Lagi sekali wifi Mcd buat hal.Bila la aku nak ambil berukband aku nih.Haish.Malam ni pun macam kering jer idea nak tulis apa.Apa kata aku ulas perbualan bersama sesorang.Best gak nih.Teman teristimewa.Hahahahahahaha. Habis la timbul memacam spekulasi lagi pas nih.Keh keh keh.Buat temanku itu , maaf kerana menjadikan diri mu satu gosip.
Actualy aku bengang gak line maxis asyik buat hal.Terminated kang haaa.Tapi pastu aku nak pakai line per??Octopus.Ekekekekeke.Borak 20 minit pas tuh dengar suara sendiri.Tak faham tol.Agaknya line nih pun dengki coz aku gayut lama2.Gayut????Errrr,sejak bila perkataan ni timbul dalam hidup aku.Hahahahaha.
Actually setiap benda yg kita buat mesti punya sebab.Sama ada secara langsung atau tidak.Samaada kita sedar mahupun alpa ( atau buat2 hilang ingatan untuk seketika ) . N actually kitorg borak pasal self confident n keupayaan kendiri.Buat mu , kamu punya banyak kelebihan.Terlalu banyak sehingga kamu tak sedar dengan kelebihan yg dikurniakan itu.Tapi kerana sikap belas yang terlalu tinggi membuatkan kamu sering diperguna.Kan baguskalau kita mampu hidup tanpa di guna dan diperguna.Kan bagus kita mampu bertindak luar dari kebiasaan,Bicara tanpa kata……
Kerana perkataan zilionnan terima kasih mereka yg diluar tertanya2 siapa dan kenapa.Ucapan ini khas buatmu.Kerana sentiasa berada dan meyangga.Kerana setia disamping dan berdamping.Tanpa mengguna mahupun diperguna.Alagkah indahnya hidup kerana memberikan aku cahya di kala kegelapan.
Kekadang kasih hadir tanpa diundang.Sayang datang tanpa dipinta.Tidak perlu melontarkan ucapan kasih mahupun sayang.Apatah lagi berkasih.Cukup sekadar saling memahami dan bertolak ansur.( Cukup ke???haish )Tidak perlu bercinta jika sekadar berjanji setia.Kerana manusia begitu sukar untuk mengotakan janji.Kerana aku begitu penakut.huargh huargh huargh.Nak kena kuatkan lagi self confident nih
N buat kamu , hidup tanpa cabaran adalah sia2.Dugaan yang silih berganti dan tak berkesudahan adalah tanda kita dikasihi dan diperhatikan Nya.Sentiasa diuji bagi memastikan sejauh mana keuntuhan kita , kepercayaan kita serta sikap berserah kita kepada Nya.Jangan kenal erti mengalah dan putus asa.Kerana sikap ini lah yg membuatkan kita gagal dalam hidup.Sekadar pasrah tanpa tindakan.
Hati yg lembut dikurniakan kepadamu sebagai satu kelebihan.Sentiasa berbaik sangka dan memikirkan org lain.Namun jgn sekadar menjadi badut yg membuat org lain ketawa namun hati sendiri tersiksa.Jangan sekadar menjadi lilin yg membakar diri untuk terus menerangi org lain.Ingat , wajib hukumnya kita mementing dan memikir diri sendiri jika di jalan yg benar untuk meneruskan syiar dan tugas khalifah di muka bumi. Merendah diri satu sifat yg terpuji namun terlalu merendah diri membuatkan kita tenggelam dan tidak yakin.Sesungguhnya ragu2 itu adalah bisikan syaitan bagi memesongkan kita.
Gagal adalah perkara biasa dalam hidup.Kebanyakkan org jika jatuh hanya melihat langit indah.Tapi bagi org yg berjaya , ya , langit indah dan aku perlu lekas bangkit bagi mencapai langit.Dan dengan pantasnya bangkit bagi mencapai keinginannya.Jgn ambil terlalu banyak masa untuk bangkit.Mmg betul lambat@ cepat kita akan capai apa yg kita impikan selagi masih ingin berusaha.Namun faktor masa ini lah penentu bagi mereka yg berjaya.Sama ada sekadar kepujian atau pun cemerlang.
Berserah itu perlu tapi setelah usaha yang setimpal dan bersungguh.Bukan sekadar melepaskan batuk di tangga.Air mata yg ikhlas insyallah takkan sia2.Air mata adalah tanda pembuktian hati yg luhur dan jujur.Dan jangan bazirkan air mata terlalu awal.Simpankan ia bagi dialirkan setelah kejayaan ditempa.Setelah misi terlaksana.Aku percaya dengan kebolehanmu.Iktikad dan iltizam perlu bagi memantapkan kendiri,bagi mengukuhkan pendirian.Jika org lain boleh kenapa tidak kita bukan??
Apapun kejayaan perlu ada sesuatu yg dikorbankan.Tidak perlu takut untuk membuat pengorbanan bagi harga sebuah kejayaan.Tidak perlu takut untuk membuat satu anjakan paradigma jika anjakan tersebut bagi memperbaiki diri.Sesungguhnya antara berjaya dan gagal hanya dipisahkan oleh satu garisan yg sgt halus.Berhati2 lah kerana tidak selamanya kita akan ada di puncak.begitu juga sebaliknya.Sedar dimana langit di junjung di situ la bumi di pijak.
Yakin dengan diri kerana setiap org dilahirkan istimewa.Istemewa kerana terdapat sesuatu dalam diri setiap insan.Kamu yg menjadikan siapa diri kamu.Kamu yg membentuk sahsiah dirimu.Segalanya kamu.Tidak perlu untuk menunding jari pada sesiapa pun kerana setiap tindakan dan pemikiran adalah datangnya dari diri kita.Bukan org lain.So renung2 kan lah.Sekadar luahan untuk dijadikan pedoaman,Itu pun jika berkeinginan
Secangkir idea , luahan kata
No comments:
Post a Comment