Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca semua.Lama rasanya tidak menarikan jemari mencoretkan nukilan buat tatapan pembaca.Dan terima kasih buat fatimah (pelagifatimah.blogspot) kerana menegur atas kealpaan ini.Terima kasih kerana menjadi pembaca setia dan aku begitu menghargai teguran dan kesetiaanmu.Dan buat seseorang yang menjadi peyangga setia , juga jutaan terima kasih kerna terus menyokongku.Tetiba aku terasa macam sedang berucap di atas podium lak.Hahahahahhaha
Hari ni aku baru menjejakkan kaki ke tanah pencarian rezeki ku.Setelah 2 hari berseminar di UTM.Entah kenapa kini aku tak mampu berjauhan dari KPZ.Mungkin kerana hati ini tak mampu menanggung beban rindu.Kerana sejuta satu kenangan aku kumpul dan lalui di sini.Alhamdulillah kerana masih ada manusia manusia yang jujur dan setia menemankan ku.Dan buat adik2ku , teruma kasih tak terhingga kerana sering meluangkan masa bersama aku yang sejuta ulah.Aku begitu menghargaimu.
Malam ini aku ingin berbicare ttg apakah dunia.Kenapa perlu ada dunia.Aku sering berbicara dari hati ke hati dengan insan2 kesayangan ku.Dengan teman2ku.Ish,tetiba rasa skema lak.Tukar mood jap.Toing toing.Fuhhh.Ok. Sekarang ni bulan Syawal.Raya time.So aku jumpa la kawan2 lama.Teman seperjuangan masa sekolah dolu2.So masing2 tanya soalan “ kau kerja kat mana , pakai kereta apa , jawatan ko sekarang apa n bla bla bla…Soalan yang biasa kita dengar.So kesimpulan yang aku buat adalah dunia tempat untuk org berbangga dengan apa yang org ada.Berbangga diantara satu sama lain …….
Kemudian berlalu pula kepada topik yang lain.” Kau tau sapa yang bunuh Sosilawati , kenapa Nik Aziz tak berbangga jadi org melayu , kenapa elaun cuma lima ratus dan bla bla bla bla…Aku pun layan jer la…So kesimpulan terbaru aku buat adalah dunia adalah tempat untuk org berbangga dengan apa yang org ada.Berbangga diantara satu sama lain.Mempertahankan apa yang org percaya walaupun mereka mungkin salah…..
Kemudian aku berjumpa dengan kawan yang lain.Berbicara mengenai teknologi terkini.”Kau dah tgk waja lancer yang baru tu,exora pun nak masuk turbo sekarang,Amerika dah cipta rekaan baru x , Jepun lak in progress keluarkan produk baru Y.Malaysia lak entah research merapek meraban…..So nak atau tak aku pun melayan lagi sekali.Then terdetik kesimpulan baru diamana dunia adalah tempat untuk org berbangga dengan apa yang org ada.Berbangga diantara satu sama lain.Mempertahankan apa yang org percaya walaupun mereka mungkin salah kerana ingin memiliki teknolgi yang terkini ….
Lalu berjumpa pula dengan teman perempuan.Kisah gosip n artis antarabangsa menjadi topik bualan.N ditambah pula dengan filem2 baru yang keluar.Complete cerita pasal sinopsis n rating dari itu dan ini.Fuhh , bab ni aku boleh dengar jer.Org hutan katakan.Mana la tau sgt.Setakat kuch kuch hota hey ) betul ke aku eja? ) boleh la gak aku cakap.Shah rukh khan ( opsss…ada datuk la;p ) n keluarga kapoor.Ekekekekek.So kesimpulan yang aku dapat adalah dunia adalah tempat untuk orang berbangga dengan pa yang org ada.Berbangga diantara satu sama lain.Mempertahankan apa yang org percaya walaupun mereka mungkin salah kerana ingin memliki teknologi yang terkini supa dapat mengetahui gosip dan menonton filem antarabangsa…..
Then berjumpa lagi aku dengan seorang teman.Yang suka berbicara mengenai agama.Berbicara mengenai manusia2 ini yang meminta kembali ke dunia. Merayu untuk memperbetulkan kembali kesilapan2 mereka.Menagis hingga terkeluar biji mata hatta air mata darah namun tidak dipedulikan rayuan mereka ini.Maka dengan ini aku membuat satu kesimpulan yang man DUNIA ADALAH UNTUK MEMBINA AKHIRAT
Lalu aku menekan butang merah dalam Ms Words lalu terpapar perkataan “ Do you want to save the changes you made in documents1 ?” lalu aku menekan yes tanda aku bersetuju dengan pernyataan ini.
TAMMAT
So Selamat hari raya buat pembaca semua
Secangkir idea , luahan kata
No comments:
Post a Comment