Monday, April 26, 2010

Perkara terindah

Hari2 yang indah diselami benang2 rindu.( Rindu pun ada benang kerr??? ekekekekekeke) Seronoknya rasa hati bila sentiasa rasa gembira n diperlukan.Rasa berguna tanpa digunakan.Sebagai khalifah yang diangkat darjatnya di muka bumi ini.Kata2 indah disulam tawa.

Setiap hari yang berlalu semakin bermakna.Kekadang tercetus senyuman indah di pinggir bibir ( mayb ada org kata aku nih gila senyum sorg2 tapi peduli apa.Senyum tu kan sedekah ;D ) . Bak lagu Datuk M Daud Kilau , senyum lah , senyumlah , ahai cik mek molek ( tang lenggok beliau yg mahal tuh ;D )..

Mesti korg tertanya2 kan.Haaaaa.Teruskan pertanyaan korg tu kerana rahsia tetap rahsia ( mesti thebubbleletters folower bengang sekarang ni terutama Fatimah ;p )Sungguh aku punya sesuatu yg takde selama ini.Sungguh hidup aku terasa begitu bermakna kerana terisi dengan pelbagai aktiviti yg lebih menarik ( dari sebelum2nya ).

Aku pernah bertanya soalan apakah perkara paling menarik yg pernah berlaku dalam hidup kita ( peristiwa berlaku d pantai Klebang dan pantai Puteri bersama org tersayang ;D ) Masing2 punya pelbagai telahan dan pendapat tapi sesungguhnya korg la perkara paling menarik pernah hadir dalam hidup aku.Mengenal erti kasih,sayang dan rindu.Keletah yg pelbagai serta ragam yg menghiburkan.Terima kasih kerana sudi hadir di dalam hidup ini , mewarnakan kanvas yg dahulunya kosong.Calitannya hingga menjadi begitu indah dan beharga.Sgt2 berterima kasih dan budi baik korg mmg takkan terbalas sampai bila.( aku tau ada somebody yg sgt suka perkataan calitan tuh ;) khas buat mu .... )

Hadirnya mereka kerana kem yg dihadiri ( sesungguhnya kem aktiviti luar banyak memberi input yg berguna dan kenangan yg mengusik jiwa ) dan rapatnya mereka setelah kem yg ditinggalakan.Kem yg memberi sejuta kenangan ( credit 2 cik Iqa admin the bubbleletters sebagai pengarah progam , pengurusan KPZ yg memberi sejuta masalah dan MAB Event Management yg menganjurkan program ).Tanpa kem ini aku still berada d takuk lama.Di bawah tempurung lutsinar yg hanya mampu melihat tapi tak mampu menggapai.

Buat pembaca sesungguhnya cubalah menghadiri kem aktiviti luar kerana ada sesuatu yg menunggu.Sungguh kerana pelbagai input,ilmu dan kenangan luar bilik darjah mampu kita grab.Memandang sesuatu dari perspektif berbeza.Menjana mida yg tepu.Mengimarahkan alam.

Buat seseorang , aku mengucapkan zilionnan terima kasih kerana sudi menemankan aku tak kira masa dan keadaan.Sentiasa ada dsisi,menyokong tindakan dan perbuatan aku.Sentiasa ada bersama2 aku.Sentiasa membuatkan aku mempunyai ilham untuk menulis.Sentiasa membuat aku tersenyum dan tak kurang juga tention.Apa pun aku mendoakan yg terbaik buatmu,juga buat pembaca yg setia membaca tanpa jemu.Moga ada sesuatu yg kalian dapat.Sesungguhnya hidup ini satu perjalanan.Semakin jauh kita berjalan semakin luas pemandangan dan semakin banyak pengalaman yg kita dapat.

Secangkir idea,bingkisan kata

2 comments:

  1. ala byknyer rahsie... haaaa nie sape plak seseorg nie.. haishhh kene buat misi br dgn wani ni.. ekeke.. (ke org 2 bakal wife abg) wahh xyah la ssh2 nak cr hadiah taun dpn... ekeke

    ReplyDelete
  2. hahahahahha.teruskan telahan korg.ekekekekekeke.rahsiaaa

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails