Wednesday, July 7, 2010

Paraguay Vs Belanda

Erm.Terasa penat menunggu di McD bersama adik tersayang.Melayankan karenah seorang adik ingin menonton siaran langsung piala dunia bersama mereka yang bersorak sorai meraikan kemenangan pasukan masing2.Merasai sorak sorai pabila gawang dibocori dan bila pengadil meniup wisel menandakan permainan diberhentikan atas faktor tertentu.( Yang wajib 4 kali.Perlawanan bermula , rehat separuh masa , permulaan masa kedua dan penamat ;D )

Tetiba aku terfikir kenapa manusia sanggup menunggu sedemikian lama , malah semasa waktu perlawanan khusyuk menumpukan perhatian sepanjang 90 minit masa perlawanan.Malah ada yang sanggup tidak engelipkan mata semata2 kerana curiga terlepas aksi menarik.Menahan panggilan jamban sehingga wisel dibunyikan pun ada.Betapa hebatnya kuasa piala dunia umumnya dan bola sepak khususnya ( Atau terbalik ;D )

Tapi bila difikir2 kembali berbaloi ke semua ni?Apa keseronokkan yang di dapati.Sorak sorai riang tawa kutuk mengutuk.Erm Seronok la kot ( Agaknya sebab aku tak minat sangat tgk bola.Tapi g tgk gak kalau ada yg ajak ;p ). Seketika aku terfikir kenapa ye?
Adakah ini semua prpaganda kerana untuk melalaikan?Majoriti ( aku boleh katakan termasuk aku ;p ) sanggup menunggu perlawanan di awal pagi dah sudah tentu habisnya sipi2 lagi azan Subuh berkumandang.Tapi kenapa la di hari kebanyakkan susah sangat nak bangun malam untuk solat sunat?

Apa gunanya solat sunat?Haa...aku bukan ahli fatwa,ulama jauh lagi manusia alim.Tapi tak salah rasanya pendosa ( ada ke istilah ni???Takpe aku gunakan kerana aku ni banyak berbuat dosa `^` ) seperti aku memberi sepatah dua pemikiran dari benak aku yang berkarat ini.Memang betul kita tonggang tonggik solat 5 waktu.Tapi sejauh mana kita mampu pastikan bahawa solat kita itu lengkap?Siapa kita untuk menjatuhkan hukum solat itu sah?Aku tak punya kuasa itu dan aku yakin semua yg sedang membaca sekarang pun tak punya kuasa itu.Maka solat sunat ini lah yang digunakan untuk menampal apa yg kurang dalam perkara wajib yang kita lakukan sehari2an.Berapa banyak sangat la yang wajib kita buat kan dalam hidup ni kan.

Aku rasa suasana cukup meriah dan sesak dengan org tika ini.Sampai ada yang sanggup behimpit2 memenuhkan ruang sehingga rapat dan padat.Waktu ini tidak mengira sapa hitam dan sapa cerah , sapa wangi dan sapa masam.Lutut bertemu lutut,bahu berlaga bahu.Tapi kenapa nyer perkara ni tak dipraktikkan tika solat waktu.Alangkah baiknya kalau kita mampu ( istilah mampu tak sesuai digunakan rasanya ) berduyun2 ke tempat ibadah tika muazzin melaungkan azan.Atau paling tidak kita mampu sampai ke masjid sebelum azan pertama tika solat Jumaat.Untuk mendengar khatib bkhutbah,nasihat dan kesedaran tanpa tersengguk2 menhan kantuk.Tanpa terlelap sepicing pun.Penuh khusyuk dan tawadduk

Dan sejenak aku terdengar suara seorang kanak2 kecil disebelah meja aku.Ronaldo tu kuat.Hebat giler.Mesti menang la.Siap pakai baju Brazil lagi.Aku tersenyum.Dalam hatiku mengatakan dik,malam ni semifinal.Rasanya Brazil dah terkeluar dah.Malam ni Uruguay lawan Netherland.Tetiba aku terdiam.Ku jeling jam di hadapan ku ( aku bila menaip aku akan tanggalkan jam dan letak di sebalah kanan laptop,walhal kat skrin pun ada jam kan.Heheheheh.Tabiat ).2.23 minit pagi.Pukul berapa budak ni nak tido.Dah masuk Rabu dan tak sekolah ker budak nih.Tapi cam sweet jer 1 family berkumpul buat aktiviti sesama.Mungkin bagi aku masa dan situasi yang kurang kena mengikut pandangan dan pemikiran cetekku.

Tetiba terlintas.Budak sekecil ini boleh tau pasal Ronaldo.Boleh tau Brazil n siap boleh sebut beberapa player Brazil ( yg aku sendiri kurang jelas.AKu hidup zaman apa ni??? ).Hebat.Tetapi taukah budak in akan Asma Allah?Hafalkah akan 25 Rasul2 Allah?Bagaimana pula dengan ayah dan maknya?Teringat aku kat budak2 zaman sekarang ( termasuk org tua yang berperangai budak2 ) yang lebih kenal akan Naruto,Sasuke,Jiraya,Tsunade,Sakura,One Piece,Bleach,CSI,Prison dan yang sewaktu dengannya la ( nampak sangat aku pun sama ;p ) dari kisah2 para nabi dan rasul.Apatah lagi sahabat2 tabii tabiin.Aku sendiri lebih banyak membaca buku2 karya Ramlee Awang Murshid,JK Rowling,Stephanie Meyer n entah sapa2 entah lagi dari sejarah dan salasilah Islam dan sewaktu dengannya( Betapa khilafnya aku dalam kehidupan ini )

Tetiba terasa kecil.Aku berhentikan setakat ini dahulu.Insyallah jika diberi keizinan aku akan terus mnarikan jari2 ini di papan kekunci menghasilkan nukilan demi nukilan.Jika diberi keizinan serta ilham serta idea untuk menyambung kata menyulam bicara.Insyallah

Secangkir idea , luhan kata

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails