“Mengapa setelah mengikuti seminar motivasi, motivasi tidak bertahan lama?” Sebabya kadang-kadang masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Ataupun mereka hanya menanggap motivasi itu hanya sebagai satu pengisian yang hanya datang pada masa-masa tertentu. Jika kita menyangka motivasi itu akan kekal lama,itu merupakan kesalahan yang pertama. Alasan kedua ialah motivasi itu akan hilang jika kita hanya mengharap motivasi dari luar. Sebabnye sedar tak sedar motivasi terkuat datang dari diri kita sendiri.
Pernah ada saya terbaca dalam sebuah buku, bahawa hanya ada dua faktor motivasi iaitu mengejar kenikmatan dan menghindari kesengsaraan atau rasa sakit. Saya pun tak paham sebenarnye...tapi itulah hakikatnye. Namun, jika saya perhalusi lagi hanya ada satu faktor motivasi, iaitu cinta. Semakin besar cinta kita, akan semakin besar motivasi yang bangkit. Cinta itu terlalu universal, umum. Cinta itu kasih sayang. Cinta itu kesetiaan dan kejujuran. Cinta menggambarkan keihklasan. Apabila kita menyangi sesuatu bermakna kita mencintainya. Cinta akan Allah s.w.t adalah cinta. Cinta akan ibu bapa adalah cinta. Cinta akan pasangan adalah cinta. Cinta akan Rasulallah s.a.w adalah cinta. Cinta akan ad-din adalah cinta. Cinta akan sahabat adalah cinta. Cinta akan ilmu adalah cinta. Segalanya cinta.
Sekarang pun kita dapat lihat, banyak orang yang sampai nak bunuh diri sebab putus cinta. Ini menggambarkan bahawa cinta memiliki satu kekuatan yang kita kadang-kadang terlepas pandang di mana cinta ini mampu untuk menggerakkan diri kita,mampu untuk mengubah diri kita bahkan untuk hal-hal yang buruk dan tidak masuk akal.
Banyak filem yang sekarang ini bertemakan cinta, cinta kepada ibu bapa, sahabat, pasangan mahupun Allah s.w.t. Daripada sini saya menyedari kekuatan cinta itu sebagai pendorong utama kita dalam mencapai sesuatu tujuan. Cinta, cinta, cinta....kadang-kadang senang bagi seseorang meluahkan kalimah cinta...tetapi kadang-kadang terlalu payah untuk mengucapkannya, ada rasa bahagia berbunga di dalam jiwa, ada rindu yang datang bertandang....aish jiwang karat giler...haha...ok sambung balik.....
Kita boleh memanfaatkan kekuatan cinta ini untuk mendapatkan motivasi diri. Tentu saja, tidak terbatas terhadap cinta yang berlainan jantina sahaja, tetapi cinta kepada yang lainnya juga. Jika anda mencintai pekerjaan anda, anda akan memiliki motivasi yang cukup apabila bekerja. Lihatlah pemain bola sepak, walaupun mempunyai jadual yang ketat, mereka tetap ‘enjoy’ bermain, kerana mereka mencintai profesion mereka sebagai pemain bola sepak.
Namun, ada cinta yang paling kuat. Saat kita tidak memiliki cinta ini, seseungguhnya kita sudah mensia-siakan hidup kita. Inilah cinta yang paling besar, yang memberi semangat kepada para mujahid di medan perang. Tidak takut mati, tidak takut rasa sakit, tidak takut apa pun, demi cinta ini. Cinta ini tiada lain,ialah cinta kepada Allah.
Cuba kita renung-renungkan kembali masih adakah perasaan cinta kita kepada Allah? Jika terasa kurang, maka iman kita harus ditingkatkan lagi. Sebab cinta kepada Allah hanya dimiliki oleh mereka yang beriman. Insyallah....
No comments:
Post a Comment