Saturday, October 23, 2010

Janji

Apa kebenda alah lah manusia ni kan.Suka buat janji tapi sering mungkir dari menepati.Memang betul la kata Al Quran di mana pabila hari kebangkitan semula akan ditarik kelebihan mulut untuk berkata2 dan dianugerahkan anggota lain untuk berkata2.Kerana mulut itu begitu lancang mengeluarkan seribu janji namun sering di biarkan bak similir angin berlalu.Segal sungguh manusia sedemikian.

Aku ada satu pegangan di mana setiap kata yang diluahkan itu merupakan satu janji.Yang mana ia membuktikan sejauh mana kesungguhan , keazaman dan tekad individu.Sejauh mana pegangan dan amanah yang dah diluahkan dari bibir untuh diinterpretasikan dari kata2 kepada perbuatan.Sebab itu aku hanya percaya orang sekali dan sekali dia mengkhinatiku adalah sukar untuk aku memberikan kepercayaan kepadanya kembali.

Bukan kerana aku kejam mahupun ingin berlaku zalim.Bagiku aku cuma mempertahankan hak ku.Aku tidak ingin terus ditindas.Dan terus dinilai oleh bangsa lain sebagai janji Melayu.Dan aku tidak mahi bangsaku terus dizalimi dengan kata2 janji Melayu itu oleh bangsa2 lain di muka bumi ini.

Namun siapakah aku untuk mengubah presepsi bangsa lain terhadap bangsaku ini.Mungkin kerana segelintir ( atau mungkin kini hampir keseluruhan ) bangsaku mempunyai sikap janji Melyu ini maka kami di cop dan sering dilabel sebagai bangsa mundur yang tidak punya apa.Hanya bergantung kepada pemerintah dan dinilai sebgai bangsa kelas ke 3 yang sering melukut di tepi gantang.Mengharapkan subsidi dan belas ikhsan yang lain demi meneruskan sebuah kehidupan.Alangkah malunya.Mana dia kegemilangan Panglima Awang@Enrique The Black?Mana dia Kemahsyuran Hang Tuah lima bersaudara?Mana dia kemahsyuran bahasa Melayu yang menjadi lingua franca?

Buat sesiapa yang setia membaca blog ini , terutama buat bangsaku.Ubah lah presepsi masyarakat asing di bumi Melayu ini.Jadilah seorang yang menepati masa.Bersungguh2 lah dalam membuat pekerjaan dan ikhlaskan hati dalam melakukan sesuatu kerjaya.Tekad dan tanamkan keazaman dalam diri untuk terus maju ke depana dan bukan sekadar menumpang belas ikhsana sesiapa di muka bumi ini waima pemerintaha.Kerana apa lagi yang ada untuk kita kecuali menumpang atas nama kerajaan Melayu.Buktikan pada dunia kita mampu menggegarkan dan menggoncangkan serta memartabatkan lagi nama Melayu di arena global.

Aku sekadar cuba untuk membuat satu perubahan walau aku tau diriku ini bukan sesiapa.Sekadar sayangkan bangsaku dan ingin memperbetulakan bangsaku , termasuk diriku ini.Agar terus maju dan mengembalikan kegemilangan Melayu.

Luahan kata , secebis rasa

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails