Monday, September 13, 2010

Kisah Babi , Gajah dan Gajus

Arakian tersebutlah kisah antara 2 binatang dan 1 buah2an ini.Pada sebuah zaman di mana binatang dan tumbuhan boleh berkata2 di mana zaman tersebut babi adalah binatang yang berhidung mancung dan berekor panjang.Sang gajah pula mempunyai ekor yang pendek.

Maka kerana kecantikan babi tersebut bermegah2lah babi dan mencanag2kan kecantikannya itu di serata tanah jajajahan dan pelusuk benua.Dengan mendabik dada sambil bermegah2 hidung menongkah langit , melibaskan ekornya yang runcing panjang menawan.Maka memandang la haiwan yang lain dengan penuh rasa cemburu akan kelebihan yang tuhan kurniakan kepada haiwan babi tersebut.

Nak dijadikan cerita maka lalu la babi tersebut dihadapan gajah.Lalu dengan megahnya babi mengutuk gajah tersebut.Engkau lihat la betapa cantiknya ekorku ini.Sambil melibas ke kiri dan ke kanan ekor runcingnya.Bebelan demi bebelan , kutukan demi kutukan sehingga la sampai satu ketika , gajah naik geram.Si gajah nampak babi tu kecik besar kecik besar.Babi sungguh babi ni.Sampai satu tahap , apabila babi mengeluarkan ayat pernyataan iaitu harap jer badan besar tapi ekor kontot , maka gajah pun berang.Atau dalam bahasa sanskritnya naik minyak.

Ha , kalau kau dah hebat sangat babi , kita buat satu pertandingan.Walau ekorku kontot tapi kuat.Tak macam ekor kau yang panjang tapi lembik.Sebaik sahaja babi yang mendengar kata itu ,hatinya pun sudah panas.Lantas ketika itu juga dia ingin membuktikan bahawa ekornya tidak selemah yang dikatakan.Apatah lagi egonya yang tinggi.Di dilam benaknya terdetik bahawa ekornya lebih panjang walaupun gajah badannya lebih besar.Mesti kemenangan berpihak kepadanya.


Lalu satu pertadingan dianjurkan tika itu jua.Kebetulang sang kancil lalu.Seperti sedia maklum kancil terkenal dengan kebijaksanaan dan kecerdasan akal.Maka dijadikan hakim bagi pertandingan itu.Ekor sang gajah dan sang kancil pun di ikat.BInatang yang lain bersorak sorai.Gegak gempita kawasan sekeliling.Berita mengenai pertandingan pun tercanang dengan sedirinya.Berkoyan2 binatang yang hadir.

Lalu pertandingan pun dijalankan.Sang babi berhempas pulas menarik ekornya bagi membuktikan bahawa dialah pemenang sejati seantero alam binatang dan buahan2an.Manakala sang gajah pula menggunakan separuh dari tenaga untuk mengajar babi tersebut satu pengajaran.Tarik menarik berlaku sehingga 3 hari lamanya.

Dan dalam jangka masa 3 hari sang babi bebas memakan apa sahaja.Rumput , cacing dan umbut disekitarnya dimakan bagi mendapatkan tenaga.Manakala gajah terpaksa berlapar kerana sumber makanannya agak jauh dari pertandingan.Sampai satu masa , sang gajah terasa lapar yang amat.Dialih pandangannya ke kiri dan ke kanan.Tiba2 dilihatnya sepohon tebu yang hijau menggoda.Sungguh seksi batang tebu itu , begitu menarik dan menggiurkan.Lalu gajah hilang kewarasan.Dengan sepenuh tenaga , direntapya ekor sang babi yang tika itu berusaha berhempas pulas menarik lalu terdorong la babi ke depan/Ekornya putus lalu berpintal.

Malang bertimpa2.Di masa terdorong ke hadapan , hidungnya terlanggar dengan kuat pohon gajus.Kerana kuatnya impak pelanggaran itu maka hidung babi yang mancung itu kemek dan buah gajus pula oleh kerana terlampau terkejut terkeluar bijinya dari buah.Manakala ekor babi yang terputus itu melekat pada sang gajah.


Itu kita lihat sehingga hari ini sang gajah sering melibaskan ekornya ke kiri dan ke kanan bagi meraikan kemenangan.Gajus pula masih terkeluar bijinya sehinggan kini kerana masih belum hilang terkejutnya atas impak pelanggaran dan kalau dilihat babi berekor pendek berpintal dan kkemek hidungnya.Cerita ini disampaikan dari generasi ke generasi sehingga hari ini di mana kalau kita lihat anak2 babi sering jalan tunduk bila bersaing dengan ibunya.Kerana pemahaman mereka ibu mereka lah yang kalah bersaing dengans ang gajah.Maka mereka malu kerana menjadi seekor babi.....

Maka dalam hidup jangan lah kita bongkak dan sombong.Apa yang kita dapat kalah berhidung tinggi membusung dada?Hendakkah kita menjadi seperti babi?Aku tak nak...ekekekekekeeke


( Cerita ini adalah sebagai satu hiburan teladan.Sebuah cerita rakyat yang diolah dan ditokok tambah oleh aku.Dan yang pasti tiada kena mengena di antara yang hidup mahupun yang mati.Apatah lagi keturunan babi,gajah dan gajus ;D )

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails