Hari ni aku telah bertandang ke au3 bagi memenuhi jemputan adikku Atiqah meraikan majlis hari lahir familinya.Hari yg sangat best kerana berpeluang meramaikan majlis n hang out ngan Wani,Fatimah n Raymi.Seronok yg amat.Hehehehe.Macam hantar rombongan meminang lak
Alhamdulillah selamat sampai di rumah Iqa.N buat pengetahuan pembaca,rumah Iqa letaknya di tingat 11 dan dengan seronoknya Wani nak naik tangga.Nak diet kot.Hehehehehehe.Bagusla dengan cardigan purple yg cun tuh mahu luntur warna.Luruh tulang kot bila sampai atas.Hehehehehe.Tambahan Fatimah dengan batik.Tak dapat aku bayangkan macam mana la agaknya kalau betul2 kena naik tangga sampai tingkat 11.Raymi pun dah semacam jer tgk aku waktu tuh ;p
Then da savior Iqa dengan cunnya muncul.Ekekekekeke.Iqa da savior.Boleh buat tajuk movie nih.So kitorg ditunjukan ke jalan yg benar( iaitu jalan ke lif ). ;D Sampai jer rasa bingung.Mana taknya dekat balkoni+foyer depan rumah tuh siap ada karpet n pelbagai.Macam 1 floor tu rumah dia.Hehehehehe.( nasib baik bukan red carpet )
Kami dijemput ke dalam.Mmg havock n meriah yg amat.Pelbagai juadah yg best2 belaka.Tapi seperti biasa la.Control macho beb depan para ibu2.Nanti tak laku lak kan.Ekekekeke.Kena la ambil sikit juadah yg terhidang ( perasan tak hingat aku nih ) N sambutan 2 mmg betul2 seolah kitorg ni rombongan meminang.Masing2 tersangat2 la mesra n tak terasa kitorg org luar pun
( Bayangkan aku leh layan badminton ngan atok dia!!!! ) Iqa,kamu punya family yg sgt sporting!!!!
Then jeng jeng jeng.Kisah paling menarik bermula . Ada sorg baby comel nama Nuha . Nama penuh dia mcm best gak tapi seperti biasa la kan.Aku terlebih memori ingatan ;p Da 1st moment Fatimah yg panggil aku . Budak ni kalau panggil mmg takde kerja lain.Sama ada nak mengenakan atau mendengki. Hehehehehe
Guest what????Dia tgh pegang baby Nuha!!!!!Aku sgt teruja!!!! Sgt2 teruja.Then aku buat muka kesian nak dukung Nuha.N sudah semestinya taktik aku berjaya!!!!Thanks n credit tu Fatimah kerana bagi peluang untuk aku bermain n bermanja ngan Nuha ( macam Fatimah ni mak dia la plak kan;p )
Bila aku dapat pegang,mmg dah tak lepas la.Rasa seronok berbicara ngan Nuha.Mungkin dia baby lagi tapi aku dapat rasa dia faham ngan kata2 aku.Genggaman tgn dia d jari aku ,ish , mmg tak tau nak describe macam mana la ( tetiba terasa nak ada anak sendiri.Mesti best !!) Masa tu baik Wani,Fatimah,Iqa mahupun Raymi minta,Nuha dah tak nak kat diorang ;p ( walhal aku tak nak bagi )
Then bila aku duduk jer Nuha nangis.Iqa suruh biarkan jer dengan reason jgn manjakan.Tapi aku kurang setuju.Aku akui aku tak punya pengalaman tapi entah.Rasa kesian sgt2.Lagipun mayb kita hanya mampu dukung dalam satu jangka masa waktu.Ye la kalau dah umur 7-8 tahun 4 sure dah berat kan kan kan.So masa ni je la nak manjakan dia,nak dukung dia n segala bagai ( sesuai dengan usia )
Tapi serius sgt2 , aku tak tau nak luahkan macam mana perasaan aku.N tika ni aku terpaksa kuar rumah,lepak kat McD kerana terasa sunyi yg amat.Ni yg tetiba rasa nak kawin nih ;p So buat pembaca , sayangilah bayi2 anda.Ingat ia satu anugerah Allah yg amat2 berharga.Tiada galang gantinya.N ingat , dia adalah amanah Allah kepda kamu.Dia inilah yg bakal mendoakan kamu tika kita di alam kubur.Teputusnya kita denga dunia kecuali 3 perkara n antaranya ialah doa anak2 yg soleh.Lahirnya ke dunia ibarat kain putih.Kita yg mencorakkanya.Membentuk peribadi dan sahsiah dirinya.
Buat anak2.Ingat,ibu bapa kamu yg membesarkan kamu dari sekecil tapak tangan hinggalah kamu yg sekarang.Yg bersengkang mata ketika kita menangis dikala malam,yg membasuh berak dan kecing kita.Yg menghulurkan duit belanja dan menghantar kita ke sekolah.Yg sentiasa ada bersama kita tak kira apa jua keadaan.N ingatlah syurga itu di bawah tapak kaki ibu.Even berkata Ah sekalipun sudah dianggap durhaka.
So sama2 lah kita beringat,Saling mengingatkan dan saling menegur ke arah kebaikan. Semoga kita ditunjukkan ke jalan yg benar n Nuha , aku rindukan kamu!!!!!!Moga kamu menjadi manusia yg sempurna
Secangkir idea,bingkisan kata
No comments:
Post a Comment