Wednesday, August 11, 2010

Ahlan Wasahlan :)

Hasil nukilan pertama 1 Ramadhan.Alhamdulillah bertemu lagi penghulu segala bulan.Ahlan wasahlan ya Ramadhan.Bulan penuh keberkatan dan kemuliaan.
Aku tgk dalam wall facebook masing menunggu dan tak sabar2 dengan ketibaan bulan ini.Masing2 fanatik dan kreatif menyambut kedatangan bulan mulia ini.Ada yang bermain dengan kata2 malah ada yang kreatif mengolah grafik mahupun animasi.Masing2 dengan cara tersendiri.
Aku kagum dengan bakat masing2.Malah poster2 lucu yg buat aku gelak golek2 namun cukup membawa maksud yang tersirat.Begitu bermakna.Haaa,apasal aku tetiba terasa macam nukilan ni jadi macam skema semacam la plak.Agaknya waktu ni takde idea2 nakal yang selalu dibantu oleh syaitan laknatullah kot.Hehehehehehe.
Kala ini , budak2 U semua dah berebut2 beli tiket balik raya.Even sebelum puasa pun dah ada penyedia perkhidmatan bas yang dah mengeluarkan tiket untuk Syawal nanti.Hebat tak hebat penangan Syawal.
Kalu kat facebook plak , dah bersepah wall tak sabar nak raya.Agaknya makcik2 yang ambil upah jahit pun dah mula tutup kedai untuk pesanan.Dah berlambak2 agaknya.Mak2 kita kat rumah tu plak dah awal2 tempah baju raya.Bukan sepasang dua.Malah kalau boleh raya sebulan , nak 30 pasang baju.Biar boleh sehari tukar sekali.
Tokey2 biskut,kek n kuih raya pun dah mula buat promosi pasal barang dagangan.Apatah lagi tycoon perabot , barang letrik.Masa ni la nak buat duit.Perabot datang dari Turkistan la , Tv dari Afganistan la n mayb mangkuk tandas dari go head go stand pun ada agaknya.
Bebudak remaja pun rasanya tak sabar nak download lagu raya.Masa ni la lagu raya laku cam goreng pisang panas.Memang penyedia langganan lagu raya ni mmg buat duit kow kow la.Apatah lagi penyedia operator ( kalau tak takkan mampu beli Measat kan pas ASTRO,Dasat! ;p ) G rumah dia mesti dapat duit raya 100 hinggit kan kan kan..Kata 1 Malaysia ☺
Ni la penangan bulan Syawal.Ops , sebenarnya nak cerita pasal Ramadhan ke Syawal?Haaa.Nampak tak.Hari ni baru 1 Ramadhan.Maghrib nanti berlalu ke 2 Ramadhan.Nasib baik aku lepas sembahyang terawikh malam tadi.Kalau tak kantoi gak.Ingat nak jemaah tapi terbalik kerja lewat.Hahahahahaha.Alasan :p Korang?
Poster n nukilan kreatif.Fuh , memang dasat.Memang tabik spring la kat korg.Bakat yang ada tu memang hebat dan tak disia2kan.Kalau tak takkan ada animasi hebat terhasil kan.Mesti banyak masa nak fikir , design n uat benda alah tu.Tu salah satu jalan berdakwah.Mayb kita tak punya kuasa untuk suruh itu dan ini , apatah lagi heret diorang.So kita suarakn lalu hasil2 kreatif.Respect kat korg.
Tapi apa kata pasni kan kita improve sikit lagi.Kita b4 ni ada banyak masa nak buat itu dan ini.Malah boleh duduk berjam2 ngadap nak settlekan perkara duniawi.Apa kata kita habiskan dalam sejam untuk solat terawikh dan sejam lagi untuk baca Quran.Habiskan 1 juzu sehari.At least dalam 12 bulan tu kita bagi la sebulan untuk habiskan Quran ( hakikatnya sejam sehari jer :p ) Spend sikit untuk bekalan dikemudian hari
Pastu kalau ada lebih masa sikit kita jenguk2 tafsir quran.Menarik tau.Mayb korg mesti rasa horror.Tapi percayalah , banyak benda menarik dalam tu.Tak caya korg cuba baca.Pasti akan lebih banyak ilham.Hehehehehehe.
Apa pun di penghulu segala bulan ini kita renungkan sejenak selama kita hidup kat muka bumi ini..Betapa lalai dan leka kita dalam arus dunia.Sejenak kita fikirkan apa bekalan kita nanti untuk kehidupan selepas mati.Cukupkan bekalan kita bila tiba di neraca Allah.Dapat ke kita lepas kat titian Sirat atau mungkin tangan mana yang akan kita dapat masa di bagi buku amalan?
Bila terfikir2 balik rasa alangkah takutnya nak melalui semua tu.Serius takut yang amat.So baik tak yah fikir.Hahahahaha.Macam gak belajar.Makin banyak belajar makin banyak tak tau.So tak yah belajar.Hahahahahaha.Tapi tak boleh.Kena fikir semua ni.Tapi tak tau macam mana nak buat.Apa jalan penyelsaiannya.Erkkk…..
Oleh yg demikian juz ambil method yg paling mudah.Cuba sebaik mungkin n selarat mungkin.Dan kedatangan Ramadhan kali ini dimafaatkan sepenuhnya.Apatah lagi adanya lailatulqadar yang dikata terjadi pada 10 malam terakhir.Insyallah 20 hingga 29 Ramadhan bersamaan 30 Ogos hingga 8 September ( biasaan kalendar hijrah kat belakang ;p ).Banyakkan amalan dan ibadah.Moga mampu menokok tambah bekalan sepanjang perjalanan di kemudian hari ☺

Secangkir idea , bicara kata

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails