Ya Allah sejak akhir2 ini sering diuji dengan pelbagai musibah.Dari satu ke satu masalah.Lately ni aku tak tau kenapa selalu sgt sakit.Agaknya kifarah atas apa yang aku lakukan.Dah 3 hari aku terbaring di atas katil.Dah berpapan2 panadol n pain killer aku dah habiskan.Tapi masih tiada kesan.Puas berguling , meniarap , mengiring namun bagai diramas2 otakku.Sgt dan trsangat sakit.Pelbagai cara dan gaya dah aku lakukan tapi hasilnya tetap sama.Sakit tetap degil untuk meninggalkan ku
Aku pelik , kenapa aku boleh sakit sebegini.Memang tersangat2 azab untuk aku.Even masa injured n pecah lutut main rugbi pun tak sesakit nih.Kekadang terfikir di sini kah akhir riwayat ku?Masih banyak yg aku ingin lihat dalah hidup.Masih terlalu banyak dosa yg perlu dicover dengan pahala.Aku masih belum bersedia untuk menjawab soalan dan persoalan yg bakal dikemukakan kepada ku di alam kubur.
Namun jika itu ketentuanNya aku redha.Pasrah.Siapa aku untuk mempersoalkan ketentuan itu?Namun terlintas difikiranku , ke mana tempatnya aku ini?Hurm.tiada jawapan untuk itu.Jika aku mati , ada sesiapa ke yg tahu?Pun tiada jawapan untuk itu.Ya Allah , Kau permudahkan segala urusan ku.Jika benar aku dipanggil menemuimu tempatkan aku dalam golongan yg beriman.Bahagikan aku didunia dan diakhirt kelak.Namun layak ke aku ditempatkan dalam golongan itu?
Kini kerana kasih seorang abg terhadap adik , aku duduk di foyer Pantai Medical Center,Bangsar.Dalam keadaan kepala bagaikan nak pecah , tak sanggup menghampakan permintaan seorg adik .” Alg.Tlg hantarkan del ke hospital.Ada medical checkup untuk follow up batu karang”terdengar permintaan adikku di sarawak untuk menghantar makwenyer.”Ok ngah.Aku cuba sebaik mungkin”.Ya Allah , tabahkan hati ini.Buang la seketika penyakitku agar aku dapat memenuhi permintaan seorg adik.
Dan kini , sehingga kini aku masih mampu bertahan.Masih mampu tersenyum melayan kerenah kawan adikku ini.Namun tuhan je tahu betapa sakit kepalaku ini.Apa lg yg perlu aku buat selain bertahan dan terus bertahan.Akhirnya aku duduk d lobby , membuka laptop dan menarikan jari di atas papan kekunci.
Buat adik2 di luar sana , sanyagilah abg mu kerana abgmu begitu sygkan mu.Mungkin dengan cara yg berbeza dari ku tapi percayalah.Seorang abg sanggup berkorban apa sahaja untuk memastikan setiap permintaan adiknya dipenuhi..Hargailah pengorbanan mereka.Bukan wang ringgit mahupun sijil penghargaan.Cukup sekadar ucapan terima kasih.Berbanggalah kerana kamu punya seorang abg dan buat adikku.Sungguh , aku sgt sgt sgt sgt sayangkan mu.....
Secangkir idea , Luahan Bicara
No comments:
Post a Comment