Friday, May 7, 2010

aku kecewa??



Semalam mood agak kecewa so apa kata kita bercerita pasal kecewa.Tulis pun ikut mood tapi bagi aku ni la masanya untuk mengekspresikan n menghidupkan lagi suasana dalam nukilan ku.Setiap orang ada corak n gaya penulisan , juga kerenah dan ragam mencari idea dan menghasilkan karya.Begitu juga aku.

Kedang2 kita sering mengimpikan sesuatu di luar kemampuan kita.Selalunya kita mengejar sesuatu yang tidak pasti.Dan sering tak mampu mencapai apa yg kita inginkan.Betul la ada pepatah dulu2 mengatakan ukur baju di badan sendiri. Even dalam Islam sendiri menegah untuk berlebih2an dan sentiasa besederhana. Tapi cakap mmg la senang.Teori boleh jer grab dari mana2 tapi nak praktikkan , nauzubillah, cukup2 azab sengsara.Mmg memerlukan kesabaran dan kecekalan serta iktikad yg melampau tinggi.

Aku duduk termenung di celah hiruk pikuk org , sambil meminum secawan kopi.Kenapa diciptakan perasaan kecewa dalam hidup?Kenapa perlu rasa kepelbagaian perasaan??Kenapa perlu ada sejuta emosi???Dan kenapa tak boleh hidup riang ceria dan gembira????Astarfirullah , bunyi2nya macam kufur nikmat tapi sungguh,aku tak berniat ke arah itu.Sekadar menganalisis dengan menggunakan ilmu logik manusia.Bukan membanding jauh sekali meragui nas dan hadis.

Impian dalam kerjaya , impian dalam pelajaran , impian dalam percintaan dan trillionan lagi impian yg dibuat oleh manusia.Tapi tak semua impian akan berjaya kita gapai.Tapi bagi aku , aku percaya , lambat@ cepat aku akan capai apa yg aku nak.Mungkin bukan sekarang tapi masa depan.Mungkin bukan aku tapi keturunan ku sebab aku percaya Allah itu Maha Adil.Jadi kecewa hanyalah sebagai ujian yg diberikannya pada kita untuk menduga dan sebagai satu petanda untuk kita lebih berusaha.Usaha kan tangga kejayaan kan.

Kekadang kita hanya mampu berusaha dan merancang.Seperti aku yg cuba mengatasi kelemahanku.Cuba mencapai imtegi serta angan2ku yg kini makin terlewat dari timeline yg telah dicoretkan dalam diari perjalanan hidupku.Cuba sedaya upaya untuk mengabulkan impian.Membuat perancangan demi perancangan.Membuat analisis demi analisis.Dan membuat perbandingan demi perbandingan.





Tolak perasaan malu , ketepikan ego , lupakan pendirian seketika semata2 untuk mencari secebis puzzle yg bakal melengkapkan hidupku.Semakin aku kejar , semakin jauh puzzle itu pergi.Sekadar mengejar bayang2 yg entah bila mampu dimiliki.Namun usaha tetap diteruskan.Walau segunung kekecewaan datang bertimpa.Walau sejuta masalah datang melanda.Cuba sedaya upaya untuk mengejar dan terus mengajar.Usaha tanpa kenal erti jerih namun akhirnya aku terdampar di sini.Sunyi di celah kesibukan , menyendiri di dalam keramaian. Apakah ertinya aku masih tidak cukup berusaha?Atau ini satu dugaan sebelum aku mengecap kemanisan?Atau ku perlu sedar hakikat aku takkan mampu melengkapkan puzzle hidupku?

Dalam sendiri aku duduk termenung.Tetiba teringat kata2 pujangga,menyintai bukan semestinya memiliki.Ya,mungkin.Aku begitu cintakan alam tapi tidak semestinya aku mampu untuk memiliki alam.Aku begitu cintakan gunung ganang tapi harus sedar tgn ku belum mampu untuk memeluknya.Aku sgt menyintai bunga namun walau aku satu hari nanti memilikinya , ia tetap akan layu.Dan sungguh aku sg menyintai Pencipta ku namun aku haya seorang mahluk yg sujud dan mendambakan seluruh jiwa ragaku kepadaNya,Dia yg memiliki ku.Kini aku sedar sesuatu , kekecewaan yg aku alami adalah satu petanda untuk aku merapatkan lagi hubungan dengan Nya

Berjumpa dan berpisah adalah norma kehidupan.Tapi aku belum mahu untuk berpisah.Bagi ku selagi ada yang memerlukan ku , selagi aku masih boleh digunakan dan selagi aku masih diperlukan , aku ingin terus menabur bakti.Ingin terus berkhidmat mencurah keringat.Ingin terus melihat senyuman yang mempersonakan dan ingin terus melihat kebahagiaan yang mengasyikkan.Walau mungkin dalam pengabdianku , aku tak dapat capai apa yg aku ingin kan namun mungkin keluarga ku , sahabat ku , dan org keliling ku dapat meneruskan kesinambungan ku , delegasi ku.Meneruskan azam dan menghidupkan impian.

Sewajarya jika belum mampu menjadi stesen jana kuasa menerangi kegelapan bandar , cukup sekadar bunga api yg menceriakan.Atau mungkin lampu kalbaid penyuluh jalan.Membakar diri namun memberi jasa kepada yg lain.Bukan bererti mengalah tapi menyumbangkan sesuatu untuk kebaikan sejagat.Bagai Tuah,Kasturi,Lekir,Lekiu dan Jebat.Atau mungkin para Sahabat.Apa pun kehidupan masih panjang untuk diteruskan.Masih terlalu panjang.Maka nikmatilah hidup seadanya.Dan aku melepaskan alam,memerhati secara diam.Datang di saat diperlukan.Namun akan terus mengimarahkan.Sentiasa ada disisi selagi ada kudrat di badan.Tambahan ini lah dunia ku bersama alam.Hiking,camping ,sight view,outdoor adalah jiwa ku.Alam adalah nafasku…..

Secangkir idea , luhahan kata

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails