blog perkongsian.menjeritkan idea perkongsian bersama.pelawat bebas melontarkan idea bagi berkongsi pendapat.namun sila hormat jika ingin kami hormatkan anda... salam ukhwah
Thursday, September 30, 2010
Dunia ini untuk .....
Hari ni aku baru menjejakkan kaki ke tanah pencarian rezeki ku.Setelah 2 hari berseminar di UTM.Entah kenapa kini aku tak mampu berjauhan dari KPZ.Mungkin kerana hati ini tak mampu menanggung beban rindu.Kerana sejuta satu kenangan aku kumpul dan lalui di sini.Alhamdulillah kerana masih ada manusia manusia yang jujur dan setia menemankan ku.Dan buat adik2ku , teruma kasih tak terhingga kerana sering meluangkan masa bersama aku yang sejuta ulah.Aku begitu menghargaimu.
Malam ini aku ingin berbicare ttg apakah dunia.Kenapa perlu ada dunia.Aku sering berbicara dari hati ke hati dengan insan2 kesayangan ku.Dengan teman2ku.Ish,tetiba rasa skema lak.Tukar mood jap.Toing toing.Fuhhh.Ok. Sekarang ni bulan Syawal.Raya time.So aku jumpa la kawan2 lama.Teman seperjuangan masa sekolah dolu2.So masing2 tanya soalan “ kau kerja kat mana , pakai kereta apa , jawatan ko sekarang apa n bla bla bla…Soalan yang biasa kita dengar.So kesimpulan yang aku buat adalah dunia tempat untuk org berbangga dengan apa yang org ada.Berbangga diantara satu sama lain …….
Kemudian berlalu pula kepada topik yang lain.” Kau tau sapa yang bunuh Sosilawati , kenapa Nik Aziz tak berbangga jadi org melayu , kenapa elaun cuma lima ratus dan bla bla bla bla…Aku pun layan jer la…So kesimpulan terbaru aku buat adalah dunia adalah tempat untuk org berbangga dengan apa yang org ada.Berbangga diantara satu sama lain.Mempertahankan apa yang org percaya walaupun mereka mungkin salah…..
Kemudian aku berjumpa dengan kawan yang lain.Berbicara mengenai teknologi terkini.”Kau dah tgk waja lancer yang baru tu,exora pun nak masuk turbo sekarang,Amerika dah cipta rekaan baru x , Jepun lak in progress keluarkan produk baru Y.Malaysia lak entah research merapek meraban…..So nak atau tak aku pun melayan lagi sekali.Then terdetik kesimpulan baru diamana dunia adalah tempat untuk org berbangga dengan apa yang org ada.Berbangga diantara satu sama lain.Mempertahankan apa yang org percaya walaupun mereka mungkin salah kerana ingin memiliki teknolgi yang terkini ….
Lalu berjumpa pula dengan teman perempuan.Kisah gosip n artis antarabangsa menjadi topik bualan.N ditambah pula dengan filem2 baru yang keluar.Complete cerita pasal sinopsis n rating dari itu dan ini.Fuhh , bab ni aku boleh dengar jer.Org hutan katakan.Mana la tau sgt.Setakat kuch kuch hota hey ) betul ke aku eja? ) boleh la gak aku cakap.Shah rukh khan ( opsss…ada datuk la;p ) n keluarga kapoor.Ekekekekek.So kesimpulan yang aku dapat adalah dunia adalah tempat untuk orang berbangga dengan pa yang org ada.Berbangga diantara satu sama lain.Mempertahankan apa yang org percaya walaupun mereka mungkin salah kerana ingin memliki teknologi yang terkini supa dapat mengetahui gosip dan menonton filem antarabangsa…..
Then berjumpa lagi aku dengan seorang teman.Yang suka berbicara mengenai agama.Berbicara mengenai manusia2 ini yang meminta kembali ke dunia. Merayu untuk memperbetulkan kembali kesilapan2 mereka.Menagis hingga terkeluar biji mata hatta air mata darah namun tidak dipedulikan rayuan mereka ini.Maka dengan ini aku membuat satu kesimpulan yang man DUNIA ADALAH UNTUK MEMBINA AKHIRAT
Lalu aku menekan butang merah dalam Ms Words lalu terpapar perkataan “ Do you want to save the changes you made in documents1 ?” lalu aku menekan yes tanda aku bersetuju dengan pernyataan ini.
TAMMAT
So Selamat hari raya buat pembaca semua
Secangkir idea , luahan kata
Friday, September 17, 2010
kembali ke kuala lumpur
Penat mengemas rumah yang diselerakkan oleh anak2.Habis satu rumah disepahkan.Bekas makanan dterbalikkan , buku2 di terabur dan pelabagai lagi ulah.Meragam agaknya sebab ditinggalkan sepanjang cuti raya.Pastu bila dimarah masing2 buat muka kesian.Terus tak sampai hati.Maka dengan hati yg rawan kutip dan susun satu demi satu.Baru siap kemas masterbed,guest room n tandas.Hall tak siap lg..Penat..
Pastu g Mydin n Kajang Mall.Cari barang2 keperluan peribadi n plastik hitam.Untuk kumpulkan pinggan2 yang dah dipecahkan serta tinja yang merata.Terperangkap dengan kesesakan lalulintas.Ada pulak lori yang agak biadap pebawaanya.Agaknya sebab membawa kenderaan berat itu sebabnya sesuka hati memandu.Mentaliti masyarakat Malaysia ( bukan nak kutuk tapi satu hakikat.Aku pun org Malaysia gak ;p)

Teringat member seuniversiti dulu.William.Berasal dari UK.Datang Malaysia bila naik kereta (tgk traffic jammed n cara pemanduan ) terkujat2 mamat tu.Rasanya sebulan dia kat sini sakit jantung kot.Hahahahaha.Tapi mmg aku akui , jauh beza cara pemanduan dan atitude kita dengan depa.Serius!!

Then kembali ke rumah.Ingat dapat la rehat jap ( walaupun hall xsiap kemas lg ) sekali petik suis tak berfungsi.Masyaallah.Nak kata tak bayar bil aku mmg selalu bayar in advance.Tak nak pening2 pk.Check kat main board takde lak tendang.So turun ke bawah tgk kat suis room sekali aku punya main fius kena curi.Mmg azab sungguh hari ni
Lalu dengan sedihnya call la TNB.Berpuluh2 kali call finally ada la insan yang angkat.Maka laporan pun dibuat.Sok sek sok sek , tanya la macam mana prosedur.Sekali kena g balai polis buat laporan , kembali semula ke TNB untuk hantar n buat laporan , Pastu kena itu dan ini.Pgantian fius akan dibuat setelah laporan sampai ke teknikal n dikenakan bayaran.Biasanya 3 hari.
Dush..Takkan aku nak bergelap 3 hari kot?Kalau kat kpg tu boleh gak aku cekau pelita ker , lampu minyak tanah ker.Tak pun kumpul2 kayu keliling rumah pastu bakar.Boleh jadi malam unggun api.Syok gak.Ni rumah tinggat 4.Pokok pun tak nampak bayang.Hahahahaha ( fuhhh.finally tersenyum )
So aku pun batalkan laporan.P kedai electrical n tanya nyonya tu.Dia pun nak tutup kedai dah.So aku membeli fius tu dengan harga RM 45 !!!!! Tak pasal2 melayang.Tak pe lah.Ni dugaan kan.Kifarah untuk aku.Mudah2an makin kurang lah dosa2 aku.Amin...

N buat pencuri fius tu , insaflah.Moga terbuka pintu hati kamu untuk kembali ke jalan yang benar.Cuba banyangkan kalau kamu yang kena ??? Ditakdirkan waktu tu kamu dah punya keluarga dan anak bini.Sanggup kamu biarkan mereka bergelap ??? Dihurung nyamuk dan panas ???? Ingat , what's around goes around.Setiap apa yang kita buat ada balasannya . AKu doakan kamu insaf...
Secangkir idea , luahan kata
Thursday, September 16, 2010
Kata2 yg aku suka
-Marianne Williamson.
pernah jatuh berdebuk2 tergolek antara 2 jurang sangat jauh dan dalam, dan pernah juga susah payah perit jerih cuba untuk bangun. sekali 'attempt' takkan pernah cukup untuk berjaya. it takes lots of energy, inspiration, motivation, zillion efforts and most of all - mentality progression to gain the success.
i've been there, i knew how terrifying the 'nightmares' and i realised that i'd never want to be in that situation anymore. but with or without realising it, we will somehow face the same thing again. fate; it called.
the strength is in ourselves. nobody cares what we feel, they just care what we do can benefits them.
you're not a quitter i believe. and u're one of the inspiration for the people with FAILURE written in their chest.
"bila Allah cepat makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.."
Our greatest glory is not in never falling but in rising every time we fall.
-Confucius
Wednesday, September 15, 2010
kebahagiaan yang dicari
Hari ini akan ak kongsikan sesuatu dengan korang sume...
Perjalanan hidup ini telah memberikan pelajaran kepada kita, bahawa kebanyakan orang dilamun keluh kesah, gelisah, kesempitan dan kegoncangan batin, merasa sepi dan tidak mempunyai ap2, merekalah orang2 yang tidak memperoleh nikmat iman dan keyakinan, hidup mereka tidak ada rasa dan perisa, tawar dan kosong, walaupun mereka berada dalam lingkungan kelazatan dan kemewahan.
Ketenangan atau kebahagiaan itu adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala orang yang mengalami kegoncangan, mereka tetap yakin di kala orang penuh keraguan, mereka tetap sabar ketika orang berkeluh kesah, dan mereka tetap berlapang dada di kala orang telah runsing.
Kebahagiaan adalah suatu perkara yang abstrak yang tidak dapat dilihat oleh mata, tidak boleh diukur, ditimbang atau dibeli dengan wang dan harta, tetapi kebahagiaan adalah suatu anugerah Allah dan rahmat Allah, kebahgiaan adalah suatu keadaan yang dirasai oleh manusia di dalam dirinya iaitu ketenangan hati, kelapangan dada, kerehatan otak dan keselesaan perasaan.
...........
Ak datang kembali setelah sekian lama menyepikan diri, hanya mampu membaca coretan tangan oarng lain kerna diri ini masih tidak mampu untuk menghasilkan satu nukilan yang baik untuk menjadi tatapan para pembaca. Cuma ada seorang hamba Allah ini yang ak sgt tertarik dengan hasil nukilannya...ap yang ak inginkan setiap ap yang dia tulis dan coretkan akan menjadi satu wadah baru untuk sume pembaca dan juga untuk ak sekali, jadikan coretannya sebagai pedoman dan pengajaran dalam hidup korang.
gila
Aku cukup bosan dan tertekan.Aku terasa kosong yang menyesakkan.Aku terasa degupan jantung yang ingin aku berhentikan.Bunyi yang memekakkan.Aku terasa sejuk malam yang merimaskan.Aku terasa hempasan ombak yang menyiat2 gegendang telingaku.Ingin aku menjerit pelbagai sumpah seranah dan kata nista.Ingin aku lempiaskan kemarahan,kesedihan dan kehampaan ini ke serata pelosok alam.Ingin aku menterbalikkan dunia.Dan ingin aku menghempas bumi menjdi debu.Jika ini semua mampu aku lakukan dan jika keajaiban ini menjadi satu kelebihan buatku.Biar apa pun yang terjadi aku tidak ingin pasrah.Biar sejuta yang memerangi nescaya aku perangi dan simbahkan darah ke bumi.Biar bala yang turun pasti aku hadang dan musnahkan segalanya.Biar bingit yang melingkar akan aku habisi menjadi suram kelam.Jika kekuasaan itu menjadi milikku maka akan hancurlah segalanya.Pasti aku habisi riwayat segalanya.Yang pasti aku sesak dan terseksa.Yang pasti aku panas dengan segala.Yang pasti aku takkan redha dengan apa yang berlaku.Yang pasti akan aku tentang degan sehabisnya.Aku adalah aku.Walau aku hanya insan biasa namun aku mampu untuk menjadi luarbiasa.Walau aku sering ditidasi namun aku mampu menindas.Walau aku selalu berdiam namun aku mampu bersuara menegaskan hak.Walau aku mengalah namun aku mampu mengalahkan.Walau aku sering akur namun aku mampu mengoncangkan dunia.Berhati2lah kerana diam bukan bererti aku akan akur selamanya.Berhati2lah kerana mengalahku akan sampai ke tahap batasnya.Berhati2lah kerana akurku akan sampai kepada kemarahaku.Berhati2lah kerana sabarku akan menjadi sekejam2nya.Berhati2lah kerana tolak ansurku akan menjadikan aku manusia zalim.Jika itu yang dipinta , jika itu yang perlu aku akan lakukan.Demi menegakkan apa yang aku perjuangkan.Demi terus mepertahankan apa yang aku inginkan.Untuk terus meneruskan apa yang aku miliki.Jangan sesekali membuatkan aku menterbalikkan sikapku.Bukan untuk mengancam apatah lagi memberi ancaman.Sekadar satu amaran dan juga peringatan.Aku punya perasaan.Aku punya harga diri.Aku seorang manusia biasa.Yang mampu untuk menjadi seperti manusia lain.Sama ada menjadi pembaik mahupun penjahat.Kau pilih apa yang kau ingin aku beri.Kau tentukan apa yang kau mahu aku jadi.Aku hanya ingin menjadi manusia…..
( Tiada kena mengena antara hidup dan mati.Cuma terasa ingin melempiaskan kemarahan yang tiba2 hadir tak tentu pasal.Kerana syaitan telah pun memerdekakan dan mebisikkan nafsu amarah kepadaku )
Monday, September 13, 2010
Kisah Babi , Gajah dan Gajus
Maka kerana kecantikan babi tersebut bermegah2lah babi dan mencanag2kan kecantikannya itu di serata tanah jajajahan dan pelusuk benua.Dengan mendabik dada sambil bermegah2 hidung menongkah langit , melibaskan ekornya yang runcing panjang menawan.Maka memandang la haiwan yang lain dengan penuh rasa cemburu akan kelebihan yang tuhan kurniakan kepada haiwan babi tersebut.
Nak dijadikan cerita maka lalu la babi tersebut dihadapan gajah.Lalu dengan megahnya babi mengutuk gajah tersebut.Engkau lihat la betapa cantiknya ekorku ini.Sambil melibas ke kiri dan ke kanan ekor runcingnya.Bebelan demi bebelan , kutukan demi kutukan sehingga la sampai satu ketika , gajah naik geram.Si gajah nampak babi tu kecik besar kecik besar.Babi sungguh babi ni.Sampai satu tahap , apabila babi mengeluarkan ayat pernyataan iaitu harap jer badan besar tapi ekor kontot , maka gajah pun berang.Atau dalam bahasa sanskritnya naik minyak.
Ha , kalau kau dah hebat sangat babi , kita buat satu pertandingan.Walau ekorku kontot tapi kuat.Tak macam ekor kau yang panjang tapi lembik.Sebaik sahaja babi yang mendengar kata itu ,hatinya pun sudah panas.Lantas ketika itu juga dia ingin membuktikan bahawa ekornya tidak selemah yang dikatakan.Apatah lagi egonya yang tinggi.Di dilam benaknya terdetik bahawa ekornya lebih panjang walaupun gajah badannya lebih besar.Mesti kemenangan berpihak kepadanya.

Lalu satu pertadingan dianjurkan tika itu jua.Kebetulang sang kancil lalu.Seperti sedia maklum kancil terkenal dengan kebijaksanaan dan kecerdasan akal.Maka dijadikan hakim bagi pertandingan itu.Ekor sang gajah dan sang kancil pun di ikat.BInatang yang lain bersorak sorai.Gegak gempita kawasan sekeliling.Berita mengenai pertandingan pun tercanang dengan sedirinya.Berkoyan2 binatang yang hadir.
Lalu pertandingan pun dijalankan.Sang babi berhempas pulas menarik ekornya bagi membuktikan bahawa dialah pemenang sejati seantero alam binatang dan buahan2an.Manakala sang gajah pula menggunakan separuh dari tenaga untuk mengajar babi tersebut satu pengajaran.Tarik menarik berlaku sehingga 3 hari lamanya.
Dan dalam jangka masa 3 hari sang babi bebas memakan apa sahaja.Rumput , cacing dan umbut disekitarnya dimakan bagi mendapatkan tenaga.Manakala gajah terpaksa berlapar kerana sumber makanannya agak jauh dari pertandingan.Sampai satu masa , sang gajah terasa lapar yang amat.Dialih pandangannya ke kiri dan ke kanan.Tiba2 dilihatnya sepohon tebu yang hijau menggoda.Sungguh seksi batang tebu itu , begitu menarik dan menggiurkan.Lalu gajah hilang kewarasan.Dengan sepenuh tenaga , direntapya ekor sang babi yang tika itu berusaha berhempas pulas menarik lalu terdorong la babi ke depan/Ekornya putus lalu berpintal.
Malang bertimpa2.Di masa terdorong ke hadapan , hidungnya terlanggar dengan kuat pohon gajus.Kerana kuatnya impak pelanggaran itu maka hidung babi yang mancung itu kemek dan buah gajus pula oleh kerana terlampau terkejut terkeluar bijinya dari buah.Manakala ekor babi yang terputus itu melekat pada sang gajah.

Itu kita lihat sehingga hari ini sang gajah sering melibaskan ekornya ke kiri dan ke kanan bagi meraikan kemenangan.Gajus pula masih terkeluar bijinya sehinggan kini kerana masih belum hilang terkejutnya atas impak pelanggaran dan kalau dilihat babi berekor pendek berpintal dan kkemek hidungnya.Cerita ini disampaikan dari generasi ke generasi sehingga hari ini di mana kalau kita lihat anak2 babi sering jalan tunduk bila bersaing dengan ibunya.Kerana pemahaman mereka ibu mereka lah yang kalah bersaing dengans ang gajah.Maka mereka malu kerana menjadi seekor babi.....
Maka dalam hidup jangan lah kita bongkak dan sombong.Apa yang kita dapat kalah berhidung tinggi membusung dada?Hendakkah kita menjadi seperti babi?Aku tak nak...ekekekekekeeke

( Cerita ini adalah sebagai satu hiburan teladan.Sebuah cerita rakyat yang diolah dan ditokok tambah oleh aku.Dan yang pasti tiada kena mengena di antara yang hidup mahupun yang mati.Apatah lagi keturunan babi,gajah dan gajus ;D )