Alhamdulillah sekali lagi kita berjumpa di alam maya.Hari ni aku nak bererita pasal cinta dan setia.Adakah aku telah jatuh cinta?Uiks????Keajaiban dunia.Hurm.Aku dah rela melepaskannya.Kalau betul jodohku maka insyallah takkan ke mana , Princess Ice Juliette.Ekekekeke.Jiwang karat tol la.
Actually aku baru lepas mendapat,menghantar dan memikir.Mendapat dan menghantar mesej,memikir akan perkara yg terjadi.Sungguh aku begitu sedih dan terharu atas apa yg terjadi.Sedih kerana kekejaman perilaku seorang lelaki dan terharu kerana kemuliaan hati seoranag wanita.
Wahai lelaki di luar sana ( termasuk la aku ).Sedarlah akan datang satu anugerah dari tuhan yg tiada tolok bandingnya.Anugerah berupa sebuah perasaan yg halus menyusup ke dalam sanubari.Iaitu perasaan kasih,sayang dan cinta terhadap mereka yg berlainan jantina.Maka hargailah sebaik2nya..Jgn di dusta mahupun disalah guna.Bersyukurlah dengan anugerah yg diberi dan percayalah , kamu sedang menggengam sebutir permata yg sgt2 berharga.Dibawahmu terdapat hamparan pasir luas saujana memandang.Jika terlepas permata tersebut.Belum tentu kamu dapat mencarinya.(Tetiba teringat cermin mata ku ;( cermin mata yg besar tu tak dapat apatah lagi butir permata kan kan kan )
Buat adikku , sabar la.Sesungguhnya semua ini adalah satu cabaran buat mu.Pengalaman yang amat2 berharga bagi pengajaran di kemudian hari.Menambahkan lagi rentetan perjalanan hidupmu.Aku percaya akan ketabahan mu.Aku percaya dengan kemuliaan hati mu.Sesungguhnya aku sgt2 kagum dengan diri mu.Ingat janji tuhan , setiap hidupan dimuka bumi ini dijadikan berpasang2an.Dan setiap lelaki yg baik akan diberikan perempuan yg baik , selayaknya untuk dia mengharungi perjalanan di bumi tuhan ini.Sabar lah.Akan datang stau hari nanti hamba Allah yg lebih baik untuk membimbingmu Insyallah.
Bt mereka yg kejam di luar sana.( lelaki dan wanita) Ingat setiap perbuatan ada balasannya.Kata hendaklah dikota kerana kita sebagai manusia , yg tidak tergolong didalam golongan munafik.Dan juga bukan tergolong dalam golongan lembu yg hanya patuh setelah ditarik hidungnya.Janji hendaklah ditepati kerana setiap janji2 itu akan dituntut di akhirat nanti.Ingat akan kehidupan selepas kematian kerana hidup di dunia sgt2 la singkat.Kerana mengejar yg singkat ini maka terpaksa la kita hidup tersiksa selamanya , nauzubillah.
Buat insan yg terluka.Masih ada sinar menanti mu.Masih ramai yg mendambakan kasih mu.Percayalah insan yg melukakanmu adikku , adalah insan yg dalam kerugian.Bangun dan berpijak di bumi yg nyata.Perjalananmu masih jauh sekali.Masih banyak yg perlu dilihat di bumi Allah ini.Bangkit dari lena dan berusaha lah untuk menjadikan dirimu lebih baik.Buktikan bahawa kamu tergolong dalam golongan yg terbaik.Abang sentiasa menyanggamu , adikku
Secangkir idea , luahan kata
No comments:
Post a Comment