Tuesday, August 3, 2010

Rugby

erm..lately ni masa sgt terisi dengan pelbagai amanah,kerja n komitmen.Dan dah terlalu lama rasa meninggalkan alam blogger.Apa pun bagi post kali ni aku nak bercerita satu kisah mengenai passion yang tak pernah padam dalam hidup aku.Sejak aku berumur 10 tahun sehingga kini.Iaitu sukan rugby.Sukan yang kurang dipelopori oleh manusia di bumi Malaysia ini.

Kini aku mempunyai 1 tugas baru untuk membimbing ( aku lebih rasa bermain bersama2 ) team rugby KPZ ( Kolej Pendeta Zaaba ) .Kalau korang nak tau , aku terlibat kerana seorang member dalam team ni injured yang agak serius.Kakinya patah ketika permainan sedang berlangsung.Secara jujurnya , ( aku sendiri melihat game tu ) dia endiri yang mematahkan kakinya.Hahahahaha

Mesti korg kata aku kejam kan.Terpulang la.Setiap orang ada pendapat masing2.Dan aku berdasarkan pemerhatian dengan dua biji mata aku dan seketul otak untuk memberi tafsiran,pemikiran dan komen.Itu yang aku rasakan.Dan kerana kejadian itulah aku terpanggil untuk bermain bersama2 team ni ( semasa latihan jer la ) n berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang cetek di dada ini.

So kali pertama aku menjejakkan kaki untuk bersama2 berlatih , aku terasa team ni main macam bola sepak kampung.Bola di hilir , semua ke hilir/Begitu juga sebaliknya.Main taram jer.Aku rasa kalau aku tanya tackle tu apa , mesti diorg kata tackle tu kita g shopping kompleks n ngorat chikaro yang ada.Sedih gak la bila tgk team ni macam butiran pasir di pantai.Bersepah2 tanpa ada satu persefahaman.

Then built up handling satu dei satu.Cara peggang bola , hantar bola kat member n secure bola n member selepas kena tackle ( bukan tackle awek yer !!! ) .N aku hanya ada masa 4 hari untuk make sure diorang faham dan boleh bermain dengan baik.Sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan.Tapi ( bak kata fatimah ) imposibble tu jadi i'm possible.Thanks fatimah 4 da quote that u giv 4 me ;p .

So setiap hari aku tugas aku lari sama2 , baling bola sama2 , tackle sama2.Senang kata lari , jatuh , bgn balik dan lari lagi sama2 ngan diorang.Semput gak la nafas bila training petang n maam.Sampai kol 2 pagi kekadang.Nasib la sapa2 yang tido kena la sumbat cotton bud kerana mendengar suara aku yang kalau nak banding ngan faizal tahir tu memang aku kalah la ;p.Tambahan padang tu diapit oleh 2 blok siswi.

So aku pun terjebak dalam kancah liga kolej UPM dan hari ni ada la hari pertama aku melihat budak2 ni main.Dan sungguh aku enjoy game tu walau tika ini aku rasa anak tekak menyumpah seranah aku.Ekekekekeke.Terjerit2 kat tepi padang macam org giler.Walaupun K A L A H tapi at least mission aku berjaya.Mission aku

1 : tak nak ada internal serious injuries.Game tadi hanya 2 org yg berjahit di pelepis mata dan bibir kerana berlanggar sesama sendiri.Dan yang paling best ,yang berjahit kat bibir tu xsampai 10 minit main ( subsitute ) dan tak pernah nampak muka masa training.Tapi satndart la rugby.Takde calar2 tak sah.dah nama pun gentleman game kan

2 : corak permainan yang bersih dan flow serta line foward n backline yang boleh la dikatakan cantik.Masing2 ambil peranan n tau post masing2.( walaupun ada mamat tuh ( masa training dah berbuih mulut aku cakap ) kena sound sebab tumbuk oppenent n oppenent sorg kena sin bin )

3 : dapatkan try kerana team ni tak pernah dapat try dalam season2 yg lepas.( Try dari 1st row Stanley n 2nd row Md Nor ). Tahniah buat mereka

4 : make the boys have fun in da game.Walaupun kalah tapi kalau korg tgk supporter mahupun players dah macam menang final word cup rugby dah.Ekekekekeke.Maklum la dapat try dan ebrjay mencipta sejarah.

Apa pun masih ada 1 game berbaki.Kolej Canselor perlu dihadapi.HArapnya players tak terlalu dilambung dengan pujian dan kebanggan kerana kekalahan mereka ini ;p .Dan harapnya ada i'm posibble untuk meraih kemenangan pertama mereka.So sampai ketemu lagi dan mohon doa dari pembaca agar aku mampu membawa satu lagi keajaiban buat mereka ini.Dan mohan doan dari kamu yang sentiasa mendorong dan memberi semangan kekuatan dan nafas dalam mengharungi cabaran demi cabaran.akhirul kalam

Secebis kata , luahan rasa

3 comments:

Related Posts with Thumbnails