Friday, May 7, 2010

HIBURAN PENGUBAT DUKA



Pada suatu hari yang tenang tanpa gangguan, seorang peniaga yang perasan bagus, cuba untuk menguji para pelanggan ang lalu lalang di hadapan gerai buah-buahannya dengan satu tawaran yang agak kurang waras bagi setiap insan yang bergelar peniaga.

Nak dijadikan cerita, peniaga itu dengan beraninya menawarkan hadiah yang lumayan berupa gerai dan buah-buahan yang dijualnya, kepada sesiapa yang boleh memberikan 10 nama buah-buahan tempatan yang bermula dengan huruf H.

Oleh itu, datanglah beberapa orang yang cuba menjawab. Ada yang meneka halwa, halkum, hukum, hapak dan lain-lain biarpun mereka tahu nama-naman tersebut bukanlah buah-buahan tempatan tetapi tetap mencuba kerana usaha tangga kejayaan katakan.

Peniaga pun tersengih macam kerang busuk sambil memegang perutnya yang boroi kerana tiada sesiapa yang dapat menjawab soalannya. Tiba-tiba datanglah seorang pemuda bersama rakannya menawarkan diri untuk menjawab soalan itu. Dia berkata, “ Encik, kalaulah rakan saya ini dapat menjawab soalan encik, adakah encik akan menunaikan janji yang dipertaruhkan?”. Peniaga menjawab “ Oh, sudah tentu” ungkapnya dengan angkuh. Pemuda itu pun berkata “ Sarip, cuba kau jawab.” Sambil tersengih, Sarip pun berkata “Huah Hamutan, Huah Hihu, Huah Huhian, Huah Hanggis, Huah Helimbing, Huah Hemfelam, Huah Huku, Huah Hemfedak, Huah Helafa han Huah Hanghat”, Hekian Hima Hasih...Jawab Sarip dan ketawa dengan riangnya “ Huwah! Huwah! Huwah!”. Peniaga itu pun terlopong sehingga salah seorang wanita menegurnya, “ Pak Mat, tutup sikit mulut tu nanti lalat masuk”. Hahahaha......

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails