Tuesday, May 4, 2010

Susah v Senang

Salam.. erkk… saya memang sangat2 fail dalam bab2 pembuka kata ni. Kalau main terus hambur je boleh tak? Boleh ke tak boleh ke, korang kena terima je lah kan, sebab ini blog saya. Opss, tak, ini blog kami. Sori bigbos. Hehe. Takpe, bigbos sangat sporting okeh. Plus sangat baik hati + pemurah + peramah + penuh dengan ciri2 suami soleh *sambil mengipas2 bigbos*. Our bigbos single lagi ni. Ada sesiapa yang nak berkenalan dengan dia tak? Lelong! Lelong! Haha. Gurau2 jer bigbos! *muka cuak takut bakal dibalas dendam*


Ok, cukup2 sesi mengusik bigbos. Nanti dia naik hantu, saya jugak yang menjadi mangsa. *saper suruh ko kacau dia atiqah? Nak kena luku ni* hehe. Hurm.. alhamdulillah, sudah hampir seminggu berakhirnya liku-liku hidup sebagai mahasiswi semester 4. masih ada 4 semester untuk diterjah dugaannya. *tiba2 lagu Hujan- ‘Dugaannya’ bermain difikiran.* masih banyak perlu ditempuhi, dipelajari. Sentiasa merasakan masih banyak kekurangan dalam diri.

Hurm… Beberapa minggu lepas, semasa masih berada didalam minggu peperiksaan, saya berborak dengan beberapa pelajar junior yang sama jurusan dengan saya, mengadu tentang subjek yang susah dalam jurusan kami. Borak punya borak, mereka kata nak tukar jurusan. Bila ditanya kenapa, sebab banyak subjek susah. Takut takleh score. Saya hanya boleh geleng kepala. Lalu ku lontarkan soalan ini kepada mereka,
Jurusan mana yang senang?
Mereka diam, menggaru kepala yang sangat obvious xgatal, kemudian keluarkan beberapa jurusan yang terlintas dalam fikiran mereka. Aku menggeleng lagi. Sesungguhnya mereka memandang sebelah mata tentang jurusan tersebut.

Saya: senang ker jurusan tu?

Mereka: saya rasa senang jer kak. Alah, sastera. Bukan susah mana pun.

Saya: dik, bagi akak itu lah yang susah, mereka belajar teori sastera, lepas tu diorang kena kaji novel or penulisan2 dan kaitkan dengan teori yang diorang belajar. Novel bukan novel cintan-cintun yang adik2 baca tu. Novel2 tu novel yang mutu bahasanya tinggi. Novel2 yang lebih tersirat dari yang tersurat. Kalau minat takper, ini kalau tak minat susah.

Mereka: kalau sains pembangunan manusia macamaner kak?

Saya: itu pun sama, nampak macam senang. Dan subjek itu bagi akak interesting, tapi akak tak sanggup nak amik sebab akak bukan type reading person. Jurusan tu more kepada kajian tentang psychology manusia. Banyak teori kena belajar, banyak yang kena hafal. Kaitkan dengan kehidupan manusia, bla…bla…bla…

Mereka: so, jurusan apa yang senang kak?

Saya: tak ada jurusan yang senang dik. Nak berlari pun susah. Si bayi comel terpaksa mengalami proses menyiarap, merangkak, berdiri, berjalan, baru boleh berlari. Kita nak belajar masak pun susah. Masakan hangit, terlebih garam, itu semua proses dalam pembelajaran.Tiada apa yang senang dalam dunia ni. Tak salah kalau terasa nak tukar jurusan. Tapi kalau semata-mata tukar jurusan kerana jurusan sekarang ni susah. kamu bakal menerima padah. Melainkan, kamu memang minat jurusan yang baru tersebut, kamu sanggup menghadapi kesusahan dalam jurusan baru tersebut, kamu bebas untuk bertukar jurusan.
Kesusahan dan kepayahan dalam membuat sesuatu adalah hanya mainan minda. Minda pula adalah salah satu anggota tubuh kita. Kita mengawalnya. Jadi kita boleh mengawal kesusahan dan kepayahan. Jangan sesekali memandang rendah pada jurusan lain. Tahap kesusahannya sama sahaja. Tapi tahap penerimaan setiap individu itu berbeza. Jikalau seseorang itu minat, rajin, dan memandang positif terhadap jurusan tersebut. Tahap kesusahan yang diterimanya kurang berbanding orang yang memandang jurusan itu secara negatif, tidak minat, membenci atau tidak mempunyai usaha untuk mendalaminya. Bukan setakat berkenaan jurusan ni saja. Semua benda begitu. Kalau kita dah set mind untuk rasa susah, susahlah dia. Kalau kita rasa dia senang, senang lah dia. Semua bergantung kepada diri kita. Kita yang mengawalnya, bukan dia mengawal kita.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails