Setiap org punya naluri dan perasaan.Setiap individu dikurniakan hati dan keinginan.Tidak kira keinginan untuk bersama,keinginan untuk engecap nikmat hidup dan kekayaan,keinginan untuk dikasih dan dicintai n berbilion2 keinginan lagi.Kalau tak takde la kita dimomokan dengan citer2 santa klause , tooth fairy , dan beratus2 cerita dongeng yang ditonyohkan ke teliga waktu kecik2 dulu.Naik cair taik telinga asyik dengar cerita2 tuh tapi kita tetap setia mendegar , mendengar dan mendengar.
Macam aku sekarang ni ,keinginan supaya wifi kat McD Bagi nih berfungsi seperti biasa.huhuhuhu.Ada ke patut aku dtg jauh2 ( macam la jauh sgt dari rumah aku ke McD nih ;p ) tapi tetiba sampai sini wifi tak boleh d acess.Memang sengal tahap gaban la.Ni y terasa tetiba nak jadi manusa hijau ni.grrrrrrr
Berbalik pada tajuk.Setiap yang berlaku ada hikmahnya.Aku selalu gunakan ayat nih pada semua org yang memerlukan khidmat nasihat serta rujukan rumah tangga e’eh silap2.rujukan masalah ;p .Tuhan itu maha adil.Dia takkan bagi sesuatu masalah kalau hambnya tak mampu nak selesaikan masalah yang dipersembahkan dengan segala hormatnya kepada kita.So terpulang kepada kita macam mana kita nak pandang masalah tu.Sama ada pandang suku mata ker , sebelah mata ker mahupun dua2 belah mata.So jangan merungut kerana sesungguhnya ketiadaan wifi ini maka terhasil la satu lagi jurnal buat tadahan mata pembaca.Ekekekekeke.Walhal rasanya dah nak bertukar jadi gigolo ops gorila dah nih.Ish ish asik2 silap taip jerrr ;p Takde mengena diantara hidup dan mati yerrr....
Dan sesungguhnya kita takkan dpat semua benda yang kita nak kan.Nak kawin 4 tapi satu jer yang dapat.Kira ok lah tuh kan dari takde.Nak pakwe/makwe hensem/cun tahap dewa dewi tapi yg macam kelawar gak yang lekat.Takpun sikit lagi nak iras selipar jepun tak cukup sifat.Kira oklah dari yg paras ala2 peti surat rumah nenek angkat kita tuh.So bersyukur la dengan apa yang kita da.Sesungguhnya semua ini adalah satu nikmat yang tiada tara n tolok bandingnya.
Seperti juga admin thebubbleletters yang tak reti penat mencari pelanggan ( ops , mereka ini bukan pegawai perhubungan pelanggan yer ) bagi menjayakan program sulung mereka ( Rasanya dah pecah kepala budak2 ni memikir yang terbaik ) bagi membuktikan kepada MAB Event Management kebolehan dan kecekalan diorg.Sabar lah wani n iqa.Semua itu akan terbalas jika usaha tanpa kenal erti penat,jemu dan tak mengalah diterapkan dalam diri korg.
Begitu juga sekarang ni mereka yang tengah berjuang dengan buku,nota bersengkang mata siang dan malam menelaah last minute ( tu la , lain kali sediakan life jacket sebelum terjun.Ni dah terkapai2 baru nak cari life jacket ;p). Juga sesiapa sahaja yang sedang berjuang meneruskan hidup.Yg gaduh cuba nak berbaik balik,yang tgh berjuang dimedan perang ( sama ada real punya tembak2 atau yang tengah main game tuh ) , yang tengah berusaha bersungguh2 membaca blog ini ( terima kasih daun keladi kat korg jadi pembaca setia ;p) sampai habis.Tak kira apa pun yang berlaku bila kita membuat sesuatu hendaklah hingga ke akhirnya.Jangan mudah mengalah dan jangan ada perkataan give up tu dalam diri kita.
So buat pembaca yang jiwanya tgh kacau tuh bersabarlah.Buat mereka yang sekarang ni tgh mneyumpah2 bila nak habis nukilan ini , bersabarlah.Kerana aku yang handsome ini bakal menghabiskan nukilan ini buat sementara waktu sambil menuggu wifi McD ini berfungsi seperti biasa.Bertenang dan bersabarlah.Buat sesapa yang tersenyum tika ini,teruskan senyuman itu kerana senyuman adalah satu sedekah.N sapa2 yang ketawa tak ingat sekarang ni cover2 la.Nanti pakwe@makwe lalu atau mak@bapak mertua lalu 4 sure korg hampir2 direject.Atau paling tidak pun , org depan korg tempeleng korg laju2 kerana terpaksa pakai payung bagi mengelakkan asid2 saliva menyimbahi diorang.So dengan ini aku yang handsome lagi macho dengan segala hormat dan terhormat mengakhiri nukilan kali ini.Sudi2kan menjulingkan mata bagi membaca hasil nukilan seterusnya.Sesungguhnya yang baik itu datag dari Allah dan yang buruk itu datang dari dalam diri aku sendiri.Wabillahitaufik walhidayah wasallamualaikum waramatullah hiwabarakatuh.chill semua.hahahahahahahaha
Secangkir idea,bingkisan kata
No comments:
Post a Comment