Monday, July 26, 2010

Cerpen dikala bosan 2

Masa : Awal pagi yang bening
Mood : Sukar nak ditafsir
Latar : Dalam bilik putih
Muzik :Absinthe with faust ( Cradle Of Fith )

Arakian maka tiba la saat dan ketikanya Mamat mengalah.Beralah demi kerana kehendak waktu dan kekangan tugas.Namun mengalah bukan bererti kalah.Mengalah bukan semata2 berserah kepada takdir.Sesungguhnya Mamat percaya bahawasanya takdir seseorang individu itu tertakluk kepada dirinya.Diri sendiri yang menentukan destiny yang perlu dituju.Bagi memenuhi kehendak dan keinginan.Bak kata hlovate , live well or live hell.Diri ini yang menentukan path yg kita pilih.Samaada cara susah mahupun senang kerana setiap individu itu berlainan.

Kini Mamat belajar sesuatu dari rentetan hidupnya.Penyambung delegasi keluarga.Bukan semudah yang dirancang.Sesungguhnya setiap apa yang berlaku itu perlu ada dugaan dan cabaran sebelum dapat mengecap nikmat di akhir perjalanan.Final destiny yang pasti setiap mahluk bernyawa akan rasakan.Harga sebuah kehidupan.

Jika diimbas kembali , abgnya kini belajar di luar negeri.Jurusan biomedic.Dan Mamat sebagai anak kedua hanya mampu menjejakkan kakinya di kolej tempatan.Adiknya pula bakal meneruskan pengajian di luar negara.Mungkin akaun menjadi pilihan.Begitu juga adiknya yang bongsu.Terserlah kebijakkan dan kepandaian yang memang tak dapat dinafikan.Semua adik beradik lelaki ini begitu berjaya hasil didikan ayah yang begitu tegas dalam bidang pelajaran.Tak pernah lekang dari mulut sang ayah perihal pelajaran.

Terlintas di hati Mamat kenapa dia tak sepandai abang dan adik2nya.Kenapa dia dilahirkan dalam situasi bodoh yang maha agung jika dibanding dengan ahli keluarganya.Dan sepanjang kehidupan sehingga ke hari ini dia sering bersedih dan terus mebezakan lalu mengasingkan diri kerana dalam tanggapannya dia tidak layak untuk duduk sama rendah dan melompat sama tinggi dengan ahli keluarga yang lain.

Nak dijadikan cerita , satu hari , Mamat telah brjumpa dengan seorang yang cuba untuk mengambil berat atau dengan istilah jawanya , menackle hati dan menakluk jiwanya.Dengan segala cara dan upaya.Dah macam Alaxander la plak dalam kata2nya how great the danger i face to win a good name in Athens.Cuma subjeknya di sini adalah Mamat dan bukan Athens yer.Dan yang pasti yang cuba menackle Mamat ini adalah seorang perempuan yang agak spesis Magaret Thatcher.

Klon Magaret Thatcher ini mmg sebijik macam Magaret Tratcher yang original.Minat kimia dan orgnya sgt diplomasi.Hardcore capitalist n suka mencari kelainan.Di kala ini Mamat tersentuh jiwanya kerana keperihatinan dan keperimanusiaan yang ditunjukan oleh klon Magaret ini.Apatah lagi mmg selami ini Mamat kurang belaian dan kasih sayang.Bak vampire lapar di sajikan tengkuk yang halus mulus suci berseri.

Pada masa didalam bilik persalinan dan separuh masa pertama,kentut menjadi wangi,taik hidung menjadi manis,peluh busuk menjadi pujaan.Semuanya indah2 belaka.Ada tolak ansur,sering berkongsi cerita,bergurau senda dan memadu asmara di asrama.Saat yang segalanya indah bak dunia ini mereka berdua yang punya.Malah begitu indah menghiasi dunia mereka tanpa membenarkan anasir luar mengganggu.Bunga2 lavandula agustifolia mengharum.Sinar matahari hangat bersama angin similir berpuput lembut.

Semuanya indah belaka.Bermacam janji manis terpatri.Terasa begitu memukau dan mengasyikkan hidup dalam dunia yang indah berseri.Duduk berdua di tasik biru , berlatarkan pepohon hijau indah menawan.Namun dikala ini , Mamat terpaksa memberi komitmen lain.Kepada tugasan luar dugaan dan kawalan sehingga menjadikan dirinya begitu sibuk.Siang dan malam terpaksa bekerja keras bagi membuktikan sesuatu.Di kala ini Mamat tidak mampu membahigikan masanya dengan sempurna sehingga dia terlupa akan komitmen yang pernah dijanjikan kepada Magaret nya.Namun di dalam diri tidak pernah sepicing pun dia lupa akan Magaetnya.

Hari berganti hari,minggu berganti minggu.Klon Magaret memendam rasa bertamankan durja.Hari2 indah yang dilaluinya seakan2 sudah berlalu.Konflik demi konflik tercetus.Secara senyap Magaret menjalankan reformasi namun kasih dan sayang yang dipupuk tidak pernah berkurang.Cuuba untuk memahami tapi dari sudut pandangan Magaret , Mamat seolah2 hanya mahu dirinya sahaja yang untuk difahami.Begitu juga sebaliknya.

Dan kini Magaret cuba untuk mebelakangkan dirinya bagi meberi ruang dan peluang Mamat meneruskan impiannya.Impian mengecapi kedudukan terhormat di kalangan mereka yang berprestasi. ( bersambung )

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails