Saturday, May 1, 2010

Ular !!!

Assalamualaikum n selamat sejahtera pada semua.Hari ni aku akan berbalik kepada jalan yg benar ( tujuan utama menulis blog ini ;P ) Aku berkongsi secebis ilmu yang tak seberapa untuk di jadikan renungan dan panduan bersama.Ye la tugas khalifah kan menyampaikan n menyebarkan ilmu yang ada di saling mengingatkan antara satu sama lain.Mayb nukilan kali ini amat membosankan tapi plz plz plz ;D ia satu info yang amat berguna kepada kita.

Ular , 4 sure ramai yang memberi sejuta ekspresi.Takut,geli dan macam2 lagi.Aku kalau jumpa ular pun kus semangat , cemas gak.Ye la sapa yang tak gabra jumpa ular kan?Even ular getah tuh pun boleh buat somebody kena heart attack.Teringat aku kat mama.Waktu tuh aku kecik lagi.Aku simpan ular getah kat dalam laci.Org tua tu boleh la buka laci aku.Dan apa lagi sampai serak suara n tak cukup tanah beliau berlari.hahahahah.Msg2 tercengang n terlopong tak tau letak duduk perkara sebenar.Mama , abg minta maaf.Tu la lain kali jgn buka laci tanpa izin tau.Hehehehehehe

Berbalik ke pangkal jalan , nampak jer ular mesti kita kata ular ni jahat.Entah bila la ular ni jadi simbol kejahatan.Kesian dia kan.Nampak jer ular kita mesti cuba nak bunuh@diam terkaku sebab panik.Buat pengetahuan di Malaysia ada 141 jenis ular yang dikesan sama ada di laut mahupun di daratan.Dan hanya 16 jenis berhabitat di daratan dan 21 jenis yang bermukim di laut dikenal pasti sebagai berbisa.So kesimpulannya tak semua ular mempunyai bisa kan.

Macam mana kita nak kenal ular tu berbisa@tak??Ular berbisa mesti lah ada taring kan.Taring ular terdapat 2 jenis iaitu yang boleh digerakkan ( eg ular kapak) dan yang berkedudukan tetap (eg ular tedung ).Dan di taring pula ada jenis beralur ( Elapidae ) dan ada pula jenis seperti jarum ( Viperidae ) .Tujuannya hanya satu iaitu jadi vampire.Benamkan taring n suntik bisa .( Kira vampire baik sikit la coz dia tak suntik bisa kan kan kan :) )

Kat mana bisa@racun ular?Ia terletak d kelenjar kiri dan kanan pipi dan duktus adalah compartment yang mengalirkan bisa@racun tersebut ke taring.Normally ular boleh mengawal berapa banyak bisa@racun yang nak disuntik pada sesuatu.
Ok.Sabar yer pembaca.Teruskan pembacaan kerana sesungguhnya sabar itu separuh dari iman ;) . Normally bisa ular terdapat bahan2 racun haemotoksin ( bkn hameo hameo tau!!!) neurotoksin n myotoksin.Senang kata semua ni toksin la.Terbelit2 gak lidah nak menyebut.N Ada juga sejenis enzim yang dipanggil hyalurondase yang bertujuan untuk menyebarkan bisa melalui saluran darah.

Elapidae normally terdapat dalam golongan keluarga ular jenis Katam Tebu , Katam Belang , Katam Merah ,Matahari , Pantai Belang , Pantai Bintik , Pantai Bintik Kecil , Tedung Hitam dan Tedung selar.Banyakkan!!!Keluarga ini sangat2 la berbisa dan berbahaya pada manusia.Racun spesis ini bertindak pada saraf manusia.Aku senaraikan tanda2 keracunan bisa ular spesis nih k.Yg biasa kita jumpa masa outdoor mahupun kat belakang rumah kita :



Jenis tedung



- Sakit kat tempat kena love bite dalam ½ jam
- Membengkak selepas 1 jam kena love bite
- Lemah2 badan
- Air liur keluar berlebihan
- Mengantuk
- Lumpuh otot muka ,bibir dan lidah serta saluran pernafasan
- Tekanan daran turun
- Pandangan jad kabur
- Mata kuyu
- Sawan
- Badan berpeluh
- Komplikasi kardiovaskular
- Sakit yg amat kat perut

Jenis Katam Tebu



- normaly tak tinggalkan kesakitan yg teruk
- takde kesan bengkak@perubahan warna kulit kat tempat dipatuk
- Yg lain sama jer macam kena lovebite cik tedung ;D

Jenis Matahari



- Sakit kat tempat kena patuk
- Kudia di tempat patukkan
- Gangguan prnafasan

Banyak lagi nak disenaraikan tapi secara dasarnya inilah tanda2 keracunan di patuk ular berbisa ( bukan keracunan makanan tau ;p ) . Keracunan yg teruk dapat dikenal pasti dengan tanda2 toksin saraf dalama masa 1 jam.

Haaa.Mesti korg dah cuak kan.Tapi jangan risau.Sesungguhnya ajal maut jodoh pertemuan itu kat tgn tuhan kan.Ajal maut ada kena mengana n yg satu lagi tu errrrr…. ;D . Ok2.Berenti merapek.Ular takkan menyerang manusia.Actually ular n binatang takut ngan manusia.Masalahnya Kita ni yang selalu buat mahluk ular ni terkejut ( atau sama2 terkejut ) , pijak@terpijak tempat mahluk ni tgh landing.Mana tak nak mahluk ni melenting kan kan kan.Bayangkan korg tgh syok layan jiwang baring2 tetiba kena pijak.Kalau kecil molek cam wani tuh kira 50 50 la tapi kalau besar bagak cam errrr….. tuuuuuttttttt haaa.cam ner??So kesimpulannya kita harus sentiasa berjaga2.Alert dengan tempat yg kita pergi.

Selain tu ular suka tempat yg sejuk dan lembab.Terlindung dari pacaran matahari.So kita jgn la cari pasal masukkan tgn kat celah2 batu ke , bawah tunggul kayu ker atau lubabg2.Tu cari nahas namanya.Lagi satu , bila kita nampak ular tengah tidur n berehat , jangan la kita bantai kejut dia.Biasanya ular terkejut dan akan mematuk.Sapa yang susah.Kita jugak kan.

N katakan la terserempak ngan ular , cakkkk … haaa ,apa yg perlu kita buat.Jangan sesekali cuba mengancam.Relaks n cool sentiasa cam aku.Ahaks.Normally ular akan berlalu cam tu jer.Petua ni juga boleh digunakan di laut kerana ular laut kurang agresif tapi sgt2 , diulang sgt2 berbisa.Ular berbisa juga biasanya aktif di waktu malam yang panas.So tingkatkan kewaspadaan kita semasa berjalan malam yer.

Bagi yg berkhemah.Tolong bersihkan kawasan sekeliling khemah anda dari sampah sarap , batu dan kayu.Jangan sesekali tidur di luar khemah kerana badan anda yg hangat tuh bisa membuatkan ular kapak tertarik.Makanan yg tak habis tanam jauh2 kerana bila ada makanan maknanya ada tikus.Bila ada tikus sudah tentu miss underworld snake akan datang kan kan kan

Penat dah aku tulis nih.Lastly apa tidakan kita bila dpatuk ular?? Cuba bunuh ular bagi tujuan untuk mendapatkan antivenin bisa ular tersebut.Tapi jangan la korg p bantai ular tuh sejam lebih.Kesian kat member yang kena patuk.Berilah rawatan awal pada mangsa.N maku sure , bunuh2 gak.Tapi keselamatan didahulukan.Kang bertambah sorg lagi mangsa.Cara paling tipikal bunuh ular , ambil buluh panjang dan pukul kepala tapi jgn sampai hancur.Coz dari kepala kita boleh kenal ular tuh ( eg keluarga viperidae yg kepalanya berbentuk segitiga ( ular kapak ) ).Katakan la korg tak berjaya bunuh ular tuh.Ingat corak , bentuk dan warna ular tu.Ia akan menolong untuk mendapatkan antivenin d hospital nanti.N peringatan , even ular dah mati tapi bisanya masih boleh tersuntik ke tubuh dan amat membahayakan.So jgn buat main ular mati yer.

Antivenin antivenin.Apa benda alah tu?Antivenin adalah dadah yang diproses khas dari bisa ular bagi digunakan sebagai antidot kepada gigitan ular.Setiap jenis ular membawa antivenin berbeza.Namun ada sejenis antivenin yg dipanggil Polivalent yg mana ia boleh digunakan untuk merawat semua jenis bisa ular.So pas kena patuk ngan ular , marilah kita g hospital yer.Wajib nih tau!!!Bukan cobaan.

Bila dipatuk ular , kita kena la tenang n relaks.Semakin kita gabra n cemas semakin cepat degupan jantung kita dan semakin pantas bisa ular menular.So bertenang la ye.Lagi satu,bila dipatuk ular , korg bukan tau pun ular tu berbisa ke tak.So kalau tak berbisa buat penat jer cemas kan.Even kalau ular tu berbisa sekalipun belum tentu ular tu berjaya menyuntikkan bisa.Pengesahan keracunan bisa hanya boleh dibuat bila timbulnya gejala2 spt di atas.Ok.Langkah berikut
- Baringkan mangsa
- Pastikan bahagian yg dipatuk tidak digerakan bagi mencegah racun tersebar dengan lebih meluas
- Balut kawasan yg digigit ( gunakan splint )
- Bawa magsa ke hospital terdekat
Kita tgk kat tv biasa org sedut tempat dipatuk untuk menguluarkan bisa.Percaya lah ia satu tidakan yg kurang bijak.Racun yg keluar tak sampai pun 40% dan katakan la korg punya gigi berlubang@ulser.Bisa tuh boleh lalu melalui saluran darah n sesungguhnya mulut itu sgt dekat dengan otak dan bisa tu bila2 maa boleh menyahfungsikan otak kita.So cara lain yg lebih praktikel adalh hiris bahagian yg terkena patukkan dan biarkan darah yg bercampur dengan bisa mengalir keluar dan kemudian ikat dan berhentikan darah.Bawa ke hospital sesegera mungkin.Kalau nak sedut sekalipun guna cara selain dari mulut.pam vakum ker apa ker.Dah.Penat dah nak tulis.Sambung lain kali pasal ular paling berbisa n kedudukan topografi dan geografi ular.Thanks dan tahniah berjaya menghabiskan pembacaan.Hahahahahaha.





Secangkir idea , luahan kata

1 comment:

  1. Gambar ular katam tebu yg anda pamer tu salah... ular yg terpamer tersebut ialah ular mangrove atau tiong. Ular nie mmg berbisa tetapi tidak membunuh. Agresif waktu malam dan gemar tidur atau berehat membuat relung badan di dahan pokok redup di tepi hutan berair sebelah siang.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails