Wednesday, September 15, 2010

gila

Hari ni aku nak bercerita ttg apa yang bermain dibenak aku.Aku nak berkongsi dengan pembaca semua mengenai pehubungan,anjakan paradigma dan pemikiran.Dan secara awalnya aku menyatakan bahawa hasil nukilanku ini mempunyai nyawa.Mempunyai emosi dan mempunyai perasaan.Maka dengan ini aku mengandaikan bahawa lebih baik pembacaan ini dihentikan.Jika ingin diteruskan maka hendaklah dibutakan mata dan dibisukan mulut.

Aku cukup bosan dan tertekan.Aku terasa kosong yang menyesakkan.Aku terasa degupan jantung yang ingin aku berhentikan.Bunyi yang memekakkan.Aku terasa sejuk malam yang merimaskan.Aku terasa hempasan ombak yang menyiat2 gegendang telingaku.Ingin aku menjerit pelbagai sumpah seranah dan kata nista.Ingin aku lempiaskan kemarahan,kesedihan dan kehampaan ini ke serata pelosok alam.Ingin aku menterbalikkan dunia.Dan ingin aku menghempas bumi menjdi debu.Jika ini semua mampu aku lakukan dan jika keajaiban ini menjadi satu kelebihan buatku.Biar apa pun yang terjadi aku tidak ingin pasrah.Biar sejuta yang memerangi nescaya aku perangi dan simbahkan darah ke bumi.Biar bala yang turun pasti aku hadang dan musnahkan segalanya.Biar bingit yang melingkar akan aku habisi menjadi suram kelam.Jika kekuasaan itu menjadi milikku maka akan hancurlah segalanya.Pasti aku habisi riwayat segalanya.Yang pasti aku sesak dan terseksa.Yang pasti aku panas dengan segala.Yang pasti aku takkan redha dengan apa yang berlaku.Yang pasti akan aku tentang degan sehabisnya.Aku adalah aku.Walau aku hanya insan biasa namun aku mampu untuk menjadi luarbiasa.Walau aku sering ditidasi namun aku mampu menindas.Walau aku selalu berdiam namun aku mampu bersuara menegaskan hak.Walau aku mengalah namun aku mampu mengalahkan.Walau aku sering akur namun aku mampu mengoncangkan dunia.Berhati2lah kerana diam bukan bererti aku akan akur selamanya.Berhati2lah kerana mengalahku akan sampai ke tahap batasnya.Berhati2lah kerana akurku akan sampai kepada kemarahaku.Berhati2lah kerana sabarku akan menjadi sekejam2nya.Berhati2lah kerana tolak ansurku akan menjadikan aku manusia zalim.Jika itu yang dipinta , jika itu yang perlu aku akan lakukan.Demi menegakkan apa yang aku perjuangkan.Demi terus mepertahankan apa yang aku inginkan.Untuk terus meneruskan apa yang aku miliki.Jangan sesekali membuatkan aku menterbalikkan sikapku.Bukan untuk mengancam apatah lagi memberi ancaman.Sekadar satu amaran dan juga peringatan.Aku punya perasaan.Aku punya harga diri.Aku seorang manusia biasa.Yang mampu untuk menjadi seperti manusia lain.Sama ada menjadi pembaik mahupun penjahat.Kau pilih apa yang kau ingin aku beri.Kau tentukan apa yang kau mahu aku jadi.Aku hanya ingin menjadi manusia…..

( Tiada kena mengena antara hidup dan mati.Cuma terasa ingin melempiaskan kemarahan yang tiba2 hadir tak tentu pasal.Kerana syaitan telah pun memerdekakan dan mebisikkan nafsu amarah kepadaku )

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails