Thursday, September 30, 2010

Dunia ini untuk .....

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca semua.Lama rasanya tidak menarikan jemari mencoretkan nukilan buat tatapan pembaca.Dan terima kasih buat fatimah (pelagifatimah.blogspot) kerana menegur atas kealpaan ini.Terima kasih kerana menjadi pembaca setia dan aku begitu menghargai teguran dan kesetiaanmu.Dan buat seseorang yang menjadi peyangga setia , juga jutaan terima kasih kerna terus menyokongku.Tetiba aku terasa macam sedang berucap di atas podium lak.Hahahahahhaha

Hari ni aku baru menjejakkan kaki ke tanah pencarian rezeki ku.Setelah 2 hari berseminar di UTM.Entah kenapa kini aku tak mampu berjauhan dari KPZ.Mungkin kerana hati ini tak mampu menanggung beban rindu.Kerana sejuta satu kenangan aku kumpul dan lalui di sini.Alhamdulillah kerana masih ada manusia manusia yang jujur dan setia menemankan ku.Dan buat adik2ku , teruma kasih tak terhingga kerana sering meluangkan masa bersama aku yang sejuta ulah.Aku begitu menghargaimu.

Malam ini aku ingin berbicare ttg apakah dunia.Kenapa perlu ada dunia.Aku sering berbicara dari hati ke hati dengan insan2 kesayangan ku.Dengan teman2ku.Ish,tetiba rasa skema lak.Tukar mood jap.Toing toing.Fuhhh.Ok. Sekarang ni bulan Syawal.Raya time.So aku jumpa la kawan2 lama.Teman seperjuangan masa sekolah dolu2.So masing2 tanya soalan “ kau kerja kat mana , pakai kereta apa , jawatan ko sekarang apa n bla bla bla…Soalan yang biasa kita dengar.So kesimpulan yang aku buat adalah dunia tempat untuk org berbangga dengan apa yang org ada.Berbangga diantara satu sama lain …….

Kemudian berlalu pula kepada topik yang lain.” Kau tau sapa yang bunuh Sosilawati , kenapa Nik Aziz tak berbangga jadi org melayu , kenapa elaun cuma lima ratus dan bla bla bla bla…Aku pun layan jer la…So kesimpulan terbaru aku buat adalah dunia adalah tempat untuk org berbangga dengan apa yang org ada.Berbangga diantara satu sama lain.Mempertahankan apa yang org percaya walaupun mereka mungkin salah…..

Kemudian aku berjumpa dengan kawan yang lain.Berbicara mengenai teknologi terkini.”Kau dah tgk waja lancer yang baru tu,exora pun nak masuk turbo sekarang,Amerika dah cipta rekaan baru x , Jepun lak in progress keluarkan produk baru Y.Malaysia lak entah research merapek meraban…..So nak atau tak aku pun melayan lagi sekali.Then terdetik kesimpulan baru diamana dunia adalah tempat untuk org berbangga dengan apa yang org ada.Berbangga diantara satu sama lain.Mempertahankan apa yang org percaya walaupun mereka mungkin salah kerana ingin memiliki teknolgi yang terkini ….

Lalu berjumpa pula dengan teman perempuan.Kisah gosip n artis antarabangsa menjadi topik bualan.N ditambah pula dengan filem2 baru yang keluar.Complete cerita pasal sinopsis n rating dari itu dan ini.Fuhh , bab ni aku boleh dengar jer.Org hutan katakan.Mana la tau sgt.Setakat kuch kuch hota hey ) betul ke aku eja? ) boleh la gak aku cakap.Shah rukh khan ( opsss…ada datuk la;p ) n keluarga kapoor.Ekekekekek.So kesimpulan yang aku dapat adalah dunia adalah tempat untuk orang berbangga dengan pa yang org ada.Berbangga diantara satu sama lain.Mempertahankan apa yang org percaya walaupun mereka mungkin salah kerana ingin memliki teknologi yang terkini supa dapat mengetahui gosip dan menonton filem antarabangsa…..

Then berjumpa lagi aku dengan seorang teman.Yang suka berbicara mengenai agama.Berbicara mengenai manusia2 ini yang meminta kembali ke dunia. Merayu untuk memperbetulkan kembali kesilapan2 mereka.Menagis hingga terkeluar biji mata hatta air mata darah namun tidak dipedulikan rayuan mereka ini.Maka dengan ini aku membuat satu kesimpulan yang man DUNIA ADALAH UNTUK MEMBINA AKHIRAT

Lalu aku menekan butang merah dalam Ms Words lalu terpapar perkataan “ Do you want to save the changes you made in documents1 ?” lalu aku menekan yes tanda aku bersetuju dengan pernyataan ini.
TAMMAT
So Selamat hari raya buat pembaca semua

Secangkir idea , luahan kata

Friday, September 17, 2010

kembali ke kuala lumpur

Salam 1 Malaysia kepada semua.Hari ni aku dah berada di ibu kota.Terpaksa pulang awal untuk mencari sesuap nasi di tempat org.Dan hari ni aku diajar supaya menjadi manusia yang sabar.Kenapa?? Haaa.... teruskan pembacaan kalian yer...

Penat mengemas rumah yang diselerakkan oleh anak2.Habis satu rumah disepahkan.Bekas makanan dterbalikkan , buku2 di terabur dan pelabagai lagi ulah.Meragam agaknya sebab ditinggalkan sepanjang cuti raya.Pastu bila dimarah masing2 buat muka kesian.Terus tak sampai hati.Maka dengan hati yg rawan kutip dan susun satu demi satu.Baru siap kemas masterbed,guest room n tandas.Hall tak siap lg..Penat..

Pastu g Mydin n Kajang Mall.Cari barang2 keperluan peribadi n plastik hitam.Untuk kumpulkan pinggan2 yang dah dipecahkan serta tinja yang merata.Terperangkap dengan kesesakan lalulintas.Ada pulak lori yang agak biadap pebawaanya.Agaknya sebab membawa kenderaan berat itu sebabnya sesuka hati memandu.Mentaliti masyarakat Malaysia ( bukan nak kutuk tapi satu hakikat.Aku pun org Malaysia gak ;p)


Teringat member seuniversiti dulu.William.Berasal dari UK.Datang Malaysia bila naik kereta (tgk traffic jammed n cara pemanduan ) terkujat2 mamat tu.Rasanya sebulan dia kat sini sakit jantung kot.Hahahahaha.Tapi mmg aku akui , jauh beza cara pemanduan dan atitude kita dengan depa.Serius!!




Then kembali ke rumah.Ingat dapat la rehat jap ( walaupun hall xsiap kemas lg ) sekali petik suis tak berfungsi.Masyaallah.Nak kata tak bayar bil aku mmg selalu bayar in advance.Tak nak pening2 pk.Check kat main board takde lak tendang.So turun ke bawah tgk kat suis room sekali aku punya main fius kena curi.Mmg azab sungguh hari ni

Lalu dengan sedihnya call la TNB.Berpuluh2 kali call finally ada la insan yang angkat.Maka laporan pun dibuat.Sok sek sok sek , tanya la macam mana prosedur.Sekali kena g balai polis buat laporan , kembali semula ke TNB untuk hantar n buat laporan , Pastu kena itu dan ini.Pgantian fius akan dibuat setelah laporan sampai ke teknikal n dikenakan bayaran.Biasanya 3 hari.

Dush..Takkan aku nak bergelap 3 hari kot?Kalau kat kpg tu boleh gak aku cekau pelita ker , lampu minyak tanah ker.Tak pun kumpul2 kayu keliling rumah pastu bakar.Boleh jadi malam unggun api.Syok gak.Ni rumah tinggat 4.Pokok pun tak nampak bayang.Hahahahaha ( fuhhh.finally tersenyum )

So aku pun batalkan laporan.P kedai electrical n tanya nyonya tu.Dia pun nak tutup kedai dah.So aku membeli fius tu dengan harga RM 45 !!!!! Tak pasal2 melayang.Tak pe lah.Ni dugaan kan.Kifarah untuk aku.Mudah2an makin kurang lah dosa2 aku.Amin...

N buat pencuri fius tu , insaflah.Moga terbuka pintu hati kamu untuk kembali ke jalan yang benar.Cuba banyangkan kalau kamu yang kena ??? Ditakdirkan waktu tu kamu dah punya keluarga dan anak bini.Sanggup kamu biarkan mereka bergelap ??? Dihurung nyamuk dan panas ???? Ingat , what's around goes around.Setiap apa yang kita buat ada balasannya . AKu doakan kamu insaf...

Secangkir idea , luahan kata

Thursday, September 16, 2010

Kata2 yg aku suka

"Our deepest fear is not that we are inadequate. Our deepest fear is that we are powerful beyond measure. It is our light, not our darkness, that most frightens us. We ask ourselves, who am I to be brilliant, gorgeous, talented, and fabulous? Actually, who are you not to be? You are a child of God. Your playing small doesn't serve the world. There's nothing enlightened about shrinking so that other people won't feel insecure around you. We are all meant to shine, as children do. We are born to make manifest the glory of God that is within us. It's not just in some of us, it's in everyone. And as we let our own light shine, we unconsciously give other people permission to do the same. As we are liberated from our own fear, our presence automatically liberates others."
-Marianne Williamson.

pernah jatuh berdebuk2 tergolek antara 2 jurang sangat jauh dan dalam, dan pernah juga susah payah perit jerih cuba untuk bangun. sekali 'attempt' takkan pernah cukup untuk berjaya. it takes lots of energy, inspiration, motivation, zillion efforts and most of all - mentality progression to gain the success.

i've been there, i knew how terrifying the 'nightmares' and i realised that i'd never want to be in that situation anymore. but with or without realising it, we will somehow face the same thing again. fate; it called.

the strength is in ourselves. nobody cares what we feel, they just care what we do can benefits them.

you're not a quitter i believe. and u're one of the inspiration for the people with FAILURE written in their chest.
"bila Allah cepat makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.."

Our greatest glory is not in never falling but in rising every time we fall.
-Confucius

Wednesday, September 15, 2010

kebahagiaan yang dicari

Hari ini akan ak kongsikan sesuatu dengan korang sume...

Perjalanan hidup ini telah memberikan pelajaran kepada kita, bahawa kebanyakan orang dilamun keluh kesah, gelisah, kesempitan dan kegoncangan batin, merasa sepi dan tidak mempunyai ap2, merekalah orang2 yang tidak memperoleh nikmat iman dan keyakinan, hidup mereka tidak ada rasa dan perisa, tawar dan kosong, walaupun mereka berada dalam lingkungan kelazatan dan kemewahan.

Ketenangan atau kebahagiaan itu adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala orang yang mengalami kegoncangan, mereka tetap yakin di kala orang penuh keraguan, mereka tetap sabar ketika orang berkeluh kesah, dan mereka tetap berlapang dada di kala orang telah runsing.

Kebahagiaan adalah suatu perkara yang abstrak yang tidak dapat dilihat oleh mata, tidak boleh diukur, ditimbang atau dibeli dengan wang dan harta, tetapi kebahagiaan adalah suatu anugerah Allah dan rahmat Allah, kebahgiaan adalah suatu keadaan yang dirasai oleh manusia di dalam dirinya iaitu ketenangan hati, kelapangan dada, kerehatan otak dan keselesaan perasaan.

...........

Ak datang kembali setelah sekian lama menyepikan diri, hanya mampu membaca coretan tangan oarng lain kerna diri ini masih tidak mampu untuk menghasilkan satu nukilan yang baik untuk menjadi tatapan para pembaca. Cuma ada seorang hamba Allah ini yang ak sgt tertarik dengan hasil nukilannya...ap yang ak inginkan setiap ap yang dia tulis dan coretkan akan menjadi satu wadah baru untuk sume pembaca dan juga untuk ak sekali, jadikan coretannya sebagai pedoman dan pengajaran dalam hidup korang.

gila

Hari ni aku nak bercerita ttg apa yang bermain dibenak aku.Aku nak berkongsi dengan pembaca semua mengenai pehubungan,anjakan paradigma dan pemikiran.Dan secara awalnya aku menyatakan bahawa hasil nukilanku ini mempunyai nyawa.Mempunyai emosi dan mempunyai perasaan.Maka dengan ini aku mengandaikan bahawa lebih baik pembacaan ini dihentikan.Jika ingin diteruskan maka hendaklah dibutakan mata dan dibisukan mulut.

Aku cukup bosan dan tertekan.Aku terasa kosong yang menyesakkan.Aku terasa degupan jantung yang ingin aku berhentikan.Bunyi yang memekakkan.Aku terasa sejuk malam yang merimaskan.Aku terasa hempasan ombak yang menyiat2 gegendang telingaku.Ingin aku menjerit pelbagai sumpah seranah dan kata nista.Ingin aku lempiaskan kemarahan,kesedihan dan kehampaan ini ke serata pelosok alam.Ingin aku menterbalikkan dunia.Dan ingin aku menghempas bumi menjdi debu.Jika ini semua mampu aku lakukan dan jika keajaiban ini menjadi satu kelebihan buatku.Biar apa pun yang terjadi aku tidak ingin pasrah.Biar sejuta yang memerangi nescaya aku perangi dan simbahkan darah ke bumi.Biar bala yang turun pasti aku hadang dan musnahkan segalanya.Biar bingit yang melingkar akan aku habisi menjadi suram kelam.Jika kekuasaan itu menjadi milikku maka akan hancurlah segalanya.Pasti aku habisi riwayat segalanya.Yang pasti aku sesak dan terseksa.Yang pasti aku panas dengan segala.Yang pasti aku takkan redha dengan apa yang berlaku.Yang pasti akan aku tentang degan sehabisnya.Aku adalah aku.Walau aku hanya insan biasa namun aku mampu untuk menjadi luarbiasa.Walau aku sering ditidasi namun aku mampu menindas.Walau aku selalu berdiam namun aku mampu bersuara menegaskan hak.Walau aku mengalah namun aku mampu mengalahkan.Walau aku sering akur namun aku mampu mengoncangkan dunia.Berhati2lah kerana diam bukan bererti aku akan akur selamanya.Berhati2lah kerana mengalahku akan sampai ke tahap batasnya.Berhati2lah kerana akurku akan sampai kepada kemarahaku.Berhati2lah kerana sabarku akan menjadi sekejam2nya.Berhati2lah kerana tolak ansurku akan menjadikan aku manusia zalim.Jika itu yang dipinta , jika itu yang perlu aku akan lakukan.Demi menegakkan apa yang aku perjuangkan.Demi terus mepertahankan apa yang aku inginkan.Untuk terus meneruskan apa yang aku miliki.Jangan sesekali membuatkan aku menterbalikkan sikapku.Bukan untuk mengancam apatah lagi memberi ancaman.Sekadar satu amaran dan juga peringatan.Aku punya perasaan.Aku punya harga diri.Aku seorang manusia biasa.Yang mampu untuk menjadi seperti manusia lain.Sama ada menjadi pembaik mahupun penjahat.Kau pilih apa yang kau ingin aku beri.Kau tentukan apa yang kau mahu aku jadi.Aku hanya ingin menjadi manusia…..

( Tiada kena mengena antara hidup dan mati.Cuma terasa ingin melempiaskan kemarahan yang tiba2 hadir tak tentu pasal.Kerana syaitan telah pun memerdekakan dan mebisikkan nafsu amarah kepadaku )

Monday, September 13, 2010

Kisah Babi , Gajah dan Gajus

Arakian tersebutlah kisah antara 2 binatang dan 1 buah2an ini.Pada sebuah zaman di mana binatang dan tumbuhan boleh berkata2 di mana zaman tersebut babi adalah binatang yang berhidung mancung dan berekor panjang.Sang gajah pula mempunyai ekor yang pendek.

Maka kerana kecantikan babi tersebut bermegah2lah babi dan mencanag2kan kecantikannya itu di serata tanah jajajahan dan pelusuk benua.Dengan mendabik dada sambil bermegah2 hidung menongkah langit , melibaskan ekornya yang runcing panjang menawan.Maka memandang la haiwan yang lain dengan penuh rasa cemburu akan kelebihan yang tuhan kurniakan kepada haiwan babi tersebut.

Nak dijadikan cerita maka lalu la babi tersebut dihadapan gajah.Lalu dengan megahnya babi mengutuk gajah tersebut.Engkau lihat la betapa cantiknya ekorku ini.Sambil melibas ke kiri dan ke kanan ekor runcingnya.Bebelan demi bebelan , kutukan demi kutukan sehingga la sampai satu ketika , gajah naik geram.Si gajah nampak babi tu kecik besar kecik besar.Babi sungguh babi ni.Sampai satu tahap , apabila babi mengeluarkan ayat pernyataan iaitu harap jer badan besar tapi ekor kontot , maka gajah pun berang.Atau dalam bahasa sanskritnya naik minyak.

Ha , kalau kau dah hebat sangat babi , kita buat satu pertandingan.Walau ekorku kontot tapi kuat.Tak macam ekor kau yang panjang tapi lembik.Sebaik sahaja babi yang mendengar kata itu ,hatinya pun sudah panas.Lantas ketika itu juga dia ingin membuktikan bahawa ekornya tidak selemah yang dikatakan.Apatah lagi egonya yang tinggi.Di dilam benaknya terdetik bahawa ekornya lebih panjang walaupun gajah badannya lebih besar.Mesti kemenangan berpihak kepadanya.


Lalu satu pertadingan dianjurkan tika itu jua.Kebetulang sang kancil lalu.Seperti sedia maklum kancil terkenal dengan kebijaksanaan dan kecerdasan akal.Maka dijadikan hakim bagi pertandingan itu.Ekor sang gajah dan sang kancil pun di ikat.BInatang yang lain bersorak sorai.Gegak gempita kawasan sekeliling.Berita mengenai pertandingan pun tercanang dengan sedirinya.Berkoyan2 binatang yang hadir.

Lalu pertandingan pun dijalankan.Sang babi berhempas pulas menarik ekornya bagi membuktikan bahawa dialah pemenang sejati seantero alam binatang dan buahan2an.Manakala sang gajah pula menggunakan separuh dari tenaga untuk mengajar babi tersebut satu pengajaran.Tarik menarik berlaku sehingga 3 hari lamanya.

Dan dalam jangka masa 3 hari sang babi bebas memakan apa sahaja.Rumput , cacing dan umbut disekitarnya dimakan bagi mendapatkan tenaga.Manakala gajah terpaksa berlapar kerana sumber makanannya agak jauh dari pertandingan.Sampai satu masa , sang gajah terasa lapar yang amat.Dialih pandangannya ke kiri dan ke kanan.Tiba2 dilihatnya sepohon tebu yang hijau menggoda.Sungguh seksi batang tebu itu , begitu menarik dan menggiurkan.Lalu gajah hilang kewarasan.Dengan sepenuh tenaga , direntapya ekor sang babi yang tika itu berusaha berhempas pulas menarik lalu terdorong la babi ke depan/Ekornya putus lalu berpintal.

Malang bertimpa2.Di masa terdorong ke hadapan , hidungnya terlanggar dengan kuat pohon gajus.Kerana kuatnya impak pelanggaran itu maka hidung babi yang mancung itu kemek dan buah gajus pula oleh kerana terlampau terkejut terkeluar bijinya dari buah.Manakala ekor babi yang terputus itu melekat pada sang gajah.


Itu kita lihat sehingga hari ini sang gajah sering melibaskan ekornya ke kiri dan ke kanan bagi meraikan kemenangan.Gajus pula masih terkeluar bijinya sehinggan kini kerana masih belum hilang terkejutnya atas impak pelanggaran dan kalau dilihat babi berekor pendek berpintal dan kkemek hidungnya.Cerita ini disampaikan dari generasi ke generasi sehingga hari ini di mana kalau kita lihat anak2 babi sering jalan tunduk bila bersaing dengan ibunya.Kerana pemahaman mereka ibu mereka lah yang kalah bersaing dengans ang gajah.Maka mereka malu kerana menjadi seekor babi.....

Maka dalam hidup jangan lah kita bongkak dan sombong.Apa yang kita dapat kalah berhidung tinggi membusung dada?Hendakkah kita menjadi seperti babi?Aku tak nak...ekekekekekeeke


( Cerita ini adalah sebagai satu hiburan teladan.Sebuah cerita rakyat yang diolah dan ditokok tambah oleh aku.Dan yang pasti tiada kena mengena di antara yang hidup mahupun yang mati.Apatah lagi keturunan babi,gajah dan gajus ;D )

Pohon dan teman

Di sebuah kawasan yg tenang , jauh dari kesibukkan kota ,terdapat sebuah perkampungan kecil yang mana penduduknya hidup dalam satu suasana yg harmoni.Bau harum rumput dan bebunga segar mellingkari sesiapa sahaja yang menginjakkan kaki ke kawasan tersebut sekaligus memberi aroma tersendiri.Indah,menawan dan membahagiakan



DI perkampungan tersebut , terdapat sebuah pohon epal yang besar.Kukuh berdiri menongkah langit.Letaknya pohon epal tersebut di pinggir desa.Walau pun pohon tersebut tersergam gagah , namun jauh disudut hatinya terasa kesunyian.Kerana tiada teman mahupun rakan untuk bermain mahupun berborak.

Satu hari , terdapat seorang budak kecil bermain di sekitar pinggir desa.Berguling di celahan rumput dan kuning dafodil.Ketawa girang mengejar sang rerama.Sambil di tangan kirinya mengenggam patung beruang kusam.Sedang berkejaran dengan rerama itulah maka sampai budakk kecil tersebut ke pohon epal besar.Maka terkesima dan kagum budak kecil tersebut dengan kebesaran dan gahnya pohon itu



Sejak dari perjumpaan pertama itu budak kecil tersebut selalu bermain di pohon itu.Mereka telah menjadi sahabat baik.Pohon epal itu juga sgt senang kerana kini dia telah mempunyai sahabat untuk bermain dan bergurau senda.Budak kecil itu selalu memanjat dahan2 pohon epal , bergayut dan ketawa riang , bermain dan tenggelam dalam dunia ciliknya.Setelah penat bermain , sambil bertenggek di dahan tertinggi yang boleh dicapainya , sambil mulut menguyah epal yg dipetik.Terhampar saujana mata keindahan pemandangan sambil menikmati kesegaran dan kemanisan epal.

Tahun demi tahun berlalu.Zaman silih berganti.Kini budak kecil itu telah membesar.Satu hari budak kecil itu tidak datang bermain.Pohon epal itu hairan kerana sebelum ini budak kecil itu tidak pernah culas bermain bersamanya.Pohon epal itu menunggu dari sehari ke sehari.Namun hajat untuk bermain bersama tidak kesampaian.



Satu hari , budak kecil itu datang.Lalu gembiralah pohon epal.Terasa penantiannya itu berbaloi.Lalu pohon epal itu mengajak budak kecil itu bermain bersama.Lantas budak kecil itu menolak ajakannya.Pohon epal itu hairan.Lontaran demi lontaran soalan diajukan.Akhirnya jawapan yg dikeluarkan dari mulut mugil budak kecil itu terkeluar.Katanya dia bukan lagi seorang budak kecil yang bermain dengan pohon epal.Sekarang dia sudah semakin membesar dan perlukan wang untuk bermain dengan alat mainan.

Maka melihat muka sedih budak kecil itu maka pohon epal itu berkata bahawa dia tak punya wang.Namun ambillah epalku ini dan juallah untuk mendapatkan wang.Dari hasil jualan tersebut maka belilah mainan kesukaan mu.Maka dengan pantas budak kecil itu mengambil kesemua epal dari pohon epal tersebut dan menjualnya dipasar.Pohon epal itu tersenyum kegembiraan kerana mampu mengkabulkan permintaan budak kecil tersebut.

Seketika waktu pohon epal tersebut tenggelam dalam dunianya.Lama tidak berjumpa dengan rakan sepermainan nya,budak kecil tersebut.Tiba2 dari jauh dilihat budak kecil tersebut datang.Budak kecil tersebut sudah membesar dan tubuh badannya sudah tinggi dan terdapat kumis nipis dibibirnya.Lalu dengan gembira pohon epal tersebut mengajak temannya itu bermain bersama.Namun temannya itu menolak dan berkata kini aku bukan lagi budak kecil yg asyik bermain.Aku sudah dewasa dan perlu membina rumah.Bolehkah kau menolongku?

Pohon epal itu bersedih kerana ajakkannya ditolak.Namun kerana temannya, dia cuba tidak menghampakan.Aku tidak punya rumah tapi kau ambil ranting2 ku yg besar , jadikan tiang rumah dan ranting2 kecilku kau jadikan dinding.Lalu temannya itu memotong sebagaimana yg disuruh.Pohon epal itu gembira kerana mampu menolong temannya itu.



Hari berganti hari.Bulan bergati bulan.Tahun berganti tahun.Pohon epal itu begitu merindui temannya itu.Satu hari , temannya datang berjumpa lagi dengannya.Temannya itu berkata.Aku sedih.Aku sudah besar dan ingin pergi berlibur.Mahukah kau menolongku memberi aku sebuah kapal untuk aku berlayar melihat dunia.Agar aku boleh menghiburkan hati.

Lalu pohon epal itu menjawab.AKu tak punya kapal.Namun kau potonglah batangku.Dari batangku ini kau buatlah sebuah kapal.Lalu berlayarlah kau ke mana sahaja tempat yang kau ingnkan.Lalu temannya itu memotong batang pohon epal tersebut lalu membuat sebuah kapal dan berlayarlah teman pohon epal tersebut bersama batang pohon epal yg telah dipotong , menjelajah dari satu tempat ke tempat yg lain.



Zaman silih berganti.Musim silih berubah.Satu ketika seorang tua bertongkat datang ke pohon epal itu.Org tua itu adalah teman kepada pohon epal yang telah lama menghilangkan diri.Lalu pohon epal itu dengan sedihhnya berkata.Aku sudah tidak punya buah untuk kau makan dan jual.Lalu temannya itu berkata.Aku sudah tidak punya gigi untuk memakan buahmu.Pohon epal itu berkata.Aku sudah tidak punya dahan dan batang untuk kau panjat.Lalu temanya itu berkata , aku sudah tidak punya kudrat untuk memanjat.




Lalu pohon epal itu berkata.Aku sudah tidak punya apa2 kecuali tunggul dan akar ini.Hanya ini sahajalah yang tersisa.Lalu temannya tu menjawab.Aku tidak mengiginkan apa2 darimu lagi.Aku sudah terlalu penat meninggalkanmu.Kini aku hanya ingin beristirehat bersamamu , menghabiskan sisa2 hidupku.Lalu dengan rasa gembira sambil menitikkan air mata pohon epal itu memberitahu bahawa akar dan tunggul pohon tua la tempat yang paling baik untuk berbaring dan beristirehat.Mari.Marilah berbaring dalam pelukkan akarku.Lalu temannya itu berbaring di pelukkan banir pohon epal tersebut


~ TAMMAT ~




buat seorang anak = inilah pengorbanan org tua kepada kita.Sentiasa membantu walau kita jauh meninggalkan.Dikala susah kita dtg dan dikala senang kita pergi.Berbaktilah dan perbetulkanlah dikala ada peluang

buat seorang kekasih = inilah pengorbanan ku kepadamu.Walau apa jua yang terjadi aku akan sentiasa setia bersamamu.Walau sejuta ulahmu

buat seorang sahabat = inilah perjuanganku untuk mempetahankan uhwah yang terjalin.

buat pembaca = renung2kan kerana ada sesuatu yang ingin aku sampaikan

secangkir idea , luahan kata

Sunday, September 12, 2010

Kemaafan

Salam Syawal buat semua pembaca setia ( budget ada peminat blog la ;p ) .Setelah diam diam sepi membisu melukut di tepi tempayan . akhirnya aku kembali mencoretkan sebuah kisah ttg ideologi dan pemikiran.Tentang pandangan dan pemerhatian.Tentang aku dan dia.Dan tentang sebelum aku merapek meraban taak tentu pasal ;p

Ok2.Back to topic plzzz....Sempena kemuliaan Ramadhan Mubarrak yang baru berlepas pergi dan kedatangan Syawal yang menceriakan hari ini , aku ingin mengupas sebuah perkataan iaitu kemaafan.

Tetiba aku terfikir gabungan perkataan kemas , maaf dan kaffan.Apa itu kemas?Apa punya bingai la kemas pun tak tau.Kemas rumah,kemas bilik.Budak darjah satu pun boleh jawab tau.Hahahahaha...Ok,fine ( touching sob...sob....sob ) .



Kemas bagi ku adalah persiapan memperkemaskan diri menghadap sesuatu yg dikejar.Kalau nak jumpa awek/balak@isteri/suami mestilah kemas2 kan apa yg patut.Sembur itu dan ini kan.Kalau nak p kerja pun sama.Macam tu gak kalau nak minta kerja.Apatah lagi kalau buat kerja ( noob ) ;p ...

so dalam masa kita memperkemaskan diri tu mesti ada yg cacat dan cela.Mana ada manusia sempurna . ( Butang tak kancing la,zip terlupa tutup la) So dalam kekemasan itu ada cacatnya yang secara langsung atau tidak , akan mmberi impak kepada sesuatu yang kita kena mengadap selepas itu.Pening kot ayat ni.So kita permudahkan

.Awek H nak masak buat Balak B.Masak plak dengan penuh kasih sayang dan khusyuk lagi tawadduk.Dah siap masak,bungkus siap2 n bertemulah mereka di bawah sinaran lampu jalan.Balak B pun dengan penuh bernafsu dan dengan rakusnya membuka....Membuka tupperware yang di bekalkan tadi.Pergh , sekali ayam kurma n nasi tomato la beb ( untung aku dapat bakal bini cam ko ek )

Bau semerbak harum.Dengan pantas baca bismillah,ambil sudu garfu.Dalam masa nak suap ke mulut tiba tiba.... jeng jeng jeng ... creeettttt..crett sudu n nasi kena berak burung daaa ... So nasi n lauk dah superb.Bau mmg garenti jilat siku ( cuba la buat kalau dapat ;p ) tup2 berada ditempat yg salah ( yg salah burung ke balak b? ).Aku dah buat cerita panjang lebar.kalau tak faham lagi tinggalkan comment.nanti aku bt cerita lain yerr...

Sorry yer super duper general n hana.Tetiba TERupload gambar u'll masak.Hahahahaha

Maaf.Satu kata yang mudah disebut tapi sukar diiucap.Kekadang aku heran kenapa susah sangat nak mengaku salah? Atau mungkin kenapa tak nak mengalah untuk mengelakkan perbalahan berpanjangan.Bukan kah tgn yg menghulur itu lebih baik dan mulia dari tgn yg menerima.Salahkah kiranya jika tgn dihulur dahulu memohon kemaafan?

Atau harga ukhwah dan persahabatan itu lebih murah kiranya jika dibandingkan dengan sepatah ucapan maaf?Ni yg tetiba aku rasa nak bertukar jadi kaum hawa ni. ( ye la diorg kan selalu membebel.ekekekeekeke )



Aku heran.Syawal ni budaya maaf pun semakin dilupakan.Sering kita dengar , woi , aku minta maaf la.0-0 la,Kita buka buku baru la.Kenapa yer kena jadi macam ni?Mana adab yg selama ini kita junjung dan sanjung?Aku berkunjung ke Singapura.Terkejut melihat anak2 sedara sepupuku bersubang bertindik (lelaki) seksi meksi (perempuan).Fuh.Dah la belah mak aku ni mmg ginetik putih gebu ( kecuali aku yer..gelap pekat.terkenan sapa tah...huhuhuhu ).

Terjojol jugak la bijik mata.Rambut aku tgk memerang pun surrender kalau pertandingan rambut inter galaksi.Pastu main salam sekali lalu jer.Siap petik jari buat gaya swoosh la , apa jadah haram lagi la.NI ke cara bermaaf2an?

Yer kekadang aku tau aku ketinggalan zaman.Janji mesej tu sampai.Apa ada hal kan.Zaman dah maju.Aku yg hidup zaman batu ni mana la faham.Tapi tu la.Sekarang bahasa pun main short form.Baju pun dah short cut.Semua nyer short sana short sini.

Satu hari nanti apa yg tinggal pada peradaban kita?Apa akan jadi pada budaya dan adat kita?Kalau rimau n tenuk tu bila dah pupus leh gak kita awet tgk kat muzium.Tapi kalau adat n sopan tuh camner?Lu pk la sendiri ( influence bahasa sekarang ;p )



Erk?Apa aku merapek ni.Bla bla bla.Haaa...Aku berkenan sgt dengan cara minta maaf yg mana org yg lebih tua duduk atas kerusi@ berhadapan bersimpuh/bersila n yg muda salam cium tgn.Sambil tu kuar la bahasa bunga2 sikit ( mood sadis buka lagu kitaro ) pastu peluk cium.Fuhh mmg touching la.Siap meleleh air mata.

Tapi sekarang lebih berharap untuk dapat duit raya.Apa cerita?Satu hari nanti hilang semua santun n tatasusila.Tetiba rasa sedih takut2 kalau Syawal hadapan , dapat lagi aku kucup tgn org tua aku.Allah,kurniakan kesihatan dan kesejahteraan org tua ku.So dengan kata maaf dan kemaafan tu maka suci la diri kita ibarat kain putih.

Kaffan pula aku ideologikan sebagai kain putih yg membalut badan kita.Setelah roh dikeluarkan oleh malaikan pencabut nyawa,maka bercerai la jasad dan nyawa.Atau dalam erti kata lain kematian.Maka terputusla hubungan antara si mati dengan dunia fana kecuali 3 perkara

.Mayb korg pelik kan kenapa aku kaitkan semua ni.Sebab ini la aku.Ideologi aku.Memandang sesuatu yang nothing menjadi something.Bagi aku hidup ini mesti mempunyai sebab dan bermatlamat.Dan setiap perkara,perkataan atau apa sahaja yg berlaku , ada disekeliling ini mesti ada sebab konkrit dan penjelasan yang sering kali kita terlepas pandang



So kesimpulannya kemaafan dan perkataan maaf itu sgt penting dalam hidup kita.Cara kita dan tujuan kita meminta maaf itu juga salah satu dari seni yang perlu kita pelihara dan pertahankan.

Dan semoga korang dapat mengambil sesuatu , mendapatkan sesuatu dari pembacaan korg ni.Dan ini pemikiran aku.Kalau ada yg salah tolong tegur2 yer.Dan kata maaf dihulurkan ;p

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahwa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Ruh orang mati itu tergantung dengan hutangnya sampai hutang itu diselesaikan untuknya." Riwayat Ahmad dan Tirmidzi. Hadis hasan menurut Tirmidzi.


Secangkir idea , luahan kata

Related Posts with Thumbnails