Thursday, June 17, 2010

Masyarakat kita

Hari ni aku dok melepak kat McD lagi.Lama pulak rasanya tak melepak n surfing dari sini.Yela dihambat dengan kerja yg tak kunjung henti n tugas yg memerlukan begitu banyak masa untuk dikorbankan.Sambil tu dok jeling2 tgk bola.Sekadar ambil tahu untu menambahkan informasi.Ekekekekeke.

Tgh syok surfing tetiba aku ternampak satu perbuatan yg aku boleh kategorikan sebagai biadap.Kemana hilangnya santun di kalangan masyarakat kita.Khususnya bangsa melayu yg terkenal dengan adab dan susilanya sejak berabad lama?Bak kata Hang Tuah tak melayu hilang di dunia.

Namun apa yg aku nampak sekarang tak menunjukan sebegitu.Melayu semakin hilang dan tenggelam.Baik dari sahsiah mahupun kehidupan.Semakin terus ditindas.Aku fokuskan kepada adab dan sopan yg dulu boleh dibanggakan tapi kini hanya tinggal kenangan.Atau mungkin khayalan

Berbalik kepada pintu McD.Banyakngkan 2 org Melayu perempuan yg aku yakin di didik dikalangan masyarakat yg beradab dan bertatasusila.Namun tak diterapkan dalam kehidupan seharian.Ada ke patut diorg keluar dari pintu McD tu dan biarkan pintu tu tertutup sedangkan ada seorg budak kecik yg aku agak dlaam anggaran 4 tahun tgh cuba nak masuk.Apa lagi tersepit la budak tu dan trantuk akan kepala budak tu kat pintu.

Dan dengan selamba dan tak bersalah 2 org budak perempuan tu tersenyum sinis dan berjalan selamba seolah takde pape berlaku.Langsung takde belas pada budak yg terduduk menangis di celah pintu.Apa salahnya kalau tahan seketika pintu tu.Bukan susah pun kan.Atau mungkin terlepas pemegang pintu tu apa susahnya untuk bangkitkan budak tu kembali n minta maaf.Kemana budaya meminta maaf tu hilang?Dan org disekeliling pun tergamam tak membantu.Haish apa la nak jadi sekarang ni?

mungkin kta anggap ia sebagai sesuatu benda yg remeh tetapi sedar la apa lagi yg kita boleh banggakan kalau tidak adab sopan yg kita sering laung2kan.Yg sering kita banggakan?Perlu ke kita dikenali dan bersetongkol dengan bangsa yg iadp dan sungguh terkurang diajar?Aku rasa banyak benda yg perlu kita betulkan bermula dari diri kita sendiri.Aku tak mengatakan bahawa diri ini baik atau hebat,sama seperti semua tetapi mungkin secebis kesedaran dan ingatan untuk kita bersama.Sebagai seorang manusia untuk menyampaikan dan sebagai seorang khalifah untuk meningatkan.So mari kita muhasabah kembali siapa diri kita , apa yg kita dah lakukan dalam hidup.Terapkan nilai adab sopan dan tata susila dalam diri dan amalkan budaya kemelayuan kerana itu sahaja yg kita ada.Itu yg perlu kita pertahankan

Secangkir idea , luahan kata

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails