Friday, June 18, 2010

Laptop aku

Selama aku hidup di dunia ni dah macam2 jenis laptop aku cuba.N da last one aku try pakai maccbook pro.Waktu tu nak ambil air tapi rasa cam susah lak coz tpaksa pakai xternal cd drive.So cam menyusahkan jer rasanya.Aku nak imbau balik sejarah aku pegang pc n laptop nih.

Aku pegang pc sejak umur aku 4 tahun kot.Waktu tu tak salah aku pentium m.GUI untuk inteface pun tak macam sekarang.Dulu pakai MS DOS n banyak guna line 2 line command.Dari situ la aku boleh bt cording sikit2.Teringat zaman tu parents aku mengamuk sebab kerja aku menjahanamkan pc.Ye la nak tau apa yg ada kat dalam tuh.Mana x tiap2 tahun asyik kena beli pc baru jer.

Computer pertama yg aku beli sendiri acer travelmate yg 17 inchi.Waktu tuh tahun 2000 kalau aku tak salah.10 tahun yg lepas.Waktu tu kira aku baru pas spm.Kira diantara yg terhebat la waktu tuh.Kira mmg kelek sentiasa n tak tinggal.N Laptop tuh ada lagi masih bernafas sampai sekarang.Syg sgt.Bukan mudah nak beli n kalau x salah masa tuh harga dia 4k lebih kurang.

Then 2nd laptop aku pakai Acer gak.Core 2 duo.Aku beli tahun 2003 kalau xsalah.Aku agak gila teknologi dan sanggup laburkan duit untuk godeh2 benda alah gadjet2 yg ada.Bagi aku,kepuasan yg tak terhingga bila mampu mulik , tahu perjalanan di belakang gadjet n mampu untuk sembuhkan penyakit pd gadjet tuh setelah aku sendiri yg cipta penyakit.Ekekekekeke

Bila Dell n HP kuar yg ada casing colour2 aku pun cuba la pakai.Rupanya sama jer.Cuma colour jer yg jadi penambah seri.Tapi aku selesa guna acer coz may b dah terbiasa.Lagipun bagi aku keypad dia memberi respon yg agak baik ( lebih kurang sama ngan mac cuma mac ada lampu kat keyoard ;p )n harga yg agak reasonable.

Tahun 2009 aku beli desktop acer gak.Yg warna oren transformer tuh.Waktu tuh harga dia 5 lebih.Quad core so jakun la.Lagipun casing dia cantik n powerfull.Beli2 aku terus godeh tgk macam mana la rupa quad core tuh.Yela kalau setakat baca n tgk gambar bagi aku xpuas.Kena feel.Baru best :D

Then aku ambil IBM.Sekarang ni dah diambil alih dan di downgrade kualiti.So tak macam dulu.N Finally aku pakai macbook pro.So kat sini sebbenarnya cerita aku baru nak bermula.Ekekekekeke.

Macbook pro ni aku ceritakan dari pengalaman aku la.Respon keyboard,refresh screen,sound quality n grafik bagi aku sgt memuaskan.Lagipun apa yg terpapar kat screen , warna itulah yg sejibik kuar masa print.N aku suka shortcut key n kalau boleh less GUI ( graphicaluser interface ) supaya cepat n pantas.N paling aku suka tak yah nak defragment n scanning virus.N tak hang.Tu yg seronok tuh!!!!

N xbanyak kerenah untuk config hardware.Semuanya dipermudah n aku seronok menggunakannya berbanding windows.Tapi ada masalah yg aku xsuka.Susah nak dpt software pirate.Huhuhu.Mahal sgt software ori kalau nak beli.Pilihan game pun xbanyak.So pilihan yg aku ada bila aku outstation ke negara org so waktu tu la aku cari seberapa banyak software yg boleh ;p

Tapi design aluminium ni pada mulanya mmg menarik perhatian.Tapi bila ah pakai baru tau betapa susah nak jaga.Habuk asyik melekat mungkin kerana elektrik statik kot.N kalau aku pakai jam aku yg satu lagi tuh mmg kena buka coz calar masa nak menaip.So kena pakai jam getah@ buka jam masa nak menaip

Tetiba panggilan azali datang,Huhuhuhuhu.Dah tak tahan nih.Nak kena p tandas.So nanti aku sambung balik yerrr ;p bukaan cobaan tapi ini betol2

Secangkir idea , luahan rasa

Pandangan

Aku sering mengikut program yg org lain anjurkan untuk meraih secangkir ilmu dan menambahkan apa yg kurang dalam corak kursus mahupun kem yg aku anjurkan.Aku sedar telalu banyak kelemahan dan kekurangan dlam diri aku.Aku cukup berterima kasih kepada team yg sering support n sentiasa ada dibelakang aku.Memberi idea dan pandangan dan sentiasa menjayakan idea yg aku lontarkan.

Kat sini aku cuba persoalkan bentuk pendekatan yg selalu org ambil dan aplikasikan dalam setiap kursus mahpun kem yg aku pergi.Kebanyakkan yg aku pergi corak pendekatan atau ideologi yg digunakan adalah pendekatan berorentasikan pengalaman ( xperiance learning ) .Dan aku sendiri lebih suka pendekatan one 2 one touching yg mana pendapat aku lebih sesuai.

Xperiance learning yg selama ini aku lihat kurang berkesan.Sama ada kerana pendekatan atau kurang penerimaan.Mungkin kerana corak yg keras kerana ingin membentuk disiplin atau mengambil ideologi tentera yg sentiasa memberi tekanan dan tekanan.Selama ini aku mengkaji psikologi dan emosi manusia yg mana ya , mereka berubah kerana mengikut peraturan ( aku lihat dari konteks budak seklah ) , kerana takutkan jurulatih yg garang dan sentiasa ketat mukanya.

Dan cikgu2 tersenyum bangga kerana melihatkan perubahan yg ketara pada anak didiknya.Tapi sejauh mana perubahan ini mampu untuk dipertahankan?Adakan perubahan kerana takut dan bukan kerana datang dari dalam diri mampu merubah mereka ini bila kembali ke kehidupan asal mereka?

Bagi pendapat aku , perubahan ini berlaku hanya untuk satu jangka masa iaitu sepanjang kem atau kursus dilangsungkan.Kerana wujud tekanan itu hanya sewaktu di kem.So pendekatan seperti ni sepatutnya , bagi pendapat aku ,dilakukan secara istiqamah.Berterusan dalam satu jangka masa waktu yg panjang untuk membentuk corak yg diiginkan.Mungkin konsep ketenteraan di ambil sebagai pandua tetapi kita perlu ingat mereka yg masuk dalam bidang ketenteraan mmg dah dsetkan minda mereka untuk megalami ketegasan yg bukan kepalang.Dan mereka perlukan mengalami kursus pemantapan minda@brain storming serta mental setting selama 6 bulan.Boleh ker kita menggunakan pendekatan ini kalau masa untuk brain storming n mental setiing mungkin mengambil masa paling lama pun 2 jam?

Atau mungkin aku yg tersalah apndang atau tersilap bicara mengenai pendekatan ini.Harap maafkan andai kata2 ini kurang menyenangkan tetapi aku sekadar meluahkan pendapat dan pandangan.Cuma ingin mebicarakan pendekatan yg sesuai bagi membentuk sahsiah dan peribadi.Bagi memastikan setiapkeringat dan wang yg diaburkan berbaloi dan bermanfaat.Bukan mudah untuk mencari wang tetapi lagi bermanfaat jika dilaburkan untuk mencari secebis ilmu kan?Kerana terputusnya hubungan kita dengan dunia satu hari nanti kecuali 3 perkara iaitu sala satu daripadanya adalah ilmu yg dimanfaa dan disampai2kan kan?

Apapun terpulang kepada individu kerana pada aku ,mengikut cara aku , setiap org mempunyai pendekatan yg bbeza.Aku masih setahun jagung dan berhingus untuk membuat hipotesis dan membentuk ideologi tetapi sekadar luahan pemikiran dan permerhatian.Terpulang atas penerimaan kalian ;)

Secangkir idea , luahan kata

Thursday, June 17, 2010

Masyarakat kita

Hari ni aku dok melepak kat McD lagi.Lama pulak rasanya tak melepak n surfing dari sini.Yela dihambat dengan kerja yg tak kunjung henti n tugas yg memerlukan begitu banyak masa untuk dikorbankan.Sambil tu dok jeling2 tgk bola.Sekadar ambil tahu untu menambahkan informasi.Ekekekekeke.

Tgh syok surfing tetiba aku ternampak satu perbuatan yg aku boleh kategorikan sebagai biadap.Kemana hilangnya santun di kalangan masyarakat kita.Khususnya bangsa melayu yg terkenal dengan adab dan susilanya sejak berabad lama?Bak kata Hang Tuah tak melayu hilang di dunia.

Namun apa yg aku nampak sekarang tak menunjukan sebegitu.Melayu semakin hilang dan tenggelam.Baik dari sahsiah mahupun kehidupan.Semakin terus ditindas.Aku fokuskan kepada adab dan sopan yg dulu boleh dibanggakan tapi kini hanya tinggal kenangan.Atau mungkin khayalan

Berbalik kepada pintu McD.Banyakngkan 2 org Melayu perempuan yg aku yakin di didik dikalangan masyarakat yg beradab dan bertatasusila.Namun tak diterapkan dalam kehidupan seharian.Ada ke patut diorg keluar dari pintu McD tu dan biarkan pintu tu tertutup sedangkan ada seorg budak kecik yg aku agak dlaam anggaran 4 tahun tgh cuba nak masuk.Apa lagi tersepit la budak tu dan trantuk akan kepala budak tu kat pintu.

Dan dengan selamba dan tak bersalah 2 org budak perempuan tu tersenyum sinis dan berjalan selamba seolah takde pape berlaku.Langsung takde belas pada budak yg terduduk menangis di celah pintu.Apa salahnya kalau tahan seketika pintu tu.Bukan susah pun kan.Atau mungkin terlepas pemegang pintu tu apa susahnya untuk bangkitkan budak tu kembali n minta maaf.Kemana budaya meminta maaf tu hilang?Dan org disekeliling pun tergamam tak membantu.Haish apa la nak jadi sekarang ni?

mungkin kta anggap ia sebagai sesuatu benda yg remeh tetapi sedar la apa lagi yg kita boleh banggakan kalau tidak adab sopan yg kita sering laung2kan.Yg sering kita banggakan?Perlu ke kita dikenali dan bersetongkol dengan bangsa yg iadp dan sungguh terkurang diajar?Aku rasa banyak benda yg perlu kita betulkan bermula dari diri kita sendiri.Aku tak mengatakan bahawa diri ini baik atau hebat,sama seperti semua tetapi mungkin secebis kesedaran dan ingatan untuk kita bersama.Sebagai seorang manusia untuk menyampaikan dan sebagai seorang khalifah untuk meningatkan.So mari kita muhasabah kembali siapa diri kita , apa yg kita dah lakukan dalam hidup.Terapkan nilai adab sopan dan tata susila dalam diri dan amalkan budaya kemelayuan kerana itu sahaja yg kita ada.Itu yg perlu kita pertahankan

Secangkir idea , luahan kata

T.O.T(bahagian 1)

Hahaha...bile ckp psl TOT....tingat kat kitaorg punye big bosss....tak habis2 suh kitaorang cite pengalaman msg2.....k...today is the day....hehe....walaupun dah lama berlalu...jari ni baru terasa nak menaip balik.....nak cite balik....tapi bile dipikirkan balik....ak le org yg last skali cite pasal TOT...sori ye sume...n peringatan untk team members yg lain...jgn lupe update blog slalu....^_^

TOT ataupun Train Of Trainers merupakan program yg wajib diikuti oleh sesiapa yg mahu bergelar sbgai jurulatih...(rasanyer....). Kalau nak tahu lebih lanjut pasal TOT ni kena ler sudi sudikan diri untuk sertai...ap yang dijanjikan insyallah seronok.....pengalaman yg jarang2 org dpt...

Di saat jari ini sdg seronok menekan keypad laptop....baik diteruskan penceritaannya.....walaupun mungkin diri ini tidak pandai berbicara.....tapi harapan menggunung diletakkan supaya membaca secebis pengalaman yg cuba dicoretkan disini.....(tp mungkin dah meningkat sikit kut...sikit jer....dgn tunjuk ajar dr seseorang.....mgkin...sape tahu).....

Mcm ni kisahnye...psal TOT yg kitaorang pegi ari tu....ak selaku ketua team kitaorg(ketua le sgt....bak kata org tu....dah nak semacam dgn team satu lagi....sejenis je....)ap2 pun insyallah usaha akan terus dijalankan walaupun diri ini akan sibuk untuk semester akan datg....its ok...come on hazwani...u can do it...u go gurl....gambate gambate......k sambung balim pasal TOT....sbnarnya ak le yg paling awal bergerak...ye la duduk jauh nun di utara sana....mestilah kena korban sikit....tol tak???

Hari yg dinanti2 telah tiba...terasa seronok juga sebabnyer program pertama yg dirancang menjadi slepas gagal sebanyak beberapa kali.....walaupun penyertaan kali ni tidak seperti yang dirancang...namun alhamdullillah...mgkn baru peringkat pertama....mane tahu ke depan lebih baik....sabar je la ye....itulah yg selalu terdetik di hati ak di saat ak gagal....

Kali ini program ini disertai seramai 6 orang..iaitu big boss(a.amir), wan, k.iqa, ain, izzah...n ak sudah semestinye....klu tak mesti tergendala punya program...hahaha....ye la tu...(udah-udah le bangga diri)

Komuter serdang menjadi tempat kami sume berkumpul.....asalnyer kitaorang berkumpul pukul 9.00am klu x slap....tp kebanyakkannyer terlambat....termasukla ak n k.iqa...hahaha..sori buat big bosss...kerana melambatkan perjalanan....nsb bek x kena tinggal tepi jln...*_*

Dah sumenyer berkumpul....ap lagi pajero pun meneruskan jejaknyer....ayat ap ni....aishhh....mmg sah cikgu bm ajar x masuk kepala...hahaha...big boss pun membawa pajeronya dgn yakinny..

opppsss silap.....ad kesalahan tatabahasa sikit tadi bukan ‘membawa’.....memandu....haiyo...kan dah kena pesan banyak kali....x igt2 lagi....bahagian belakang dipenuhi dgn beg2 kitaorang....yg sudah semestinya ad brg2 ler....tp ad satu beg yg beroda....ermmmm beg sape ye....hahaha...dia nak pegi airport kut....silap trip rasanyer....tp bg ak...ok pe bwa beg roda..tak yah angkat2...heret je....kan sng tu....

Fist pit stop kitaorg....haaaaaa.....kedai mekanik...nak tukar air cond....sebab rosak....arigato big boss sebab berusaha untuk mengelakkan kitaorang dr kepanasan....dlm beberapa minit stay kat situ..akhirnya berjaya juga ditukar....wlupun terasa juga panasnyer....namun tingkap di sisiku berjaya menyejukkan diri...sampai tudungku juga melambai lambai dibuai angin.....

Dalam keta....sume mulut mengeluarkan bicara...ad yg baru nak berkenalan...ad yg nak mngeratkan lagi perkenalan....ad yg masih malu untuk mengeluarkan bicara....ehemm...sape tu....yg pakai spek itam tu kut....haaaa...x tahu xtahu....ap2 pun keadaan di dlm keta agak riuh rendah....namun apabila sume keringat telah dikeluarkan untuk berbicara......keadaan kembali tenang....ad yg cuba tido...tp dihalang...arrrr....ad yg merenung jauh ke luar...ad juga yg sibuk menyelesaikan sudoku....yg sy pun baru je menjinakkan diri.....(jinak le sgt....nak habis satu pun terkial kial)

Haaaaaaaa......ad org lapar.......sian lapar ye....ap lg big boss pun berhenti le dkat r&r seremban...makan time....ad sorang tu mesti sonok gile dpt mkn...tol x...hehe...kaki terus melangkah mencari makanan....msg2 ingin mengisi perut yg tak terisi....tp bg ak n izzah..hanya paau ayam dan kacang saje yg menjadi santapan kami tengahari tu....k.iqa n wan menjamah nasi....penuh satu pinggan...yumm...yummm..sedapnyer....big boss plak.....minum je...jamah tak nak...x pe la..msg2 dgn kerenah msg2....

Perut pun dah kenyang....keta le plak yg lapar....minyak diisi....

Misi diteruskan....perjalanan ke kem kaizen mengambil masa yg agak lama....sakit2 belakang abis....(bkn ko sorang je yg sakit...org len pun same..terutamanyer driver tu....kihkih..)

Jam hampir menunjukkan pukul 5 klu tak silap...hehe dah lupe....sampailah ak n the gang dkt kaizen....tak sgka tempat yg dahulunya pernah ku jejaki di saat ak mnyertai kem di bawah pimpinan a.amir...menjadi tempat di mana ak dan kawan yg lain menjalani kursus kejurulatihan.....bila dipikirkan balik...syukur sgt2 sb berpeluang merasai pengalaman yg jarang2 org dapat...

Sampai sampai tu sume kenangan ak kat kaizen terus dtg...dgn obstacle....haaaaa....dgn kat kolam..yg tu yg x leh lupe...sb ap ntah???ermmmm....Selama berjam jam duduk di dlm pajero..akhirnya kaki ak menjejak tanah juga....hahaha...jap jap bkn tanah...tar le...ishhh...itupun x reti nak beza....teringat ak dkat satu persoalan yg pernah diajukan...ak tanya macam mana nak beza.....dijawabnyer....bezaaaaaaaaaa....itu pun tak reti ker....hahahaa....bila dikenang kembali....kelakar juga...*_*

Otot yg rasanya dah tersimpul simpul....(rasanyer betul tak ayat ak ni....sape bleh tlg betulkan....)..tangan yg lenguh di urut urut....kaki yg kejang dibetulkan....ish..mcm doktor le plak ak ni...k..pastu bilik di tetapkan...nama dorm kitaorang sebenarnyer ak terlupe....biasa ler..tahu masuk je....tap yg pasti dorm yg dahulunya diduduki oleh para fasilitator..kini ak n the gang plak berkuasa....

Punya le sonok dah dpt dorm....tp benda lain yg jadi....ingtke bleh le rehat dah...tp bila ditekan suis lampu n kipas......huhuhuhuhuhuhhuuu......letrik tak de..airrrr pun tak de(itulah sonok sgt.. kan dah dpt balasannye....pdn muke kitaorng)..tak pe lah..redha je..dlm kepanasan yg sememangnyer tak henti henti mnyerang ak...kaki meneruskan langkah untuk menunaikan solat fardhu....doa dipanjatkan semoga program yg dijalankan bergerak dgn lancar..insyallah...

Usai solat....big boss bersuara kembali...dataran kaizen menjadi tempat kami berenam berkumpul bagi mendengar arahan seterusnyer....setiap patah perkataan yg disampaikan cuba ak fahamkan walaupun terasa penat seluruh badan...bla...bla..bla..bla....dah habis...

Yeeaaaa...kami diberi bilik lain, alhamdulillah..bilik tu betul2 sebelah kolam..tambah2 bilik ak, izzah, k.iqa n ain....keluar pintu je nampak kolam terus..silap2 klu sape mengigau...sah sah..mandi kolam le jawabnyer...bila ckp pasal mngigau...dulu masa kecik2 slalu juga ak cm tu..siap bleh kuar bilik lagi...sedar2 tido kat dpan...seram dibuatnyer..nsb le skg ni x jadi dah...tp berjangkit kat adik ak plak..haha..(ketawa je..nanti jd balik baru tau)

Ptg tu...tahu ap kitaorang buat..cek trek utk jurit malam...jurit ye..bukan jerit..tp kan jerit pun ok per..sbnyer ad je yg menjerit tatkala terkejut disebabkan abg botak...nsb bek abg botak duk diam je...tak kaco org...org yg kat sekeliling abg botak je lebih2..bunyi rimau pun ade..auummmm...sabar je la..

Cek trekk...ermmm best juga...peralatan yg selalu kena ad...pisau yg tajam sudah semestinya, topi utk perlindungan kepala dr tahi burung...hehehe...saje jer(x lawak pun) n kasut yg sesuai...spt boot bog boss ak...siap zip2 lagi...hebat...ak hanya berbekalkan kasut crocs ak yg berlubang lubang utk masuk utan...biar le ap org nak pk...asalkan pakai kasut...ye tak

Kitaorg berlima,ditugaskan utk melepasi sekawan lembu yg sememangnye merenung kitaorg dr tadi...kaki melangkah dgn penuh keyakinan tp lain yg jadinya..sumenye penakut..mesti lembu tu tngah bermonolog sorang2...diorang nak wat pe kat ak ni..nak sembelih ke..bkn raya aji lagi....tlg jgn....jgnnnn....ishhh..lembu ni pun..kitaorang nak lalu je...bek ni...x sembelih le, cm nak tumpang lalu je...big boss suh...ap2 pun bincg le dgn big boss kitaorang....k steady steady...zaaasss....lembu tu punya takut terus dia lari..nsb bek tak terputus tali tu...klu tak main kejar kejar le ptg tu...

Langkah demi langkah diteruskan, namun mata tetap memandang ke bawah..tahu kenapa..tahi lembu banyak...(ishhh cerewet sgt le...jln sudah le)

Sebenarnye ni merupakan laluan yg pertama kali ak lalu...wan dgar ye...hehe..

jln yg membawa kitaorg menuju ke tempt berkumpul sebelum jurit malam dilaksanakan...ak n k.iqa melangkah dgn gagahnye...(gagah le sgt..ak le tu)kitaorang diarahkan utk menuju ke kawasan penternakan itik...tp knapa le kaki ak ni berjalan melebihi limit...nak pegi mana tu...tunggu le sini..wan mengarah...sori wan... x dgar ckp....tp yg peliknyer diorang pun ikut belakang ak...aiyoo...

pastu.....haaaaa...ni ap ni kan suh tunggu dkat kandang itik tu..yg jalan sampai sini wat pe...tahu sape...mr amir...tibe2 je kaki ak terus berpatah balik ke tempat yg sepatutnye dituju....jd bkan salah ak...kaki ni yg nak berjalan ye....(alasan....ceh...bak kata org tu)

x pe la....coretan ak kali ni x sempat ak habiskan...ak pun satu tulis berjela jela panjangnyer...sampai biler nak habis (ap daaa)...nsb bek tak jadi mcm malam tu...sume nak lentok jer..sampai hempas2 pintu plak....uih dasyat....

jd ap yg penting...baca dulu apa yg ad...hanya ini yang mampu ditulis buat masa skg....adiosssss

Tuesday, June 15, 2010

M....A...S....A....


Masa masih muda, korbankan kesihatan cari harta

Bila sudah tua, korbankan harta cari kesihatan


Kerana harta, orang asing menjadi seperti saudara

Kerana harta, saudara menjadi seperti orang asing


Orang kaya mampu beli katil yang bagus

Tetapi tak boleh tidur lena(stress punya pasal)


Orang miskin tak mampu beli katil yang bagus

Tapi boleh tidur lena(letih, kerja kuli laa katakan)


Orang kaya ada duit untuk berpoya-poya

Tapi tak ada masa


Orang miskin ada masa untuk berpoya-poya

Tapi tak ada duit


Masa muda ingin jadi kaya dapat menikmati kekayaan

Bila sudah kaya tak ada masa untuk menikmati kekayaan


Walaupun ada masa untuk menikmati kekayaan

Sudah tua jadi tak ada tenaga


Jalanilah penghidupan ini seolah-olah setiap hari adalah hari terakhir anda

Suatu hari perkara ini akan menjadi kenyataan


Kejayaan hanya mampu diraih oleh orang-orang yang mampu mengisi usianya dengan penuh kemanfaatan baik bagi diri mahupun orang sekelilingnya


Monday, June 14, 2010

result. again.

Yeay, result ku sudah diketahui dan alhamdulillah ia melangkaui jangkaanku.. walaupun takderlah setinggi rakan2 ku yang lain, tapi diri tetap bersyukur. Hati makin kuat, diri telah tekad, akan ku buru impianku itu. insyaAllah, dengan izinNYA.. pada rakan2 yang mungkin kecewa dengan result masing2, percaya dalam hati, terdapat pelbagai hikmah disebaliknya, hidup umpama roda, kadang diatas, kadang dibawah. Segala yang telah berlaku ada kebaikan yang kita sebagai hambaNYA tak pernah terfikir pun. Yang paling penting kita tidak berputus asa. Kerana insan yang berjaya adalah insan yang berjaya bangkit daripada kegagalan. Dan kepada yang berada di atas, jgn leka dan terlena, kerana dalam masa sesaat, kita boleh kembali jatuh tersembam dalam medan kehidupan ini!

Saturday, June 12, 2010

renungi

Ego.Adakah ego itu perlu?Mana wujudnya perkataan ego itu?Dari manakah terhasil pkataan ego?Hahahahahaaha.Masa utk melalut.Ekekekekke.Minggu ni mood nak mengupas pkataan plak.Rajin2 kan la diri ye membaca dan terus membaca.Dan minta maaf kerana xleh nak upload pict sebagai halwa mata kerana faham2 je la.Hp xcanggih.Atau aku yg xreti ? :p

Sinonimnya egi ini dkaitkan dengan lelaki.Dan sesungguhnya aku tidak setuju sama sekali jika perkataan ego ini diletakkan di atas pundak lelaki je.Mana aci weh.Ramai je aku tgk perempuan di luar sana punya ego yg melebihi tahap normal lelaki.N sebagai bukti,ramai perempuan kat luar sana pakai motor ego n Yamaha sendiri mencipta ego dan menjadikan perempuan sbg kumpulan sasaran.kan kan kan ?Jap lg ada aje la suara2 sumbang n sumbing yg xstuju dengan pandangan aku.Ekekeke.Bawa bertenang wahai pembaca sekalian.Terima lah hakikat uni dengan hati yg tbuka,redha n tenang ;)

Bg aku ego ini perlu.Kerana dengan ada ego ini kita meletakkan diri kita di satu tahap yg selayaknya.Tak dinafikan harga diri saling berkait rapat dengan 3 huruf ini.Ya,cuma 3 huruf tapi memberi satu impak yg sgt besar.Malah x keterlaluan kalau dikatakan maha besar.Ego tidak dinafikan perlu ada dlm diri setiap individu cuma tahap egoistik seseorang individu itu perlulah dikawal supaya tidak sampai memakan diri.Alamak,perut sudah bekeroncong ;( xpe2.Aku akan berusaha sedaya upaya menghabiskan nukilan ini untuk tatapan para pembaca yg terchenta :p

Setiap pkara yg kita lakukan mestilah mempunyai 1 sebab yg kongkrit.Aku xnnafikan dengan keegoaan yg ada membolehkan kita menjadi lebih maju dan berdaya saing.Namun apabila semua pekerjaan dan kehidupan seharian diselitkan rasa ego,bkn kah ia sesuatuyg agak melampau.Perasaan lebih bagus n tidak mahu kalah membuat org disekeliling jelik dan mengeluarkan pepatah jawa iaitu " perasaan bagus ".Apa salah sekali sekala mengalah dan akur dengan pendapat dan pandangan org lain.Tiada ruginya kan kalau kita boleh bertolak ansur kan.Malah org akan lebih hormat dan sudak pasti kewibawaan kita turut tidak dipersoalkan.

Rendah diri merupakan salah satu ubat utk penyakit ego ini.Kenapa aku katakan ia sbg 1 penyakit?Kerana ia mampu merebak dan menjahanamkan yg lain.Tetapi aku sendiri susah utk mengaplikasikan kesabaran dan rendah diri yg seadanya@cukup2 rasa dlm kehidupan.Tak lebih n tak kurang.Ego ini berkesinambungan dari perasaan hormat.Kita mahu org hormatkan kita.Tapi dengan ego yg melampau boleh menyebabkan org hilang hormat dan benci.Bukankah petua org tua ada mengatakan " sebelum kita mahukan org hormat akan kita,hendaklah kita hormat org tersebut ".So sikap merendah diri itu mungkin mampu utk mengubah dan mengubati penularan virus berbahaya ini

Kejujuran itu juga penting.Ada org yg cakap lain tapi bt lain.N ada juga org yah tak cakap dan tak buat.Ada pula yg tak cakap dan buat.Dan ada plak yg pk lain tulis lainm.Semua ini adalah berkait dengan ego.Kekadang ego yg x terkawal mampu utk membuatkan seseorg tersungkur d pintu kejayaan.

Apapun sama2la kita fikirkan dan renungi akan kata2 yg telah aku nukilkan ini.Mengalah xsemestinya kalah dan cuba renungi kata2 ini.Andai kita mampu mengenggam sebutir permata di tgn,dah dibawahnya terhampar pasir luas saujana mata memandang.Andai kita lepaskan butiran permata itu,hampir mustahil utk kita dapatkannya kembali.Apatah lagi kalau kita mencampakkanya.Tak rugi mengalah dan beralah seketika selagi boleh bagi mempertahankan sesuatu yg berharga.Renug2kan lah.Jgn sanpai tersungkur di pintu kejayaan kerana amatt susah utk bangkit di kala itu.Percayalah

Secangkir idea,luahan kata

Aku adalah aku ;p

Bt pertama kali aku melahirkan nukilan melalui keypad cinonet handset ku.Mcm best lak rasanya.thanks pada kecanggihan teknologi yg membolehkan dunia menjadi tanpa sempadan.Bt pertama kali aku nak masa blalu ngan cepat.Rasa lambat jer flow.Kalau dulu,haish,rasa masa xpernah nyer cukup.lately ni nak tunggu 2hb ke 20 hb terasa mcm dah berabad2 lama.Bestnyer la kalau doremon tu wujud.Boleh pinjam pintu suka hati.Haish,xelok hidup dlm bayangan n angan2 mustahil.

Ok.Hari ni aku nak tulis pasal apa ek.Blank!Takpe la.Apa yg terkeluar dlm otak aku,akan aku coretkan lah ye.Haaaa,mak aku dah dok pot pet pot pet suruh kawin.Hahahahahaha.Cepat2 sapa nak kawin ngan aku?Ekekekekeke.Cam jualan murah lak ek.Haish,muda lg ni.Tak rock la kawin awal2.Lgpun tlalu ramai pilihan.Rambang mata dibuatnya mama ( ayat nak hebat walhal hakikatnya errrrr..tak perlu la dinyatakan d sini ;p )

Haaaa.Pajero aku dah dicat warna hitam oren.Dah mcm lebah la plak.Entah apa la hasil lepas siap.Nak lain dari yg lain nyer pasal.Nanti aku post gambar setelah siap kerja catnyer.kelisa aku lak bt hal.kena la tukar drive shaft.Terbang melayang gak duit.Yg tsadai kat park lot k2 tu pun asyik memanggil2 utk dihidupkan kembali.Haish,duit2.Nasib baik la yg offical ni xmeragam.Kalau x lg la papa kedana aku.Alamat makan pasir la.Ekekekekekeke

Then SU aku lak kat rumah aku xde air.Jgn la meter air tu kena curi.Dulu pernah kena sekali.Gile lambat diorg bt kerja.Report 3 hari baru ada action.Badigol soot tol.Dah tu nak gantikan meter tu mahal gak.Haish.Duit lg.Kan best kalau aku kerjanya cop duit.Berangan lg!Apa la aku ni

N lastly kehidupan aku.Agak sibuk dgn kerja pejabat n kerja luar tapi dalam kesibukkan aku ni,aku terasa kehilangan.Seolah2 nafas aku thenti n masa aku bhenti.Aku hilang dlm empayar aku n aku lemas dlm dunia aku.Aku harap semua boleh berubah menjadi sedia kala dan aku dpt kembali oksigen dan supliment vitamin utk aku terus tersenyum menikmati keindahan hidup ini ;) terima kasih bt mu yg sentiasa mengajar aku 1001 mcm erti khidupan

Secangkir idea , Luahan kata

Tuesday, June 8, 2010

SeDIHnyA.... :(


tanpa kesedihan kita tidak akan mengerti erti kebahagiaan, justeru itu kesedihan akan membuat kita bangkit untuk meraih kebahagiaan.

Apabila kita dilanda kesedihan, berhentilah dari melayani perasaan dan fikiran jika kita ingin terlepas dari belenggu penderitaan hidup.

Bersikap lemah dan bersedih hati apabila mendapat dugaan dari Allah bukanlah ciri orang-orang yang diangkat darjatnya oleh Allah.

Terlalu lama tenggelam dalam kesedihan akan menambah penderitaan dan memberi peluang kepada syaitan untuk datang dengan bisikan-bisikan mendayu.

Sibukkanlah diri dalam ibadah, mudah-mudahan ianya akan menjadi ubat yang mujarab bagi seseorang yang ingin bangkit dari kesedihan yang berpanjangan.

Wednesday, June 2, 2010

Why di i need quiet time.....


Quiet time is time u spend without noise

Quiet time helps u think

U think about things u have done

U think about feelings u have

Quiet time helps u to motivate urself

Pay attention on how to change

Change to be much more better

Sometimes it give ur body a chance to rest.....

Related Posts with Thumbnails