Salam buat semua.Hari ini aku ingin berbicara mengenai hati.Luhan hati seorang insan yang sentiasa khilaf.Sentiasa membuat kesalahan.Sentiasa mencari kesalahan orang dan sering mehindari kesalahan yang dibuat.Terasa hati ini bagai dicarik2 dan dihunus sembilu.Kenapakah hati ini sukar untuk mewujudkan kepercayaan?Apakah dia sebenarnya erti percaya?Apa itu kepercayaan?
Kadangkala hati ini berasa percaya.Yakin dengan apa yang diucapkan.Yakin sepenuh hati dan nurani.Namun benar seperti kata org tua2 sesungguhnya keyakinan sering diuji dengan seribu halangan.Hati sering dihuni dengan seribu prasangka.Panas yang diharap hingga ke petang namun turun pula hujan ditengah hari.Sesungguhnya manusia hanya mampu merancang dan seterusnya ketentuan datang dari Yang Esa.
Itulah gunanya akal untuk mempertimbangkan dan hati untuk menilai kebenaran .Gabungan 2 elemen ini membolehkan manusia tidak lari dari paksi kebenaran , atau mungkin sekurang2nya berpijak di bumi nyata.Bukan di awang-awangan mahupun dalam dunia khayalan.Namun seringkali kita terlepas pandang tentang 2 elemen ini.Sering kali hati mendahului akal dalam membuat sebarang timbang tara.
Cemburu.Kenapa perkataan ini sukar untuk dipisahkan dari kehidupan kita.Bukan manusia namanya jika tidak perrnah wujud cemburu.Walau tidak banyak dan mungkin hanya sekelumit namun perasaan ini pasti bertandang di sudut hati.Mungkin ada yang mendangkal , mungkin kerana ingin mencari kesempurnaan namun bagi aku ia adalah satu lumrah , yang wajib dilalui.Apatah lagi di saat mempertahankan sesuatu hubungan.
Atau mungkin kerana rasa terancam , atau terlalu ingin menlindungi menyebabkan aku dan kita bertindak sedemikian.Walau jika difikirkan kembali tidak munasabah waima perkara kecil sekalipun , namun inilah hakikatnya.Hakikat yang tidak mungkin kia atau mungkin sekurang2nya aku ini tidak mampu untuk menidakkan.Apatah lagi untuk mengelak.
Sering aku bertanya kepada hati kenapa perlu menjadi sedemikian.Bukankah hati sering terluka dan memendam rasa.Sehingga kadangkala membawa punah untuk diri sendiri.Bukankah mudah jika membelakangkan dan bukan mengabaikan.Atau mungkin mengambil langkah memejam sepasang mata.Biarkan ia berlalu bersama sismilir angin.Namun kata2 mmg mudah untuk dilaksana.Kerana itu aku lebih menonjolkan perbuatan dari perkataanku.
Amatlah susah untuk menjaga hati sendiri , apatah lagi untuk menjaga hati org lain.Mungkin kerana sikap lembut yang ada sejak azali ini mebuatkan aku sukar untuk meluahkan apa yang terbuku.Atau mungkin kerana kematanganku yang sering dibataskan dalam usia tua ini.Dan aku cukup kagum pada manusia di luar sana yang mampu untuk out spoken atau menzahirkan segala rasa yang terdetik.Aku seringkali cuba untuk menjadi sedemikian namun kerana sikap belasku yang amat tinggi menyebabkan aku sendiri yang terasa hati.Menjeruk perasaan.
Aku ingin sekali mendambakan hidup bersama.Ditambah usiaku yang meniti remang senja.Ingin bermanja dan dimananja.Apatah lagi diri ini yang sering terpaksa menjadi kuat dan tabah.Mempertahankan pendirian jua pendapat.Demi berjuang di bumi yang kejam ini.Adakah ada sinar yang mampu memancarkan bibit2 cahaya kebahagiaan dan kemanjaan atau mungkin sekurang2nya menenangkan hati yang galau?
Kenapa begitu sukar untuk aku mengharungi setiap yang berlaku dalam hidup ini?Kenapa perlu aku sentiasa berlakon hebat dan tenang?Kenapa semua ini berlaku terhadapku?Dan bukan atas tujuan aku menyalahkan takdir.Jauh seklai mempersoalakan kurniaan nikmat yang diberikan.Cuma sekadar bermonolog di dalam diri.Andai aku dapat mencari sinar cahaya untk menerangi pekat kegelapan.
Aku mendambakan kasih sayang.Aku mendambakan kebahagiaan.Aku mendambakan kesetiaan dan kepercayaan.Aku mendambakan dampingan dan belaian.Aku mendambakan pelukan kasih dan ciuman sayang.Dan aku mendambakan keredhaan.
Dan buat pembaca , renungkan kerana ada yang tersirat disebalik tersurat.Aku sekadar pelontar idea dan pendapat.Sering mebelakangkan akal.Kerana aku sekadar manusia biasa yang tak punya apa.Salam kasih,sayang dan peluk cium dariku .
p/s : ( Coretan dari kisah benar insan yang diminta merahsiakan identiti )
Secangkir idea luahan kata
No comments:
Post a Comment