Tuesday, April 20, 2010

Peralatan Perkhemahan

Tak Sabar menunggu program 10hb Mei.Sgt teruja kerana pengenala beberapa aktiviti baru yg mungkin belum pernah dibuat org.Credit to cik wani,Cik Iqa n mreka yg terlibat secara langsung atau dbelakang tbir.Bg yg berminat,Masih ada kekosongan untuk sesi ke 2.Jgn malu2 untuk menghubungi admin yerr ;D.Baiklah,untuk kali ini aku nak berbicara mengenai peralatan yg biasa kita bawa untuk aktiviti outdoor

Normaly kita b4 g memana akan buat check list untuk make sure semua barang tak tertinggal.Satu ketika dulu,lagi 10 minit nak bertolak,waktu tu la baru aku nak ngengada terkocah kacah mengemas barang2.Pastu sampai camp site mula la selipar tak bawak la,torch light takde la.Masa tu hangin satu badan tapi nak salahkan sapa????Pasrah je lah.hehehehehe.

Aku suka bercerita so apa kat aku ceritakan salah satu rentetan perjalan hidup aku ;D Bercerita mengenai pengalaman,ada satu kisah, mendaki gunung Ledang yg teletak d Sagil,Johor.Salah satu antara gunung yg sukar didaki d Malaysia.Percaya atau tidak even gunung Kinabalu pun tak sesukar ( dari segi trek dan mukabumi ) compare dengan Ledang.huhuhuhu.Berhenti seketika.Azan Subuh berkumandang……..

Ok.Sambg balik.hehehehehe.Waktu tu aku bawa adik2 dalam linkungan awal 20an dan al kisah ni berlaku pada tahun 2009.Kami mendaki pada pukul 0800 setelah bersantai semalaman d kaki gunung.Di fahamkan kini dah tak boleh nak bermalam d pertengahan gunung kerana dkhuatiri pokok tumbang akibat penggunaan belerang.Rupanya belerang mengandungi sulfur yg mana bagi satu jangka masa akan mengubah struktur tanah menjadi lembut dan akar pokok menjadi lebih rapuh.So , jadi kes di mana peserta dhempap pokok ketika tido di dalam khemah.pokok bukan pokok kecik2.Bapak pokok sebesar sepemeluk dua !!!

So diharapkan bagi semua backpakers n penggemar aktiviti perkhemahan,kita gunakan alternatif lain seperti garam untuk menggantikan belerang yer.Bagi mereka yg baru nak berjinak dalam aktiviti ni,sulfur biasanya digunakan untuk menghalang serangga berbisa dari masuk ke dalam khemah.Biasanya serbuk berwarna kuning ( belerang ) akan di tabur dikeliling khemah.So start from now,kita gunakan garam menggantikan belerang sebagai alternatif bagi mengelakkan perkara buruk menimpa kita dan rakan2 yg lain serta memelihara alam semulajadi.Habis skema dah ayat nih ;p

So continue back on stories ;D Kami dijangkakan turun paling lewat pun pada pukul 1700.Kekuatan anggota ketika itu seramai 80 orang termasuk penggiring (8 org kalau aku tak salah).Aku seperti biasa lepak ngan anchor ( istilah pemandu jalan yg paling belakang ) bersama pengiring n beberapa peserta. So nak dijadikan cerita,diorang ni jalan sgt la lembap.Aku ada masalah kerana bila jalan lambat2 n banyak berenti akan jadi cepat penat.Sperti biasa aku bawa haversack Deuter Futura 22,haversack kegemaran aku untuk hicking selain Deuter Air Comfort 65+10 liters (yg ni aku tinggal d camp site.Berat.ekekekekeke ) .Dalam haversack standard la , 1st aid yg tak berapa nak cukup,water bag 3 liter,poncho,hand torchlight,radio amatur yg bateri tinggal suku,multipurpose knife,parang,coklat bar n biskut.

So dengan pantasnya aku bersama 2 org pengiring menjarakkan diri bagi mengejar peserta di depan.Jalan punya jalan punya jalan,sampai d checkpoint 4 kami rehat seketika.Chekpoit 4 adalah tempat berkumpul.Masalahnya takde seorang pun hamba Allah ( manusia ;D ) yg ada di situ.Aku hubungi penunjuk jalan menggunakan radio amatur aku ( radio amatur harus di set frekuensi yg sama ) .Rupanya diorang dah gerak kerana tunggu kitorg lambat sangat.Takpe la.So kitorg pun teruskan perjalanan tanpa menunggu team “siput” yg dibelakang kerana ada anchor.

So tak risau la kan.Nak dijadikan kisah, member yg join aku jalan ni kejang kakinya ( salah 1 faktor kekejangan adalah kekurangan oksigen didalam muscle menyebabkan bicep n tricep menjadi kejang ) . Ok,aku pun buka beg , bancuh dhydration salt ( lebih dikenali dengan nama ORS ) bagi la dia minum.Then jalan la perlahan2.Tang kena banyak kali berhenti aku pun dah mengah.Nafas pun macam kerbau nak kena sembelih.Actually aku take over haversack dia dan nauzubillah aku tak tau apa yg dia letak,sampai macam tu punya berat.Tapi penat punya pasal aku malas nak tanya bebanyak.Waktu tu kami dah d checkpoint 6.Rasa macam nak turun balik jer tapi dah alang2.Takkan nak givup.So dengan penuh azab sengsara memikul dan mengendong 2 haversack,kami meneruskan perjalanan.

1700,waktu sepatutnya semua dah berkumpul di campsite.Alhamdulillah peserta sgt berjaya kerana berjaya turun pada waktu yg dijangkakan.Dengarnya ada yg berlumba lari turun sapa cepat sampai.Dah macam main kejar2 la plak kan.Tapi malangnya pada waktu itu aku n pengiring masih punya 1 checkpoint last untuk sampai ke puncak.Bayangkan betapa lamanya….dan menambah teruk keadaan rupanya anchor dah berpatah balik d check point 4 ke campsite kerana pengiring tak mampu nak meneruskan perjalanan.So nak@tak terpaksa teruskan.Sampai di puncak,ada penunjuk arah yg menunggu bersama sekumpulan peserta yg baik hati ;) Waktu tu suasana dah gelap.Kami pun meneruskan perjalanan turun.Semua bekalan air n makanan dah habis.Tawakkal jer n tuhan jer tau betapa penatnya tika itu.

Yg herannya,penggiring yg tadi kejang kakinya elok plak berjalan sambil berborak ngan peserta ( perempuan ;p ) tapi bila dihulurkan haversack katanya tolong bawakan dulu.Tak baik lagi kaki ni.Uikksss…Sabarlah hati.Positf Deadpoets!!!!!Kesimpulannya sampai satu tahap,haversack tuh dah main seret jer.Tak larat punya pasal.Otw turun,kami dalam 12 org dan hanya ada 3 torchlight.Betapa seksanya nak melangkah dalam hutan tebal.Waktu tu dah tak kira la berapa kali jatuh.Masing2 semua hangin jer satu badan.Badan penat so emosi pun biol jugak kan.hahahahahha.N alhamdulillah kami sampai ke bawah pada 2320.Sgt lewat.

N pembaca nak tau apa yg ada dalam haversack pengiring tuh???? Laptop 3 kilo,baju n suar,buku n kertas yg entah pape tah termasuk file.Dalam hati terdetik buat apa la bawa benda2 nih.Menyusahkan diri jer.Tu tak kisah la diri sendiri tapi sampai org lain jadi mangsa.Pastu boleh plak bersembang riang gagah berjalan bila ngan kaum lawan sejenis.ish ish ish.Bila disuruh bawa beg sendiri,lembek macam sotong.Tak faham tol.

So kesimpulannya di bawah ni saya senaraikan barang2 yg biasa saya bawa sepanjang mengikuti apa jua aktiviti perkhemahan.Mayb ada yg boleh dijadikan rujukan n tambahan :D

Haversack besar ( deuter air comfort )
Haversack hiking ( deuter futura )
Baju untuk tido
Baju aktiviti lasak + spec + topi dan boot
Baju aktiviti air termasuk mask,snorkel dan fin ( joran ;p )
Manstin ( mangkuk besi berbentuk segiempat )
Solid fuel (a.k.a lilin askar) serta lighter ( rokok 4 sure la kan ;p )
Multipurpose knife
Parang
First aid
Toilettries + tuala
Torchlight
Radio amatur/walkie talkie ( bergantung pada teman2 yg lain )s
Handset ( penting bila walkie talkie habis bateri )
Ratio makanan termasuk candy bar
Poncho dan harmock

Setiap org punya keperluan berbeza jadi yg di atas adalah bahan asas yg perlu ada kecuali errrrr ….. ;p ( Fatimah Azzahra sgt sensitif dengan ini ) . So terpulang kepada individu.Malah aku pernah melihat org bawa payung pergi berkhemah.Weird tapi agak bijak.Coz tgh trekking tup2 kena rehat kat kawasan open tghari buta.Matahari tercacak atas kepala.Payung sgt2 berguna.Macam tu gak hujan,Poncho kurang memberi kesan.so payung merupakan perkara yg boleh diselitkan kan.Mayb pas ni kita akan bincangkan mengenai pisau vs parang.handheld torch vs headlamp.Nantikan ;D


Secangkir idea,bingkisan kata

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails