibanggakan dalam sektor pekerjaan.So mayb dari segi kerjaya Pak Samad bukanlah seorg yang memegang jawatan penting tapi dari segi agama dan kehidupan , beliau berjaya mendidik anak menjadi sesuatu.Seolah2 lembu yang bodoh tapi dengan kebodohannya tu menghasilkan susu yang berkhasiat dan mampu memandaikan somebody dari kebodohannya

So kejayaan bukan sekadar diukur melalui material tapi overall.Tak semestinya berjaya menraih ijazah,master mahupun Phd menandakan seseorang tuh dah berjaya.Tak semestinya mempunyao kereta n rumah besar juga dijadikan kayu ukur kejayaan seseorang tuh.Tapi semestinya berbini 4 itu berjaya dari segi lebih dari org lain dan mencukupkan kuota kan kan ;)

Natijahnya semakin selalu kita gagal semakin hampir kita mengecap kejayaan yang kita ingnkan.Jangan kenal erti mengalah dan jangan jadikan apa jua faktor sebagai kekangan kerana setiap kejayaan pasti memerlukan pengorbanan.Buat Fatimah , semoga berjaya mencari jodoh.Buat Hazwani , jangan kenal erti mengalah dan teruskan usaha.Bt Atiqah , jadikan pengalaman lepas sebagai satu cabaran untuk menempuh hari mendatang.Buat adik2 teruskan usaha untuk meraih segulung ijazah.Dan buat semua moga kita berjaya dalam apa jua bidang yang kita ceburi.Jangan takut gagal n mudah2an berjaya di dunia dan akhirat.Amin

Secangkir idea , luahan kata

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails