Sunday, September 12, 2010

Kemaafan

Salam Syawal buat semua pembaca setia ( budget ada peminat blog la ;p ) .Setelah diam diam sepi membisu melukut di tepi tempayan . akhirnya aku kembali mencoretkan sebuah kisah ttg ideologi dan pemikiran.Tentang pandangan dan pemerhatian.Tentang aku dan dia.Dan tentang sebelum aku merapek meraban taak tentu pasal ;p

Ok2.Back to topic plzzz....Sempena kemuliaan Ramadhan Mubarrak yang baru berlepas pergi dan kedatangan Syawal yang menceriakan hari ini , aku ingin mengupas sebuah perkataan iaitu kemaafan.

Tetiba aku terfikir gabungan perkataan kemas , maaf dan kaffan.Apa itu kemas?Apa punya bingai la kemas pun tak tau.Kemas rumah,kemas bilik.Budak darjah satu pun boleh jawab tau.Hahahahaha...Ok,fine ( touching sob...sob....sob ) .



Kemas bagi ku adalah persiapan memperkemaskan diri menghadap sesuatu yg dikejar.Kalau nak jumpa awek/balak@isteri/suami mestilah kemas2 kan apa yg patut.Sembur itu dan ini kan.Kalau nak p kerja pun sama.Macam tu gak kalau nak minta kerja.Apatah lagi kalau buat kerja ( noob ) ;p ...

so dalam masa kita memperkemaskan diri tu mesti ada yg cacat dan cela.Mana ada manusia sempurna . ( Butang tak kancing la,zip terlupa tutup la) So dalam kekemasan itu ada cacatnya yang secara langsung atau tidak , akan mmberi impak kepada sesuatu yang kita kena mengadap selepas itu.Pening kot ayat ni.So kita permudahkan

.Awek H nak masak buat Balak B.Masak plak dengan penuh kasih sayang dan khusyuk lagi tawadduk.Dah siap masak,bungkus siap2 n bertemulah mereka di bawah sinaran lampu jalan.Balak B pun dengan penuh bernafsu dan dengan rakusnya membuka....Membuka tupperware yang di bekalkan tadi.Pergh , sekali ayam kurma n nasi tomato la beb ( untung aku dapat bakal bini cam ko ek )

Bau semerbak harum.Dengan pantas baca bismillah,ambil sudu garfu.Dalam masa nak suap ke mulut tiba tiba.... jeng jeng jeng ... creeettttt..crett sudu n nasi kena berak burung daaa ... So nasi n lauk dah superb.Bau mmg garenti jilat siku ( cuba la buat kalau dapat ;p ) tup2 berada ditempat yg salah ( yg salah burung ke balak b? ).Aku dah buat cerita panjang lebar.kalau tak faham lagi tinggalkan comment.nanti aku bt cerita lain yerr...

Sorry yer super duper general n hana.Tetiba TERupload gambar u'll masak.Hahahahaha

Maaf.Satu kata yang mudah disebut tapi sukar diiucap.Kekadang aku heran kenapa susah sangat nak mengaku salah? Atau mungkin kenapa tak nak mengalah untuk mengelakkan perbalahan berpanjangan.Bukan kah tgn yg menghulur itu lebih baik dan mulia dari tgn yg menerima.Salahkah kiranya jika tgn dihulur dahulu memohon kemaafan?

Atau harga ukhwah dan persahabatan itu lebih murah kiranya jika dibandingkan dengan sepatah ucapan maaf?Ni yg tetiba aku rasa nak bertukar jadi kaum hawa ni. ( ye la diorg kan selalu membebel.ekekekeekeke )



Aku heran.Syawal ni budaya maaf pun semakin dilupakan.Sering kita dengar , woi , aku minta maaf la.0-0 la,Kita buka buku baru la.Kenapa yer kena jadi macam ni?Mana adab yg selama ini kita junjung dan sanjung?Aku berkunjung ke Singapura.Terkejut melihat anak2 sedara sepupuku bersubang bertindik (lelaki) seksi meksi (perempuan).Fuh.Dah la belah mak aku ni mmg ginetik putih gebu ( kecuali aku yer..gelap pekat.terkenan sapa tah...huhuhuhu ).

Terjojol jugak la bijik mata.Rambut aku tgk memerang pun surrender kalau pertandingan rambut inter galaksi.Pastu main salam sekali lalu jer.Siap petik jari buat gaya swoosh la , apa jadah haram lagi la.NI ke cara bermaaf2an?

Yer kekadang aku tau aku ketinggalan zaman.Janji mesej tu sampai.Apa ada hal kan.Zaman dah maju.Aku yg hidup zaman batu ni mana la faham.Tapi tu la.Sekarang bahasa pun main short form.Baju pun dah short cut.Semua nyer short sana short sini.

Satu hari nanti apa yg tinggal pada peradaban kita?Apa akan jadi pada budaya dan adat kita?Kalau rimau n tenuk tu bila dah pupus leh gak kita awet tgk kat muzium.Tapi kalau adat n sopan tuh camner?Lu pk la sendiri ( influence bahasa sekarang ;p )



Erk?Apa aku merapek ni.Bla bla bla.Haaa...Aku berkenan sgt dengan cara minta maaf yg mana org yg lebih tua duduk atas kerusi@ berhadapan bersimpuh/bersila n yg muda salam cium tgn.Sambil tu kuar la bahasa bunga2 sikit ( mood sadis buka lagu kitaro ) pastu peluk cium.Fuhh mmg touching la.Siap meleleh air mata.

Tapi sekarang lebih berharap untuk dapat duit raya.Apa cerita?Satu hari nanti hilang semua santun n tatasusila.Tetiba rasa sedih takut2 kalau Syawal hadapan , dapat lagi aku kucup tgn org tua aku.Allah,kurniakan kesihatan dan kesejahteraan org tua ku.So dengan kata maaf dan kemaafan tu maka suci la diri kita ibarat kain putih.

Kaffan pula aku ideologikan sebagai kain putih yg membalut badan kita.Setelah roh dikeluarkan oleh malaikan pencabut nyawa,maka bercerai la jasad dan nyawa.Atau dalam erti kata lain kematian.Maka terputusla hubungan antara si mati dengan dunia fana kecuali 3 perkara

.Mayb korg pelik kan kenapa aku kaitkan semua ni.Sebab ini la aku.Ideologi aku.Memandang sesuatu yang nothing menjadi something.Bagi aku hidup ini mesti mempunyai sebab dan bermatlamat.Dan setiap perkara,perkataan atau apa sahaja yg berlaku , ada disekeliling ini mesti ada sebab konkrit dan penjelasan yang sering kali kita terlepas pandang



So kesimpulannya kemaafan dan perkataan maaf itu sgt penting dalam hidup kita.Cara kita dan tujuan kita meminta maaf itu juga salah satu dari seni yang perlu kita pelihara dan pertahankan.

Dan semoga korang dapat mengambil sesuatu , mendapatkan sesuatu dari pembacaan korg ni.Dan ini pemikiran aku.Kalau ada yg salah tolong tegur2 yer.Dan kata maaf dihulurkan ;p

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahwa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Ruh orang mati itu tergantung dengan hutangnya sampai hutang itu diselesaikan untuknya." Riwayat Ahmad dan Tirmidzi. Hadis hasan menurut Tirmidzi.


Secangkir idea , luahan kata

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails