Thursday, May 6, 2010

Rengas

Salam penuh kasih syg dari aku kepada pembaca semua.Setlah berjaya menenangkan diri n berlibur seketika , aku kembali lagi ngan info yg aku harap kita boleh manfaatkan dan kongsi bersama.B4 ni aku dah cakap pasal binatang n kali ni aku nak gebang2 pasal tumbuhan lak ( gebang2 tu bermaksud bercakap2 yeee ;D )


Ok.Atas permintaan ,aku khususkan topik ni kepada sejenis pokok.Sebelum aku terlupa ,pembaca boleh request topik n mayb kalau aku ada sedikit pengetahuan aku akan share ngan korg k.Ok.Kembali kepada tajuk.Aku akna share pasal pokok Rengas ngan korg.Pokok yg hebat n cantik tapi agak berbahaya pada kita.



Bagi siapa yg elalu masuk hutan , pokok ni mmg begitu sinonim n taboo.Sedaya upaya akan cuba untuk mengelak pokok nih.Kenapa?Haaa.Pokok ni boleh mengakibatkan kulit melecur ngan sgt teruk akibat tersentuh pada kulitnya.Malah daun , buah even kalau kita bakar pokok ini akan membuatkan kulit kita melecur dan menyebabkan masalah pernafasan.Ini kerana getah yg terhasil dari pokok ini mengandungi toksik yg memberi rangsangan dan alahan pada kulit


Ok.Rengas ni ada pelbagai spesis n aku sendiri kurang ariff dari sudut nama saintifik.Namun panggilan “ kampung “ yang selalu digunakkan org sudah cukup menunjukkan keseriusan implikasi dari pokok ini.Di bawah aku senaraikan beberapa jenis dan implikasinya

•Rengas api, misalnya, menghasilkan kesan lecur seperti terkena api pada kulit manusia.
•Rengas kerbau jalang pula akan mengakibatkan mangsanya menahan kesakitan sehingga menjadi seperti kerbau yang menggila.
•Rengas kilat senja pula membuatkan mangsanya merasa seperti terkena kilat apabila mengenai getahnya.
•Rengas lanjut akan memberi masalah pada kulit yang berlanjutan.
•Rengas marah keluang pula meninggalkan kesan seperti dicalar keluang.
•Rengas sumpah biawak bermakna kulit yang terkena getah rengas ini akan menjadi kasar seperti kulit biawak

Bahagian yang paling beracun pada tumbuhan ini adalah getahnya yang keluar dari bahagian batang atau dahan. Apabila ditakek batang tumbuhan ini, akan keluar getah yang jernih dan bertukar menjadi warna hitam. Kesannya menyebabkan kepanasan, bengkak dan melecur jika tersentuh pada kulit. Tetapi sesetengah orang tidak alergik kepada getah ini, maka tidak akan mendapat sebarang kesan



Daun rengas

Kekadang tu kalo teragak gak nak makan pucuk daun..tapi konpius samada beracun ke x..aku testing camni..titik kan sket daun tu ke daun berlilin.Contoh macam titik ke daun keladi ke,daun pisang ke..tengokkan efek nye..kalo mcm terbakar,melecur ke daun tu.Tandanya pucuk daun yg nak dimakan tu beracun.

Lagi satu letakkan benda yg tak pasti beracun ke tak tu ke nasi atau makanan berkanji lain,ubi kentang ke ubi kayu ke..kalo pastu ada efek kaler kuning kat nasi tu..maknanya benda tu beracun la.

Dan x sume buah yg binatang2 ni makan yg bole kita makan.Separuh binatang ni dah lali dgn bisa racun buah tu..Juga elakkan makan atau lepak kt pokok2 yg bergetah putih.Separuh pokok ni berbisa kalo terkena getahnya.Kekadang tu stakat lepak kt bwh pokok cenggini pon bole gatal2 badan ( bt manusia yg gatal pun kalau boleh jgn didekati yer.ekekekekeke )

Secangkir idea , luhan bicara

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails