Friday, April 30, 2010

Sepi seorang perindu ;)

Sunyi

Adakah sunyi itu satu yang menyesakkan?Adakah sunyi sesuatu yang mendamaikan???Tpulang kepada individu untuk penafsiran.Sebab sekarang ni aku terasa sunyi walaupun dalam hirup pikuk manusia pelbagai ragam kat Mcd ni ;) Hp aku pun dah tak berbunyi.Terdiam sepi.Sunyi tergeletek di meja kiri.Ayat puitis kalah pujangga nih.Hehehehehehe

Mesti kita pernah rasa sunyi kan.Sekarang ni aku rasa sunyi yang mendamaikan dan juga sunyi yang menyesakkan.Damai kerana aku mampu bertenang n menenggelamkan hiruk pikuk manusia di sini.Tenggelam dalam emosi untuk menarikan jemari menyulam perkataan menghasilkan rentetan demi rentetan.Bait demi bait dan perenggan demi perenggan

Dan aku terasa sunyi yang menyesakkan kerana kala ini aku keseoragan kerana setiap meja punya teman berbicara dan bergelak tawa sedangkan aku karam dalam khayalan ku.Tapi bagus gak.Kesian pembaca kalau aku dah tak tulis nukilan2 ku kan.Hehehehehe.

Malam ni mood blues sikit.Lari dari corak penulisan aku sebelum nih.Tak pe la.Sekali sekala kita tenggelam bersama2 dalam emosi aku k.Aku sering kali cuba untuk mencari ketenagan.Lari dari hiruk pikuk kota yang menyesakkan.Lari dari tekanan kerja yang tak pernah sudah.Pergi sejauh mungkin membawa diri bagi mencari erti ketenangan.Bukan lari dari masalah tapi cuba untuk berehat seketika dari semua itu.

Namun setiap tempat yang aku pergi menimbulkan satu lagi persoalan dalam hidup.Kenapa perlu bersendiri.Berpuluh tahun menempuh ranjau hidup bersendiri.Tidak puas lagi kah?Kenapa perlu menjadikan diri sebeku dan sebejat mungkin?Kenapa perlu mentup hati serapat-rapatnya?Atau aku terlalu takut untuk mempercayai seorang teman?

Aku sendiri tak punya jawapan untuk itu.Mungkin sedar kekurangan diri yang maha melampau menjadikan diri sebegini.Mungkin kerana kekangan masa yang begitu suntuk membuatkan aku tetap begini.Atau mungkin kerana prinsip diri yang tetap membuatkan aku sebegini.Segalanya penuh ngan kemungkinan dan kemungkinan.

Siapakah sebenarnya diriku?Apakah tujuan aku diciptakan di bumi Allah ini?Kemana akhirnya perjalanan hidupku?Di manakah tempatku ini satu hari nanti?Adakah aku perlu terus begini?Perlukah membuat satu anjakan paradigma dalam diriku?Persoalan demi persolan menyesakkan benakku.Persoalan yang entah apa jawapannya.Tak mampu untuk aku jawab.

Aku bermain dengan sepi dan sepi merupakan teman sejati dalam hidupku.Sepi yang tak bertepi.Yang tidak pernah lelah dan tak mengenal erti bosan menemankan ku.Dan aku harap satu hari nanti aku dapat menjawab soalan2 d benak ini sebelum aku menjawab soalan2 di kubur dan akhirat nanti.Harapn supaya puzzle ini mampu kuselesaikan sebelum munkar dan nagkir menambahkan lagi persoalan,sebelum raqib dan atit menjelaskan perbuatan.Moga aku meraih satu nikmat yang tiada tara,dan moga aku mampu membawa tugas khalifahku di dunia.Dan akhirnya moga sepi yang mendamaikan mampu mengusir sepi yang menyesakkan.Mudah2an ……..

Secangkir idea ,luahan bicara

Thursday, April 29, 2010

toing2


Assalamualaikum n selamat sejahtera kepada pembaca…Topik lepas kita cakap pasal ular.Kali ni lak kita cakap pasal adik beradik dia gak.Tapi yg dah dimutasikan iaitu pak pacat.Bukan pak pacak yer ;)

Org akan bagi reaksi pelbagai.Alahai pacat , minatang cinonet ni pun nak cuak…..Uiks pacat dol.Mau kering darah dihisapnyer nih.Bahaya2….Kalau korg nak tau , pacat nilah adik beradik pada draco malfoy , e’eh, silap2 , daracula @ dalam versi germannya raja bersiung.



Tapi tak kira la macam mana pun keturunannya si pacat macat nih tapi aku pun kekadang seram gak.Pengalaman aku tgk ( bukan kena yer ;p) sorg budak ( pembetulan , awek yg tak berapa cun dah sebab terjerit2 cam gorila ) Pandu Puteri kena 29 ekor pacat kat seluruh badan dia.Mangaii!!!Kalau aku kena pun gila fobia nih.Kalau kita kaum adam tak ler susah sgt coz tak banyak baju yg kita pakai kan.Kena kaum2 gorilaz hawa,haaaa…

Ok.Direct to da point , camner nak elakkan pacat ? Aku cerita dari pengalaman yg aku kutip sepanjang kehidupan aku.Dolu2 aku b4 pergi bawak bygon ( spray ala shieldtox tapi bau lagi tak harum n tak semerbak la).Kira b4 g tacking@hiking aku spray kat baju,suar,kasut,stokin n sikit lagi nak mandi bygon la.Tapi bau mmg takleh tahan.Hasilnya memberangsangkan.Tapi ada masalah.Bagi yg kulit halus mulus bak kupasan bawang tak cukup umur tuh , akan gatal.Gatal tak ingat nyer !!!

So apa yg aku buat ?? Sembur sehari b4 g kem@ekspedisi.So ada masa untuk kering n bau dah kurang sikit.Masalah gatal2 dah takde kecuali gatal nak ngorat awekssss….ekekekekeke.Tapi bila masuk sungai@ selut , masalah gatal yg sebenar ( bukan gatal lelaki macho yerr !!! ) berulang kembali.Tragedi gatal!!

So bab gatal menggatal ni aku mmg failed.Dari kecik sampai beso.Huhuhuhuhu.So aku pun tanya org lama2 apasal diorg selamber jer kerja kat sawah tapi sekor pacat@lintah pun tak lekat???Aku baru 5 minit dah segala macam binatang datang dekat.So aku diberi minum satu air.Tgk air cam air ada kuning2 sikit.Aku hidu , nauzubillah bau dia.Sikit lagi macam amonia!!! Masa tuh dah berbelah bagi nak minum ke tak nak.Tapi bila tgk otai2 nih tgk sambil senyum sinis siap perli2,mana tahan beb.Gua minum sekali , muntah seratus kali kot. Hahahahaha. Haru!!!

Kalau korg nak tau , minuman yg aku minum tuh dari rebusan pokok patawali@protowali.Pokoknyer menggerutu n menjalar ala2 pokok lada hitam.Pergh pahit tak ingat nyer.Seminggu tekak rasa pahit tau.Tak lalu makan.Mula la kawan2 perli mandi tak kenyang , tido tak basah.Tak tau aku telan sebalang gula pun rasa pahit.Dan kalau dijadikan amalan , mmg ternyata nyamuk pun tak nak gigit coz dikatakan darah kita tuh pahit.Mmg betul pun.Aku luka kat dalam mulut n darah aku tuh rasa pahit yg amat.Meludah jer kerja aku.Buang darah.Dah cam perempuan lak buang2 darah ni kan.Ekekekekeke ( Tambah mengamok la bebudak wani,fatimah,iqa n faten nih.Hijau dah tuhhhh!!! )

Ada petua lain yg aku cilok entah dari mana2 tapi boleh dipercayai.Kalau cam askar tuh diorg ada sejenis pil yg mana pil tuh boleh jadikan darah diorg pahit.Konsep yg sama kan.Cuma method berbeza coz diorg moden.Dah pakai pil.N ada juga sesetengah org minum air rebusan kulit langsat.Yg ni pun mmg berkesan n dah di sah kan oleh aku.Ekekekekekeke.N yg aku tak pernah cuba , stokin pacat sebab aku tak pernah jumpa.So takde review pasal stokin ni ;)

So cara mencegah kita dah kupas.Now kita sembang2 pasal kenapa kalau pacat gigit , darah susah nak berenti.Haaa.Korg pernah tgk pacat kat mikroskop???Horror giler.Gigi dia banyak nak mampos n tajam2.Hahahahaha.Ada org kata bila pacat gigit , kalau kita tarik secara paksa , taring dia tertinggal.N taring ni yg buatkan darah taknak berenti.

Tapi pendapat aku lak,kehadiran bahan kimia dari cium mulot pacat menyebabkan badan kita tak dpt menghasilkan fibrinogen so that’s why kita tumpah darah ( ;0) ).N kalau aku aku biar jer darah tuh mengalir coz sesekali kita sedekah.Bukan selalu sedekah darah nih kan.Amal jariah.

Ada petua untuk menghentikan darah , genyeh daun kapal terbang sampai berbuih n letak kat luka.Insyallah darah tuh berhenti.Tapi masalah gak dalam hutan pokok ni tak banyak.Kalau kat kebun n perumahan tuh mmg bersepah2.N ada juga yg letak lumut kerana lumut mampu membaik pulih luka2 kerana hirisan nih.N nak moden sikit kita letak handyplast.Kalau dapat yg tak telus air tuh lagi cun.So kita tutup lubang luka tuh.

N sekarang ni masa kita review.Satu ketika dulu , aku buat main pacat nih.Cucuh guna rokok untuk tanggalkan dia , sula sampai terbalik n bakar.Meletop2 bunyinya.Dulu mmg la gelak2 tapi sekarang ni fikir2 balik kejamnya aku.Menjadi seorang pembunuh.Kejam Kejam.So kalau nak tanggalkan pacat, rasanya tak perlu la cucuh ngan rokok .Ambil tembakau n letak jer kat pacat tuh.Kalau ada air titikkan air tembakau.Tak pun garam ker.Pacat tuh akan tanggal n biarlah.Dia pun nak makan gak kan.Sama2 mencari rezeki.Lagipun kita yg masuk tempat dia.So tak wajar la kalau kita cari pasal kan.

N buat pengguna bygon tuh rasanya kurang2kan la.Salah satu kandungan bygon adalah CFC yg menipiskan lapisan ozon.Sejak ber ”kawan” ;p ngan budak alam sekitar nih padai la sebut CFC la , ozon la.Hehehehehe.N kalau nak guna gak make sure bawak balik botol aerosol tuh.Jgn tinggal cam aku satu ketika dulu.Mencemarkan alam jer.Pasni ni aku berazam nak kutip balik botol2 aerosol yg dah aku tinggalkan ( byk kot!!!!azam jer la kot ;p )

Buat yg terkena ciuman pacat tuh , make sure jgn garu.Mmg gatal tak hingat nyer n kalau garu pergghhhh….Nikmat dia lain macam.Tapi habis la kulit korg yg halus mulus tuh.Kesan parut 4 sure adanyer kalau garu.So buat tgn yg gatal nak menggaru tuh sabar2 lah.Bila malam pakaikan stokin kat tgn .Ekekekekeke. Actually kuku kita ni ada potogen virulen yg mana ia mampu menambah teruk ( bukan menambah baik ) dan tiada perikemanusiaan malah berperibinatangan semata , menerukkan lagi luka@ keadaan.Sejenis agen menularkan kuman@ virus.Tu yg bahaya tuh.So buat sapa yg simpan kuku panjang , potong2 lah yer.( Penyu!!!!!.Ekekekeke )

Mak aih.panjang dah.Time to stop.So amalkan apa2 yg patut n dis topic dedicate 4 Hazwani yg nak tau pasal pacat n 4 sure la takotkan pacat kan.Ekekekekeke.Kalau tak takkan nak tau.Ye tak???

ralat:
actually tajuk ni terpost dulu so pasrah jer la.So tajuk hari ni yg sepatutnya meraban ditunda ke 3 hb may yerrr.Maaf atas kesilapan

Secangkir idea , luahan bicara

Wednesday, April 28, 2010

gagal@berjaya?>?

Sering kali apa yang kita nak dalam hidup tak kesampaian.Acap kali apa yg kita rancangkan tak menjadi.Waktu itu bengang,sedih,marah n macam2 lagi perasaan yang sewaktu dengannya lah berlegar2 dalam diri kita.Tapi kalau difikir2an normal la gagal tuh kan.Abis kalau asyik nak berjaya pun tak best gak ( kerrrr aku sorg jer yang rasa cam nih ?? )

Bagi aku gagal atau berjaya hanya dipisahkan oleh satu garisan yang halus ditengah2.So definisi gagal mahupun berjaya juga sukar untuk ditafsirkan.Di era globalisasi n kemodenan ini kebanyakkan manusia kat luar sana tuh menilai org yang berjaya dari segi berapa mahal kereta yang dia pakai , berapa besar rumah yang dimiliki , berapa banyak kad kredit platinum yang dia ada n semuanya hampir dari sudut meteralistik.

Ad satu kisah di mana benda ni berlaku di rumah aku.Ada seorg tukang kebun yang aku panggil namanya Pak Samad.Selalu jugak la lepak dengan pakcik nih.Banyak kisah2 dia masa muda2 dulu aku korek.Kalau korang nak tau dia ada 9 org anak.Gaji dia cuma 900 hinggit sebulan.Cuba korg bayangkan macam mana dia nak besarkan 9 org anak dengan gaji sebegini kecil???

Tak lama pastuh sorg demi sorg anak Pak Samad nih berjaya melanjutkan pelajaran hingga universiti.Dah alhamdulillah semua anaknya kini memegang jawatan yang boleg dibanggakan dalam sektor pekerjaan.So mayb dari segi kerjaya Pak Samad bukanlah seorg yang memegang jawatan penting tapi dari segi agama dan kehidupan , beliau berjaya mendidik anak menjadi sesuatu.Seolah2 lembu yang bodoh tapi dengan kebodohannya tu menghasilkan susu yang berkhasiat dan mampu memandaikan somebody dari kebodohannya

So kejayaan bukan sekadar diukur melalui material tapi overall.Tak semestinya berjaya menraih ijazah,master mahupun Phd menandakan seseorang tuh dah berjaya.Tak semestinya mempunyao kereta n rumah besar juga dijadikan kayu ukur kejayaan seseorang tuh.Tapi semestinya berbini 4 itu berjaya dari segi lebih dari org lain dan mencukupkan kuota kan kan ;)

Natijahnya semakin selalu kita gagal semakin hampir kita mengecap kejayaan yang kita ingnkan.Jangan kenal erti mengalah dan jangan jadikan apa jua faktor sebagai kekangan kerana setiap kejayaan pasti memerlukan pengorbanan.Buat Fatimah , semoga berjaya mencari jodoh.Buat Hazwani , jangan kenal erti mengalah dan teruskan usaha.Bt Atiqah , jadikan pengalaman lepas sebagai satu cabaran untuk menempuh hari mendatang.Buat adik2 teruskan usaha untuk meraih segulung ijazah.Dan buat semua moga kita berjaya dalam apa jua bidang yang kita ceburi.Jangan takut gagal n mudah2an berjaya di dunia dan akhirat.Amin

Secangkir idea , luahan kata

Tuesday, April 27, 2010

Jiwa Kacau Sikit2 ;p

Setiap org punya naluri dan perasaan.Setiap individu dikurniakan hati dan keinginan.Tidak kira keinginan untuk bersama,keinginan untuk engecap nikmat hidup dan kekayaan,keinginan untuk dikasih dan dicintai n berbilion2 keinginan lagi.Kalau tak takde la kita dimomokan dengan citer2 santa klause , tooth fairy , dan beratus2 cerita dongeng yang ditonyohkan ke teliga waktu kecik2 dulu.Naik cair taik telinga asyik dengar cerita2 tuh tapi kita tetap setia mendegar , mendengar dan mendengar.

Macam aku sekarang ni ,keinginan supaya wifi kat McD Bagi nih berfungsi seperti biasa.huhuhuhu.Ada ke patut aku dtg jauh2 ( macam la jauh sgt dari rumah aku ke McD nih ;p ) tapi tetiba sampai sini wifi tak boleh d acess.Memang sengal tahap gaban la.Ni y terasa tetiba nak jadi manusa hijau ni.grrrrrrr

Berbalik pada tajuk.Setiap yang berlaku ada hikmahnya.Aku selalu gunakan ayat nih pada semua org yang memerlukan khidmat nasihat serta rujukan rumah tangga e’eh silap2.rujukan masalah ;p .Tuhan itu maha adil.Dia takkan bagi sesuatu masalah kalau hambnya tak mampu nak selesaikan masalah yang dipersembahkan dengan segala hormatnya kepada kita.So terpulang kepada kita macam mana kita nak pandang masalah tu.Sama ada pandang suku mata ker , sebelah mata ker mahupun dua2 belah mata.So jangan merungut kerana sesungguhnya ketiadaan wifi ini maka terhasil la satu lagi jurnal buat tadahan mata pembaca.Ekekekekeke.Walhal rasanya dah nak bertukar jadi gigolo ops gorila dah nih.Ish ish asik2 silap taip jerrr ;p Takde mengena diantara hidup dan mati yerrr....

Dan sesungguhnya kita takkan dpat semua benda yang kita nak kan.Nak kawin 4 tapi satu jer yang dapat.Kira ok lah tuh kan dari takde.Nak pakwe/makwe hensem/cun tahap dewa dewi tapi yg macam kelawar gak yang lekat.Takpun sikit lagi nak iras selipar jepun tak cukup sifat.Kira oklah dari yg paras ala2 peti surat rumah nenek angkat kita tuh.So bersyukur la dengan apa yang kita da.Sesungguhnya semua ini adalah satu nikmat yang tiada tara n tolok bandingnya.

Seperti juga admin thebubbleletters yang tak reti penat mencari pelanggan ( ops , mereka ini bukan pegawai perhubungan pelanggan yer ) bagi menjayakan program sulung mereka ( Rasanya dah pecah kepala budak2 ni memikir yang terbaik ) bagi membuktikan kepada MAB Event Management kebolehan dan kecekalan diorg.Sabar lah wani n iqa.Semua itu akan terbalas jika usaha tanpa kenal erti penat,jemu dan tak mengalah diterapkan dalam diri korg.

Begitu juga sekarang ni mereka yang tengah berjuang dengan buku,nota bersengkang mata siang dan malam menelaah last minute ( tu la , lain kali sediakan life jacket sebelum terjun.Ni dah terkapai2 baru nak cari life jacket ;p). Juga sesiapa sahaja yang sedang berjuang meneruskan hidup.Yg gaduh cuba nak berbaik balik,yang tgh berjuang dimedan perang ( sama ada real punya tembak2 atau yang tengah main game tuh ) , yang tengah berusaha bersungguh2 membaca blog ini ( terima kasih daun keladi kat korg jadi pembaca setia ;p) sampai habis.Tak kira apa pun yang berlaku bila kita membuat sesuatu hendaklah hingga ke akhirnya.Jangan mudah mengalah dan jangan ada perkataan give up tu dalam diri kita.

So buat pembaca yang jiwanya tgh kacau tuh bersabarlah.Buat mereka yang sekarang ni tgh mneyumpah2 bila nak habis nukilan ini , bersabarlah.Kerana aku yang handsome ini bakal menghabiskan nukilan ini buat sementara waktu sambil menuggu wifi McD ini berfungsi seperti biasa.Bertenang dan bersabarlah.Buat sesapa yang tersenyum tika ini,teruskan senyuman itu kerana senyuman adalah satu sedekah.N sapa2 yang ketawa tak ingat sekarang ni cover2 la.Nanti pakwe@makwe lalu atau mak@bapak mertua lalu 4 sure korg hampir2 direject.Atau paling tidak pun , org depan korg tempeleng korg laju2 kerana terpaksa pakai payung bagi mengelakkan asid2 saliva menyimbahi diorang.So dengan ini aku yang handsome lagi macho dengan segala hormat dan terhormat mengakhiri nukilan kali ini.Sudi2kan menjulingkan mata bagi membaca hasil nukilan seterusnya.Sesungguhnya yang baik itu datag dari Allah dan yang buruk itu datang dari dalam diri aku sendiri.Wabillahitaufik walhidayah wasallamualaikum waramatullah hiwabarakatuh.chill semua.hahahahahahahaha

Secangkir idea,bingkisan kata

Monday, April 26, 2010

Perkara terindah

Hari2 yang indah diselami benang2 rindu.( Rindu pun ada benang kerr??? ekekekekekeke) Seronoknya rasa hati bila sentiasa rasa gembira n diperlukan.Rasa berguna tanpa digunakan.Sebagai khalifah yang diangkat darjatnya di muka bumi ini.Kata2 indah disulam tawa.

Setiap hari yang berlalu semakin bermakna.Kekadang tercetus senyuman indah di pinggir bibir ( mayb ada org kata aku nih gila senyum sorg2 tapi peduli apa.Senyum tu kan sedekah ;D ) . Bak lagu Datuk M Daud Kilau , senyum lah , senyumlah , ahai cik mek molek ( tang lenggok beliau yg mahal tuh ;D )..

Mesti korg tertanya2 kan.Haaaaa.Teruskan pertanyaan korg tu kerana rahsia tetap rahsia ( mesti thebubbleletters folower bengang sekarang ni terutama Fatimah ;p )Sungguh aku punya sesuatu yg takde selama ini.Sungguh hidup aku terasa begitu bermakna kerana terisi dengan pelbagai aktiviti yg lebih menarik ( dari sebelum2nya ).

Aku pernah bertanya soalan apakah perkara paling menarik yg pernah berlaku dalam hidup kita ( peristiwa berlaku d pantai Klebang dan pantai Puteri bersama org tersayang ;D ) Masing2 punya pelbagai telahan dan pendapat tapi sesungguhnya korg la perkara paling menarik pernah hadir dalam hidup aku.Mengenal erti kasih,sayang dan rindu.Keletah yg pelbagai serta ragam yg menghiburkan.Terima kasih kerana sudi hadir di dalam hidup ini , mewarnakan kanvas yg dahulunya kosong.Calitannya hingga menjadi begitu indah dan beharga.Sgt2 berterima kasih dan budi baik korg mmg takkan terbalas sampai bila.( aku tau ada somebody yg sgt suka perkataan calitan tuh ;) khas buat mu .... )

Hadirnya mereka kerana kem yg dihadiri ( sesungguhnya kem aktiviti luar banyak memberi input yg berguna dan kenangan yg mengusik jiwa ) dan rapatnya mereka setelah kem yg ditinggalakan.Kem yg memberi sejuta kenangan ( credit 2 cik Iqa admin the bubbleletters sebagai pengarah progam , pengurusan KPZ yg memberi sejuta masalah dan MAB Event Management yg menganjurkan program ).Tanpa kem ini aku still berada d takuk lama.Di bawah tempurung lutsinar yg hanya mampu melihat tapi tak mampu menggapai.

Buat pembaca sesungguhnya cubalah menghadiri kem aktiviti luar kerana ada sesuatu yg menunggu.Sungguh kerana pelbagai input,ilmu dan kenangan luar bilik darjah mampu kita grab.Memandang sesuatu dari perspektif berbeza.Menjana mida yg tepu.Mengimarahkan alam.

Buat seseorang , aku mengucapkan zilionnan terima kasih kerana sudi menemankan aku tak kira masa dan keadaan.Sentiasa ada dsisi,menyokong tindakan dan perbuatan aku.Sentiasa ada bersama2 aku.Sentiasa membuatkan aku mempunyai ilham untuk menulis.Sentiasa membuat aku tersenyum dan tak kurang juga tention.Apa pun aku mendoakan yg terbaik buatmu,juga buat pembaca yg setia membaca tanpa jemu.Moga ada sesuatu yg kalian dapat.Sesungguhnya hidup ini satu perjalanan.Semakin jauh kita berjalan semakin luas pemandangan dan semakin banyak pengalaman yg kita dapat.

Secangkir idea,bingkisan kata

Sunday, April 25, 2010

Bendera jepun !!!!

Mitos,lagenda atau hakikat.Mana satu yer???Mesti korg tertanya2 apa la aku nak sampaikan pasal tajuk ni kan.Hehehehehehe.Sebelum korg membaca pastikan korg terdiri dari jantina PEREMPUAN ( bukan setengah suku mahupun tiga suku perempuan ;p ) ,meminati AKTIVITI LASAK , BERFIKIRAN TERBUKA dan BERUMUR 12 TAHUN KE ATAS.ekekekekeke

Kalau aku buat syarat macam2 pun aku percaya ramai jer yg baca ( termasuk lelaki2 macho yg tgh membaca tu sekarang kan ;p ) . Ok Straight dont belok2,actually aku nak bercerita n menyampaikan fakta yg aku cilok dari entah mana2 tah , mengenai bendera jepun !!!! (simbolik tuh bagi bulan2 perempuan ;p)

Bulan2 kaum hawa ni berbeza ngan kaum lelaki yg sentiasa hansome n macho ;p Dalam sebulan mesti jer ada sindrom bendera jepun ni.N aku sering kali terdengar sindrom ni dijadilan alasan untuk bergiat dalam aktiviti aktif.Adakah semua ini benar???Betul tak kaum2 adam di luar sana yg mana kaum hawa nih sering jer menjadikan ini sebagai satu alasan.ekekekekeke

Actualy mereka yang mengatakan bila sindrom hawa ni lemah tak bertenaga n tak boleh lasak2 adalah mitos semata.Lagenda yang salah.Hakikatnya mereka boleh melakukan aktiviti normal mahupun lasak dalam kehidupan seharian.Seperti kata org bijak pandai iaitu pakar perunding Obstetik dan Genekologi,PPUM , Prof Madya Dr Jamiyah Hassan , haid bukan penghalang untuk seseorang wanita melakukan aktiviti lasak

"Wanita bebas untuk melakukan apa sahaja ketika haid. Sama ada mereka ingin bersenam, bersukan atau melakukan aktiviti lasak seperti mendaki gunung dan sebagainya, ia terpulang kepada mereka. "Cuma jika seseorang wanita itu mengalami kitaran haid tidak normal atau mengalami pendarahan yang banyak, maka ia sedikit sebanyak akan mengganggu prestasi wanita berkenaan.

"Namun jika haid mereka normal setiap bulan, ia tidak menjadi masalah ( ehsan dari akhbar kosmo )

Jika sindrom hawa ini normal setiap bulan maka tiada masalah untuk melakukan aktiviti lasak.Even mengikut kajian sains darah yg terkumpul dbahagian vagina dalam bentuk berketul2 adalah satu proses semulajadi dan bukan disebabkan aktiviti lasak.

Even aku selalu dengar ( adik2 kem berkata2 ) bila sindrom nih datang , takde tenaga la,penat la.Tapi ikut kajian hormon yang dirembeskan sewatu 3 peringkat haid mempunyai perbezaan dalam prestasi yg d pamerkan.Faktanya pada :

1st – 13th = estrogen rendah . Bila folikel membesar,estrogen turun meningkat
14th = normally hari pengovulan.banyak horman dibebaskan.Jika tiada pengsenyawaan,progesteron meningkat manakala estrogen turun
Akhir2 = transform ke power rangers.Eeh,silap2.jadi normal cam biasa ;p


Actually ni semua mainan minda.Kita dimomokkan dengan kehilangan darah walhal hakikatnya semua tu normal n still boleh aktif.Kalau tak cuba bayangkan setiap kali sukan besar dunia terpaksa ditangguhkan kerana atlet wanita ( ulang tulis wanita ;p ) tak punya tenaga kerana sindrom hawa ;p ( lelaki alwayz maintain kuat dan sihat.Anak milo katakan ;D ).Bukan ker merapek ker namanya.hahahahaha.Jenuh gak nak menunggu semua ada stamina n kuat n sihat balik kan???
Normaly wanita akan kehilangan +- 80 ml setiap kali sindrom nih berlaku ( terasa pelik lak guna perkataan sindrom ) . Seperti yg kita tahu darah related on zat besi Jadi kehilangan darah bermaksud kehilangan zat besi di dalam badan.So bagi para wanita tambah2 lah zat besi bila sindrom ini berlaku.Mayb makanan seperti ayam,daging n internal organ boleh dipertimbangkan ;D even pengambilan pil vitamin yg punya kandungan zat besi digalakkan.Tapi make sure makan sejam b4 ambil makanan berat n elakkan telur,tahu,kubis,the n susu serta seangkatan dengannya kerana makanan2 ini boleh membuatkan zat besi yg diambil dari pil hilang macam tu jer dicerna oleh perut.
Even should b inilah waktu best bt outdoor.Kenapa????Kaum hawa tak yah terkejar2 nak bersih@sucikan diri untuk solat ( yelah perempuan kan bayak kerja sikit nak siap untuk solat compare ngan lelaki ).Even korg ada banyak masa rehat n bersenang lenang.So banyak advantage n terpulang kepada individu bagaimana dia nak menangani pemikirannya.So renung2kan la yer

Secangkir idea,bingkisan kata

Saturday, April 24, 2010

Adam Vs Hawa

Perempuan sinonim ngan bunga dan air mata manakala lelaki tak dapat dipisahkan dengan bola dan kereta.( ada gak la yang menyongsang arus.kalau tak takde la timbulnya perkataan mat bunga n minah rempit kan kan kan ;D ) Haaa.kali ini kita kupas mengenai tajuk bunga,airmata,bola dan kereta …Ekekekekeke .

Pada dasarnya tajuk ini timbul semasa kami thebubbleletters mebuat satu kerja tak masuk dek akal di mana melepak di 2 pantai pada malam yang sama,menempuh perjalanan penuh ranjau dan onak duri dari Selongor ke Melaka , dengan bersaksikan cahaya bulan hampir purnama dan menantikan xam yang bakal brlangsung pada hari2 berikutnya.Pergh.Ayat skema n bunga2.Dijelaskan di sini bahwasanya aku bukan mat bunga yerrr!!!! ( xpecially ayat ini di dedikasikan buat Hazwani,Atikah dan jua Fatimah yang tengah terkepit2 menahan gelak tuh )

Baiklah , bagi meneruskan bicara kita pada hari ini ( ayat mat skema ) marilah sama2 kita bertafakur dan bersyukur atas apa yang diberikan kepada kita . Ya aku telah mula melalut n meraban.Bukan Marhaban yerr.Ok2.Bunga dan air mata.Kenapa 2 benda alah ini sering dikaitkan oleh kaum yang ganas lagi buas iaitu kaum hawa dan kenapa kereta dan bola tak dapat dipisahkan dari kaum yang tersangat2 lembut hatinya dan sopan.Siapa lagi kalau bukan kaum adamkan kan kan.Hehehehehe

Actually otak budak perempuan dan otang setengah lelaki setengah perempuan nih berbentuk ala2 burger.Hahahahaha.Aku gurau jer.Otak semua sama jer.Perempuan bersifat abstrak.Yang mana kaum ini lebih suka terawang2 ( that’s why hantu perempuan banyak terapung manakala hantu lelaki banyak melompat2 kan kan.eg : lagsuir(hawa) n hantu cina (adam) ;) ) . Suka sesuatu yang tidak nyata.Keharuman bunga yang tidak dapat disentuh menggunakan tgn dan air mata yang selalu hadir apabila emosi yang tak dapat dibendung.

Manakala lelaki pula lebih bersifat nyata dan lebih sukakan sesuatu yang berbentuk 3 dimensi.Dapat dizahirkan dan mampu untuk disentuh.Sebagai contoh kenderaan bermotor yang mana mampu diinterpretasikan menjadi sesuatu.Tambah eksoz besar serombog kapal la , GT Wing la dan pelbagai lagi.Thats why kenapa lelaki tidak berminat bermimpi dan hidup dalam khayalan.Chewah.Bebanggalah kaum adam diluar sana!!!!

Fakta mengatakan bahawa lelaki bersifat lebih tertutup berbanding dengan perempuan dan begitu juga sebaliknya.Namun perempuan lebih hdup lama berbanding dengan lelaki kerana sering mengalirkan air mata baggi tujuan meraih simpati , e’eh silap2 ,meluahkan perasaan ;p .N bagi kaum hawa korg boleh berbangga kerana hidup lagi lama.Bagi la diorg kembang kejap.Kejap jer.Pas ni aku smash balik.Ekekekekeke.

Hiyargh ,smash dari aku nampaknya bakal tiba dan sudah semestinya tidak dapat disambut walaupun Shrapova atau adik beradik Wiliams berganding bahu dan tenaga , mcuba sedaya upaya.Sedar lah wahai kaum hawa,walaupun korg mampu untuk hidup lama , tapi korg cepat tua.Hahahahahaha.Kaum adam dengan bangganya mampu stay handsome n macho walau telah berusia.Contoh paling jelas adalah aku.Hahahahahahaaha

Ok.Sebelum ada wujud king kong betina baik aku kembali ke pangkal jalan.Lelaki seperti yang kita tahu punya 9 akal dan 1 nafsu manakala perempuan sebaliknya.Thats why lelaki lebih berkeupayaan memandang dan merancang masa depan dengan lebih jauh berbanding wanita.Namun bab yang dekat2 ni failed.Thats why lelaki banyak rabun dekat.Hahahahaha.Perempuan pula lebih cenderung melihat benda2 yang dekat.So perancangan jangka pendek lebih sesuai untuk wanita manakala lelaki lebih sesuai untuk perancangan jangka masa panjang.

Dari segi perbuatan pula , perempuan lebih percayakan telinga manakala lelaki lebih cenderung pada mata.Tu sebab wanita lebih banyak bergosip n percaya pada khabar2 angin compare lelaki yang suka melihat di depan mata bagi tujuan pembuktian.Di sini ada pro n kontra dimana kaum lelaki selalu sambil lewa dengan apa yang didengar sehinggakan tersilap langkah dan terlambat mengambil tindakan manakala wanita pula sering terlebih langkah dan menjadikan sesuatu yang simple kepada complicated.So masing2 ada kelebihan dan kekurangankan???

That’s why tiada manusia yg sempurna n salah satu sebab kerana benda2 alah ni.Tapi kerana gabungan lelaki dan wanita ini lah mampu menjadikan kesempurnaan.Malah ada pepatah mengatakan setiap lelaki berjaya punya wanita dibelakangnya. ( Tapi kalau wanita berjaya kat belakang dia ada apa yer????? ;D ) Apa pun lelaki perlu ada wanita untuk hidup malah tanpa wanita siapa lah kita kaum adam ni kan.Yang melahirkan kita juga seorang wanita malah syurga juga terletak di bawah kaki ibu kita , seorang wanita ( jangan lak nanti korg jumpa orang yang melahirkan korg n cari syurga kat situ !!! ) Iagi satu perumpaan yang mana betapa besarnya kuasa wanita.Ada pepatah mengatakan ( berapa banyak pepatah daaa ) tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia ( gila hebat!!!!! Gempa bumi wehhh !!!! that’s why aku kata kingkong hawa tadi ;p ).

Kesimpulannya wanita mahupun lelaki saling berkait rapat dan saling memerlukan antara satu sama lain bagi meneruskan rantaian dan kitaran semula jadi ( maksud aku kitaran hidup , bukan recycle yer budak2 enviromental technology ;p ).So saling menyanyagi lah antara lelaki dan perempuan.Sayangilah mak dan ayah kita kerana tanpa mereka tiada lah kita.Sayangilah adik beradik kita kerana mereka ini sahaja lah darah daging kita di dunia ini.Sayangilah rakan lelaki dan perempuan anda kerana mereka inilah yang selalu temankan kita melepak n bergurau senda,Sayangilah pakwe n makwe anda kerana dengan mereka inilah nada bakal berkemungkinan melayarkan bahtera merdeka.E’eh bahtera rumah tangga yang sebenarnya ( juga termasuk balakS dan awekS tau.Ada S tuhhhh!!! ) .Dan sayangilah bakal pakwe n bakal makwe anda kerana mereka ini lah bakal menyempurnakan hidup anda.Dan sayangilah sapa jer2 yang korg nak sayang kerana tak rugi pun jkalau korg saling sayang menyanyang.kakak hidung kembang ;D

Secangkir idea,bingkisan kata

Friday, April 23, 2010

Dengarlah hai sahabat

Ya,sekali lagi kita dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki dan didekatkan jodoh ( kalau tak takde la korg baca blog ni kan.ekekekeke) untuk kita.Thanks coz masih setia membaca dan terus membaca.Tanpa pembaca sapa lah blog ni kan.Hehehehehehe

So lately ni aku banyak terima sms mahupun mms pasal frenship day.Macam2 cara dan gaya bahasa yg aku lihat n baca.Anyway thanks pada sapa2 yg sudi menjadi kawan dan menghantar mesej.buat susah2 jer.insyallah korg sentiasa ada di dalam ingatan dan diselitkan dalam doa harian ku.

Kekadang aku terfikir,tuhan kurniakan aku teman dalam hidup.Saling silih berganti kerana sudah semestinya setiap pertemuaan itu pasti ada perpisahan.Ada yg pergi menemui Nya , ada yg punya komitmen terhadap family dan kerjaya,ada yang menjahkan diri dan 1001 macam lagi alasan serta harapan untuk kembali seperti dahulu.Namun sedar@tak mereka ini saling silih berganti.

Cuba kita imbau diwaktu kanak2.Bestnya dunia.Kepala otak ingat main makan tido.Esok bangkit main baling selipar,pastuh balik makan tgh hari.Petang tuh nak main apa yer.Mandi parit pun best gak.Takpun join budak2 main masak2.Panjat pokok rambai pun cara gak.Balik penat tido.Kroih kroih.Esok nak buat apa plak ek???Ermmm….Kemana agaknya member2 masa kecik dulu ek???
Masuk tadika n sekolah rendah.Blajar ABC 123.Woi!!! aku dah pandai baca n tulis.Muqadam pun dah habis.Pasni aku nak baca Quran dah.Jgn jelous!!!Harry Potter nyer buku pun aku dah habis baca tau.( bab Harry potter aku teringat kat wani.ekekekeeke.Pujuk la ular tuh sampai dapat yer wani.Nak sgt belajar parcelmouth yerrr!!! ) Semalam mak aku beli botol air tepon.Best!!! … Eleh tak heran.Cuba tgk nih.Jam otromen.Nanti dia fire ko.Boleh kuar lampu nih…Ehhh cam sedap jer bekal ko tuh.Jom Kita kongsi jom….Petang ni jom main game kat kedai depan tuh.Ala yg kuar kacang tuh.aku belanja.20 sen jer ( yg ni serius budak iqa aktiviti wajib paw atok dia kecik2 dulu ).

Ketika menganjak remaja.Alahai,apa la cikgu ni merapek meraban kat depan tuh.Haish.Woi,kita chat jom.Ala,tulis atas kertas pass kat kawan..Nak cakap nanti cikgu marah.Ekekekekeke.Tido pun best nih.Psssttt…petang ni port biasa tau.Kita kasi gegar…Bagi mat/minah skem lak,awak,pasni kita g library k.Banyak lagi saya tak ulangkaji nih.Xam ada setahun 6 bulan 13 hari 9 jam 78 saat lagi nih.N 4 sure tak ketinggalan mat/minah bunga,pasni u ikut I k.kita ronda town..pastu lepak kat taman ye….Uiks panas nih.Meh fail tuh,I tolong lindungkan u dari cahaya mentaru. ( macam pernah ku dengar perkataan ni yerr ;p ) Tak kira mat/minah apa sekalipun tetap bernaung di bawah satu kelas.Masa PJ pun berlejang sama2 kat padang.Bersuka2an ;)

Habis Spm.Errrrr.Nak buat apa yer???Kerja@dok rumah lepak.Tup tup,aku dapat sambung pelajaran la weh.Huyoooo,gila hebat gak aku nih.Sapa nak puji diri aku kalau bukan aku sendiri.Tol tak.Masa tu pelbagai lagi ragam manusia yg kita jumpa.Sampai la habis belajar kat IPT….

Sekarang,aku duduk kesorangan.Kenapa???Mana pergi kawan yg dulu berjanji setia,bergelak ketawa sama2???Tetiba terasa nak melepak la.Tepon A la.Woi ada mana,jom lepak.Alamak failed.member baru kawin.Takkan nak tinggal bini.aish.Tepon B lak.Anak aku meragam nih.sakit perut.Orait2.Roger.Lain2 kali jer k.Hantar anak ko tuh ke hospital.Takpun minyak yu yee cap lima tuh sapu kat perut n kaki anak ko k……..Trut trut..trut trut…….Tak angkat lak C nih.Tido mati ke apa.Baru kol 10.Tak rock la camnih.Dulu selamber jer stay up kat klebang sampai pagi ( buat sesapa yg terasa yer ;p )…Finally aku membawa diri lepak kat McD.Alamak awek cun la.Hehehehehe.

So sampai satu masa nanti,kita tetap kesorgan.Pasti!!Bersedialah untuk menghadapi rasa kesorangan itu.Kalau mungkin kita bernasib baik,sampai ke akhir hayat kita masih ada teman.Namun kita tetap kena tanam sorg2 dalam kubur tuh kan.

Kesimpulannya hargailah rakan anda,selagi masa masih mengizinkan..Selagi peluang terbentang dihadapan mata.Gunakan peluang n ruang sebaiknya sebelum anda menyesal.Sayangilah diri rakan anda.Akhirul kalam.Majulah sukan untuk negara.Hahahahahaahha

p/s : actually mood aku dari nak layan jiwang bertukar pada ceria.Ni Wani punya pasal coz dia hantar mesej cakap nak gelak guling2 baca nukilan aku.Hampeh tol.So salahkan n marahkan dia.Ekekekekeke.But anyway thanks to u Wani

Secangkir idea,bingkisan kata

Thursday, April 22, 2010

Pisau Vs Parang

Seperti yang dijanjikan,kali ni kita akan berdiskusi mengenai topik nih.Aku dulu pun bermasalah ( adakah aku insan bermasalah ???? ;D ) setiap kali nak g outdoor,berbelah bagi nak bawa mana satu.Mana yg lebih mudah n praktikel.Dalam simpanan aku,aku ada multipurpose victorinox knife,pisau trimontina brazil n parang pendek yg selalu org dolu2 bawa kehulu hilir.Tapi tak praktikel la kalau nak bawa semua sekali kan.Buat berat haversack@rucksack jer.Roboh bahu nak mengendong !!!
Bila rumah tgk dvd citer rambo,swat n pelbagai lagi filem2 yg melibatkan outdoor , kebanyakkan bawa bayonet@benet ( bagi askar ) n pisau rambo yg ada gergaji kat belakang pisau.Kekadang tertanya2 apa la guna gergaji tuh.Boleh ke gergaji pokok??? Cam tak logik jer tapi 4 sure la benda tuh ada kegunaanya kan.Kalau tak takkan setiap cerita omputih balik2 guna pisau nih.Bukan nak mengaggungkan mereka tapi try to think positif.Ayat tak boleh blah…

Pada pendapat aku macam pisau rambo nih khusus untuk mereka yg terlatih jer yg boleh guna dengan jayanya.Macam komando dapat pisau ni.Mesti dasat. Macam diorg boleh buat.Tapi kalau d bagi aku nak potong anak kayu pun mahu melecet2 tangan.Silap2 demam seminggu.Benda alah cinonet tapi nak potong kayu besar lengan.Macam susah jerrr.N bagi aku pisau rambo nih kurang praktikel untuk aku.

Bagi pisau trimontina aku tuh lak , biasanya aku bawak g mancing jer. ( Bagi sesiapa yg mengenali aku mesti pelik coz aku tak makan seafood ;p ) Coz dalam hutan biasanya perlu menebang n mencantas , so aku lebih prefer gunakan parang.Daya yg ada pada berat parang tuh memudahkan kerja aku.Lebih selesa untuk digunakan.

Tapi malang kan tak berbau.Kalau boleh bau 4 sure senang.Ekeekekeke ( Teringat kat adilla waktu nih.Kesian budak kecik nih ) Bayangkan ….. kalau tetima rimau kuar . Kalau bukan rimau pun mayb binatang2 besar lain.Beruang ke,babi hutan ker. Rasanya parang kurang praktikel coz masa nak kuarkan n gunakan 4 sure lambat.Parang digunakan untuk menebas manakala pisau digunakan untuk menusuk pasti lebih praktikel kan???Nak melapah pelanduk ker,ayam hutan ker pasti lebih mudah.Fuh meleleh la plak ayaq liur nihhhhh…Lama tak kena daging2 rare spesis nih.

So normally aku bawa parang n multipurpose knife tuh ( coz ada sudu n garfu.N pengorek telinga serta pencungkil gigi.hahahahaha ;p ).Apa pun ikut kesesuaian masing.Tapi parang mahupun pisau aku ada taboo yg aku dapat dari org tua2.Pantang larang nya adalah :

Jangan cucuk parang@pisau kat tanah.Waima gali sekalipun.Coz mata parang@pisau akan cepat tumpul.Biasanya pas aku asah parang@ pisau , aku akan lap kering . Kalau rajin aku letak minyak masak@minyak singer( yg mak2 kita selalu letak kat mesin jahit tuh ) untuk make sure tak berkarat . Tapi kekadang kalau tak sempat asah aku tibai kan je batu sungai atau batu apa2 je la kat camp site. ( Kalau ada yg kepala batu tuh mayb boleh dicuba atas tanggungan sendiri yer ;D ) Takde la skema mengikut jerrr.N cermin tingkap pun boleh jadi batu asah tau!!!
N actually kalau korg nak tau besi-besi yg digunakan untuk buat parang atau pisau ni ada gred2 dia.Nanti aku cuba cari kelas,diskrepsi dan ketahanan.Aku terasa nukilan aku kali ni macam skema jer.Ayat straight forward.huhuhuhu.n tetiba aku teringat kata2 pujangga “ dahulu parang sekarang besi,dahulu sayang sekarang benci ;p “ Apa la aku merapek kan nih.ish ish ish.blurr dah

Aku pernah gak dengar orang kata bawang boleh menumpulkan pisau.tapi aku belasah jer.Kekadang g rewang aku bantai jer potong.Dah tu penat la nak beli pisau lain.Aku pun bukan kaya pun.huhuhuhu.Dah la dari merapek meraban bukan2.time to stop deadpoets

Secangkir idea,bingkisan kata

Wednesday, April 21, 2010

UKIRAN ANAK VS UKIRAN AYAH


Sekadar renungan.....

Sebenarnya cerita ini saya dapat daripada sebuah majalah. Kalau ada yang dah baca, baca je la sekali lagi....dapat juga pahala....apa-apa pun sememangnya cerita ini sangat best....jadi baca jangan tak baca...macam ni kisahnya bermula.....jeng jeng jeng.............

Anak seorang tukang ukir hairan mengapa bapanya terus mengkritik hasil kerjanya. Padahal hasil ukirannya sudah terjual dengan harga yang lebih mahal daripada hasil ukiran bapanya.

“ Ayah, dahulu ketika hasil ukiran saya dijual dengan harga RM40, ayah menegur hasil kerja saya. Mengapa?tanya si anak.

“ Memanglah kerana pada waktu itu hasil ukiran ayah sendiri terjual dengan harga RM50,” sahut ayahya dengan perlahan. “ Tetapi apabila hasil ukiran saya terjual dengan harga RM50 pun ayah masih mengkritik hasil kerja saya. Mengapa? bukankah hasil kerja saya telah meningkat?”

Ayahnya tersenyum seraya berkata, “ Sebab pada waktu itu hasil kerja kamu cuma menyamai hasil kerja ayah. Itu belum boleh dianggap satu kejayaan besar.”

Anaknya tidak puas hati. “ Nah, semalam hasil ukiran saya berjaya dijual dengan harga RM60! Sudah melebihi harga ukiran ayah. Bukankah itu satu kejayaan besar? Tetapi ayah masih terus mengkritik hasil kerja saya.”

“ Nak, sejak sekian lama pernah kau lihat hasil ukiran ayah terjual lebih atau kurang daripada RM50?”tanya si ayah.

Si anak terdiam sebentar. “ Sepanjang ingatan saya, tidak pernah.”

“ Mengapa agaknya?”

“ Saya tak tahu ayah!”

“ Fikirkan,” tekan si ayah.

“ Betul ayah, saya tidak pasti.”

“ Jawabnya, sebab ukiran ayah tak pernah meningkat mutunya. Hanya di takuk lama,” kata si ayah.

Anaknya terus diam. “ Kamu tahu kenapa hasil ukiran ayah tidak bertambah baik mutunya. Hanya di takuk lama,”kata si ayah.

“ Er,er....saya tak tahu ayah.”

“ Sebab datuk kamu tidak pernah mengkritik hasil ukiran ayah. Dia diam dan selamba sahaja. Jadi, ayah tidak mahu mngulangi kesilapan datuk kamu. Sekarang ayah akan terus mengkritik hasil krja kamu supaya ia terus meningkat dan meningkat. Jika tidak, harga ukiran kamu akan ditakuk lama sama seperti hasil ukiran ayah sekarang ini!”

Bicara tanpa kata

Aku tak tau kenapa tetiba malam ni tangan ini menari2 atas keyboard dah menghasilkan tajuk sedemikian.Hahahahahaha.Andai hati dapat diselami , andai perasaan dapat dibaca alangkah mudah dan indahnya.Tapi hidup nak senang je tak seronok jugak kan.Kena la ada thrill baru mencabar.

Thebubbleletters betul2 mengubah hidup aku.Kerana dengan wadah ini aku dapat bermacam2 rentetan baru dalam hidup aku.best best.Credit to my dear sayangness wani n iqa.Ada ker perkataan sayangness tuh??? uiks. Perbendaharaan kata baru tuh.hehehehehehe

Berbalik pada tajuk di mana ada seorang hamba Allah ni menyatakan secara tidak langsung tentang pertemuan yg mana secara lahiriahnya tidak banyak memintal kata menzahir bicara.Namun sungguh aku katakan aku amat senang dengan kehadirannya.Menenangkan dan relaks jer rasa.Sempoi n cool jer.

Kekadang kita sering kali tersalah tafsir diam itu membosankan.Diam itu tanda setuju.Diam itu kuasa dan bermacam2 lagi la.Diam diam diam dan diam.Secara sedar atau tidak diam itu juga adalah salah satu cabang komunikasi yg baik.Cikgu aku dulu pun kalau beri salam ,then kalau dia diam lama secara automatiknya kitorg pun diam ( aku dulu budak nakal sekolah.hehehehehe ).So mesej yg disampaikan tu lebih berkesan dari memekik2 suruh diam kan.Terbukti diam lebih berkesan dari kata2.Dan mmg tak dinafikan diam adalah komunikasi luar sedar.

Berbalik pada pertemuan kami.Aku banyak memerhatikan dia.Sepanjang pertemuan mmg tak banyak buah bicara namun seolah2 ada kuasa asing yg membuatkan kami faham dengan kehendak memasing( tu yang aku rasa la ). Anggukan n gelengan , bahasa mata serta body movement cukup membuatkan kita boleh faham kehendak pihak yg satu lagi

Mayb aku boleh jadikan contoh sejauh mana kita rapat ngan seseorang. Cuba kita duduk sebelah orang tu.Setiap manusia punya jarak peribadi di mana apabila kita melangkaui jarak tersebut,serta merta akan ada reaksi tidak langsung dari pihak tersebut.Semakin rapat kita ,semakin intim perhubungan tu dan macam tu juga sebaliknya.Setiap manusia punya tembok yg terbina atas dasar yg pelbagai.Kepercayaan,jantina,kasih sayang dan macam2 lagi sebab dan musabab.So ini adalah bahasa tubuh yg mana tanpa mengularkan suara pun telah menyampaikan sesuatu

Selain tu lambaian ( aku teringat sesuatu sekarang!!!! ).Lambaian juga pergerakan yg mana menyampaikan satu mesej.( n kekadang banyak mesej ;P) Cara lambaian pun boleh kita tafsirkan jika peka.Manusia dianugerahkan naluri yang mana secara luar sedar menafsir situasi. ( org jawa cakap instinct ;D ) Mak ayah melambai permergian anaknya jauh berbeza ngan lambaian seorang rakan.Haah,rasanya lelaki jarang melambaikan tgn kan ?? ( kecuali masa minta order ;p ). Aku sendiri kalau melambai sekadar angkat tgn n mengerakkan jari2 ke depan n belakang.( Agaknya sebab jari2 aku panjang kot.Kawan2 aku selalu cakap jari aku cam budak pompuan.Selalu kena usik.sengal tok bebudak nih ) Kesimpulanya lambaian tgn juga salah satu cara komunikasi berkesan

N banyak lagi tanpa kita gunakan peti suara kita,mampu untuk menyampaikan sesuatu.Memek muka,gerak bibir,betulkan rambut,renungan n macam2 lagi gerakan menzahirkan apa yg ada di lubuk hati. Menginterpretasikan kehendak diri.So kekadang diam tu bagus n tak semestinya diam kita tak mampu bicara.Org bisu pun boleh komunikasi tanpa suara apatah lagi kita yg dilahirkan sedikit beruntung kerana lengkap segala. So fikir2kan lah.Keran tidak semestinya bicara perlu berkata.
Secangkir idea,bingkisan kata

Tuesday, April 20, 2010

Peralatan Perkhemahan

Tak Sabar menunggu program 10hb Mei.Sgt teruja kerana pengenala beberapa aktiviti baru yg mungkin belum pernah dibuat org.Credit to cik wani,Cik Iqa n mreka yg terlibat secara langsung atau dbelakang tbir.Bg yg berminat,Masih ada kekosongan untuk sesi ke 2.Jgn malu2 untuk menghubungi admin yerr ;D.Baiklah,untuk kali ini aku nak berbicara mengenai peralatan yg biasa kita bawa untuk aktiviti outdoor

Normaly kita b4 g memana akan buat check list untuk make sure semua barang tak tertinggal.Satu ketika dulu,lagi 10 minit nak bertolak,waktu tu la baru aku nak ngengada terkocah kacah mengemas barang2.Pastu sampai camp site mula la selipar tak bawak la,torch light takde la.Masa tu hangin satu badan tapi nak salahkan sapa????Pasrah je lah.hehehehehe.

Aku suka bercerita so apa kat aku ceritakan salah satu rentetan perjalan hidup aku ;D Bercerita mengenai pengalaman,ada satu kisah, mendaki gunung Ledang yg teletak d Sagil,Johor.Salah satu antara gunung yg sukar didaki d Malaysia.Percaya atau tidak even gunung Kinabalu pun tak sesukar ( dari segi trek dan mukabumi ) compare dengan Ledang.huhuhuhu.Berhenti seketika.Azan Subuh berkumandang……..

Ok.Sambg balik.hehehehehe.Waktu tu aku bawa adik2 dalam linkungan awal 20an dan al kisah ni berlaku pada tahun 2009.Kami mendaki pada pukul 0800 setelah bersantai semalaman d kaki gunung.Di fahamkan kini dah tak boleh nak bermalam d pertengahan gunung kerana dkhuatiri pokok tumbang akibat penggunaan belerang.Rupanya belerang mengandungi sulfur yg mana bagi satu jangka masa akan mengubah struktur tanah menjadi lembut dan akar pokok menjadi lebih rapuh.So , jadi kes di mana peserta dhempap pokok ketika tido di dalam khemah.pokok bukan pokok kecik2.Bapak pokok sebesar sepemeluk dua !!!

So diharapkan bagi semua backpakers n penggemar aktiviti perkhemahan,kita gunakan alternatif lain seperti garam untuk menggantikan belerang yer.Bagi mereka yg baru nak berjinak dalam aktiviti ni,sulfur biasanya digunakan untuk menghalang serangga berbisa dari masuk ke dalam khemah.Biasanya serbuk berwarna kuning ( belerang ) akan di tabur dikeliling khemah.So start from now,kita gunakan garam menggantikan belerang sebagai alternatif bagi mengelakkan perkara buruk menimpa kita dan rakan2 yg lain serta memelihara alam semulajadi.Habis skema dah ayat nih ;p

So continue back on stories ;D Kami dijangkakan turun paling lewat pun pada pukul 1700.Kekuatan anggota ketika itu seramai 80 orang termasuk penggiring (8 org kalau aku tak salah).Aku seperti biasa lepak ngan anchor ( istilah pemandu jalan yg paling belakang ) bersama pengiring n beberapa peserta. So nak dijadikan cerita,diorang ni jalan sgt la lembap.Aku ada masalah kerana bila jalan lambat2 n banyak berenti akan jadi cepat penat.Sperti biasa aku bawa haversack Deuter Futura 22,haversack kegemaran aku untuk hicking selain Deuter Air Comfort 65+10 liters (yg ni aku tinggal d camp site.Berat.ekekekekeke ) .Dalam haversack standard la , 1st aid yg tak berapa nak cukup,water bag 3 liter,poncho,hand torchlight,radio amatur yg bateri tinggal suku,multipurpose knife,parang,coklat bar n biskut.

So dengan pantasnya aku bersama 2 org pengiring menjarakkan diri bagi mengejar peserta di depan.Jalan punya jalan punya jalan,sampai d checkpoint 4 kami rehat seketika.Chekpoit 4 adalah tempat berkumpul.Masalahnya takde seorang pun hamba Allah ( manusia ;D ) yg ada di situ.Aku hubungi penunjuk jalan menggunakan radio amatur aku ( radio amatur harus di set frekuensi yg sama ) .Rupanya diorang dah gerak kerana tunggu kitorg lambat sangat.Takpe la.So kitorg pun teruskan perjalanan tanpa menunggu team “siput” yg dibelakang kerana ada anchor.

So tak risau la kan.Nak dijadikan kisah, member yg join aku jalan ni kejang kakinya ( salah 1 faktor kekejangan adalah kekurangan oksigen didalam muscle menyebabkan bicep n tricep menjadi kejang ) . Ok,aku pun buka beg , bancuh dhydration salt ( lebih dikenali dengan nama ORS ) bagi la dia minum.Then jalan la perlahan2.Tang kena banyak kali berhenti aku pun dah mengah.Nafas pun macam kerbau nak kena sembelih.Actually aku take over haversack dia dan nauzubillah aku tak tau apa yg dia letak,sampai macam tu punya berat.Tapi penat punya pasal aku malas nak tanya bebanyak.Waktu tu kami dah d checkpoint 6.Rasa macam nak turun balik jer tapi dah alang2.Takkan nak givup.So dengan penuh azab sengsara memikul dan mengendong 2 haversack,kami meneruskan perjalanan.

1700,waktu sepatutnya semua dah berkumpul di campsite.Alhamdulillah peserta sgt berjaya kerana berjaya turun pada waktu yg dijangkakan.Dengarnya ada yg berlumba lari turun sapa cepat sampai.Dah macam main kejar2 la plak kan.Tapi malangnya pada waktu itu aku n pengiring masih punya 1 checkpoint last untuk sampai ke puncak.Bayangkan betapa lamanya….dan menambah teruk keadaan rupanya anchor dah berpatah balik d check point 4 ke campsite kerana pengiring tak mampu nak meneruskan perjalanan.So nak@tak terpaksa teruskan.Sampai di puncak,ada penunjuk arah yg menunggu bersama sekumpulan peserta yg baik hati ;) Waktu tu suasana dah gelap.Kami pun meneruskan perjalanan turun.Semua bekalan air n makanan dah habis.Tawakkal jer n tuhan jer tau betapa penatnya tika itu.

Yg herannya,penggiring yg tadi kejang kakinya elok plak berjalan sambil berborak ngan peserta ( perempuan ;p ) tapi bila dihulurkan haversack katanya tolong bawakan dulu.Tak baik lagi kaki ni.Uikksss…Sabarlah hati.Positf Deadpoets!!!!!Kesimpulannya sampai satu tahap,haversack tuh dah main seret jer.Tak larat punya pasal.Otw turun,kami dalam 12 org dan hanya ada 3 torchlight.Betapa seksanya nak melangkah dalam hutan tebal.Waktu tu dah tak kira la berapa kali jatuh.Masing2 semua hangin jer satu badan.Badan penat so emosi pun biol jugak kan.hahahahahha.N alhamdulillah kami sampai ke bawah pada 2320.Sgt lewat.

N pembaca nak tau apa yg ada dalam haversack pengiring tuh???? Laptop 3 kilo,baju n suar,buku n kertas yg entah pape tah termasuk file.Dalam hati terdetik buat apa la bawa benda2 nih.Menyusahkan diri jer.Tu tak kisah la diri sendiri tapi sampai org lain jadi mangsa.Pastu boleh plak bersembang riang gagah berjalan bila ngan kaum lawan sejenis.ish ish ish.Bila disuruh bawa beg sendiri,lembek macam sotong.Tak faham tol.

So kesimpulannya di bawah ni saya senaraikan barang2 yg biasa saya bawa sepanjang mengikuti apa jua aktiviti perkhemahan.Mayb ada yg boleh dijadikan rujukan n tambahan :D

Haversack besar ( deuter air comfort )
Haversack hiking ( deuter futura )
Baju untuk tido
Baju aktiviti lasak + spec + topi dan boot
Baju aktiviti air termasuk mask,snorkel dan fin ( joran ;p )
Manstin ( mangkuk besi berbentuk segiempat )
Solid fuel (a.k.a lilin askar) serta lighter ( rokok 4 sure la kan ;p )
Multipurpose knife
Parang
First aid
Toilettries + tuala
Torchlight
Radio amatur/walkie talkie ( bergantung pada teman2 yg lain )s
Handset ( penting bila walkie talkie habis bateri )
Ratio makanan termasuk candy bar
Poncho dan harmock

Setiap org punya keperluan berbeza jadi yg di atas adalah bahan asas yg perlu ada kecuali errrrr ….. ;p ( Fatimah Azzahra sgt sensitif dengan ini ) . So terpulang kepada individu.Malah aku pernah melihat org bawa payung pergi berkhemah.Weird tapi agak bijak.Coz tgh trekking tup2 kena rehat kat kawasan open tghari buta.Matahari tercacak atas kepala.Payung sgt2 berguna.Macam tu gak hujan,Poncho kurang memberi kesan.so payung merupakan perkara yg boleh diselitkan kan.Mayb pas ni kita akan bincangkan mengenai pisau vs parang.handheld torch vs headlamp.Nantikan ;D


Secangkir idea,bingkisan kata

Monday, April 19, 2010

Kasihku

Hari ni aku telah bertandang ke au3 bagi memenuhi jemputan adikku Atiqah meraikan majlis hari lahir familinya.Hari yg sangat best kerana berpeluang meramaikan majlis n hang out ngan Wani,Fatimah n Raymi.Seronok yg amat.Hehehehe.Macam hantar rombongan meminang lak

Alhamdulillah selamat sampai di rumah Iqa.N buat pengetahuan pembaca,rumah Iqa letaknya di tingat 11 dan dengan seronoknya Wani nak naik tangga.Nak diet kot.Hehehehehehe.Bagusla dengan cardigan purple yg cun tuh mahu luntur warna.Luruh tulang kot bila sampai atas.Hehehehehe.Tambahan Fatimah dengan batik.Tak dapat aku bayangkan macam mana la agaknya kalau betul2 kena naik tangga sampai tingkat 11.Raymi pun dah semacam jer tgk aku waktu tuh ;p

Then da savior Iqa dengan cunnya muncul.Ekekekekeke.Iqa da savior.Boleh buat tajuk movie nih.So kitorg ditunjukan ke jalan yg benar( iaitu jalan ke lif ). ;D Sampai jer rasa bingung.Mana taknya dekat balkoni+foyer depan rumah tuh siap ada karpet n pelbagai.Macam 1 floor tu rumah dia.Hehehehehe.( nasib baik bukan red carpet )

Kami dijemput ke dalam.Mmg havock n meriah yg amat.Pelbagai juadah yg best2 belaka.Tapi seperti biasa la.Control macho beb depan para ibu2.Nanti tak laku lak kan.Ekekekeke.Kena la ambil sikit juadah yg terhidang ( perasan tak hingat aku nih ) N sambutan 2 mmg betul2 seolah kitorg ni rombongan meminang.Masing2 tersangat2 la mesra n tak terasa kitorg org luar pun
( Bayangkan aku leh layan badminton ngan atok dia!!!! ) Iqa,kamu punya family yg sgt sporting!!!!

Then jeng jeng jeng.Kisah paling menarik bermula . Ada sorg baby comel nama Nuha . Nama penuh dia mcm best gak tapi seperti biasa la kan.Aku terlebih memori ingatan ;p Da 1st moment Fatimah yg panggil aku . Budak ni kalau panggil mmg takde kerja lain.Sama ada nak mengenakan atau mendengki. Hehehehehe

Guest what????Dia tgh pegang baby Nuha!!!!!Aku sgt teruja!!!! Sgt2 teruja.Then aku buat muka kesian nak dukung Nuha.N sudah semestinya taktik aku berjaya!!!!Thanks n credit tu Fatimah kerana bagi peluang untuk aku bermain n bermanja ngan Nuha ( macam Fatimah ni mak dia la plak kan;p )

Bila aku dapat pegang,mmg dah tak lepas la.Rasa seronok berbicara ngan Nuha.Mungkin dia baby lagi tapi aku dapat rasa dia faham ngan kata2 aku.Genggaman tgn dia d jari aku ,ish , mmg tak tau nak describe macam mana la ( tetiba terasa nak ada anak sendiri.Mesti best !!) Masa tu baik Wani,Fatimah,Iqa mahupun Raymi minta,Nuha dah tak nak kat diorang ;p ( walhal aku tak nak bagi )

Then bila aku duduk jer Nuha nangis.Iqa suruh biarkan jer dengan reason jgn manjakan.Tapi aku kurang setuju.Aku akui aku tak punya pengalaman tapi entah.Rasa kesian sgt2.Lagipun mayb kita hanya mampu dukung dalam satu jangka masa waktu.Ye la kalau dah umur 7-8 tahun 4 sure dah berat kan kan kan.So masa ni je la nak manjakan dia,nak dukung dia n segala bagai ( sesuai dengan usia )

Tapi serius sgt2 , aku tak tau nak luahkan macam mana perasaan aku.N tika ni aku terpaksa kuar rumah,lepak kat McD kerana terasa sunyi yg amat.Ni yg tetiba rasa nak kawin nih ;p So buat pembaca , sayangilah bayi2 anda.Ingat ia satu anugerah Allah yg amat2 berharga.Tiada galang gantinya.N ingat , dia adalah amanah Allah kepda kamu.Dia inilah yg bakal mendoakan kamu tika kita di alam kubur.Teputusnya kita denga dunia kecuali 3 perkara n antaranya ialah doa anak2 yg soleh.Lahirnya ke dunia ibarat kain putih.Kita yg mencorakkanya.Membentuk peribadi dan sahsiah dirinya.

Buat anak2.Ingat,ibu bapa kamu yg membesarkan kamu dari sekecil tapak tangan hinggalah kamu yg sekarang.Yg bersengkang mata ketika kita menangis dikala malam,yg membasuh berak dan kecing kita.Yg menghulurkan duit belanja dan menghantar kita ke sekolah.Yg sentiasa ada bersama kita tak kira apa jua keadaan.N ingatlah syurga itu di bawah tapak kaki ibu.Even berkata Ah sekalipun sudah dianggap durhaka.

So sama2 lah kita beringat,Saling mengingatkan dan saling menegur ke arah kebaikan. Semoga kita ditunjukkan ke jalan yg benar n Nuha , aku rindukan kamu!!!!!!Moga kamu menjadi manusia yg sempurna

Secangkir idea,bingkisan kata

Sunday, April 18, 2010

J_ _ _ _

Ya akhi , seperti yg dijanjikan terbitnya sebuah lagi bingkisan kata dari aku.J mengudang seribu persoalan.Kerana J la hidup jadi kurang sempurna.Highlight,kurang yerrr.bukan tidak ;D !!!!! Apakah J itu?Jue,J Katak Kempis,Januari,Joyah Jongang???Mungkin tidak.hehehehe.Kita off topik kejap.Kami dari thebubbleleters masih sibuk dengan xam ( wani n iqa masih belajar bagi bergelar graduate,aku lak tetap di takuk lama.otak tak sepandai diorg ;D) n komitmen bagi menguruskan kem kepimpinan n jatidiri yg bakal berlangsung pada 10 Mai 2010 di kem Bekok,Johor.Cuba sedaya upaya menjadikan kem lebih menarik dari ratusan kem yg pernah kami anjurkan di bawah Mab Event Management,satu syarikat yg menjalankan aktiviti indoor n outdoor.Ilmiah mahupun kekentalan diri.Dah berpintal2 lidah nak menyebut.hehehehehe. Alhamdulillah permintaan memang memberangsangkan n diharap program berjaya dengan gilang gemilang.Bakal membawa pulang satu kenangan yg manis n ilmu yg harapnya dapat digunakan dalam kehidupan seharian.N masih merancang untuk mengadakan aktiviti berakit d Pahang.Bagi sapa2 yg berminat jangan malu2 n segan menghubungi admin thebubbleletter. Insyallah ada pengalaman manis menanti ;)

Kembali kepada topik yg asal.Misteri J.Ada sesiapa yg dapat meneka apakah J itu???Satu persoalan yg sentiasa bermain d benak aku.Yang menghantui hidup simple aku (coz bebudak ni selalu gunakan isu ni untuk kenakan aku terutama makcik Hazwani,nenek Atiqah n warga KPO 2 Pendeta Zaaba).Hampeh sungguh mereka ini.hehehehe.Tapi chill bro n sis ;) . Panjang dah mukadimah tapi masih tak terungkai bicara ttg J.Banyak songeh tol aku ni kan.J iaitu jodoh.ish ish ish.Setiap kali aku balik,parents aku tanya,sedara sepupu sepapat aku tanya,makcik belah nenek kepada atok sedara aku tanya,kengkawan yg amat2 aku kasih bertanya juga adik2 aku yg amat2 aku syg ( ramai agaknya adik2 aku nih ;p ) melontarkan kata2 yg membuatkan aku plink plink ……. Hilang dari tempat aku berpijak.Hahahahaha.Bila nak kawin,dah dapat belum,bila nak makan nasi minyak free,bila itu n bila ini.Banyak betul bila.Bila2 kan boleh jer kawin ( ingat kawin tue senang???? ) . Bila2 boleh dapat,petik jari jer ( tapi hakikatnya adoyaiiii ) n bila2 jer boleh makan nasi minyak free ( nak aku masak ker @ aku bawak jer korg g kenduri kawin ) . Dushhhh , berpinar2 bila soalan membunuh tu dilontarkan ke gegendang telinga terus menyusup masuk ke kalbu.Pedih ;p .Masalah trouble tol.huhuhuhuhu.Cuba la tukar soalan lain.Tak berkembang sungguh ;p

Ada pepatah mengatakan , setiap lelaki berjaya terdapat perempuan di belakangnya.( perempuan simpanan terkecuali dari senarai yerrr ;D ) . Aku percaya kerana selama aku hidup dalam dunia ni , mak aku n adik2 aku sentiasa mendorong,menyokong n menyangga aku.Tak kira sama ada aku jatuh mahupun bagun.Termasuk la adik2 kem yg aku anggap macam adik aku sendiri.Darah daging aku.Sentiasa ada di belakang membontoti aku ( kalau aku kentut pun agaknya diorg ni masih ada kot kat belakang sama ada pengsan ataupun mati terbunuh ;p ).Aku sgt2 menghargai kaum hawa ini kerna tanpa mereka sapa la aku.So kira settle la kan.Dah ada perempuan di belakang aku untuk aku terus berjaya dalam hidup.ekekekekeeke.so adik2 sekalian ( nak senaraikan terlalu ramai ;p n para Sahabat Extreme Team , thebubbleketters , Mab Event Management ) sudah lengkap hidup abg ini ;p . Tapi sudah semestinya belum sempurna kan kan ( ayat normal yg akan korg cakap kan ;p ).Kekadang terfikir,sunyi,boleh diatasi ngan kerja n menyibukkan diri.Ada masalah,cuba la selesaikan.Kalau blurr sgt pun g la lepak kat tepi laut ker , dalam hutan ker , tepi air terjun ker cari ilham.Takpun seperti biasa la , the bubbleletters jadi mangsa. ( terima kasih buat wani yg sentiasa ada d sisi n iqa yg sentiasa ada memberikan idea.tak lupa juga fatimah yg xjemu2 mendengar n adik2 yg lain tak pernah penat melontarkan pendapat.sayang kamu semua!!! ).Tapi tang meneruskan legasi !!!! owh,bayi tabung uji.hahahahaha.in vitro.Memang kerja giler tapi masih ada penyelsaian kan.Tak habis2 cari alasan kan.huhuhuhuhu.Siapa yg tak nak kan,tapi belum ada yg sudi.Hehehehehehehe.
Pernah tak terfikir kalau kita sekarang ni nak kawin at least 20 k perlu ada untuk sebelah pihak.So kalau dua2 maknanya 40 k.Banyak tuh!!!! Hehehehe.Tu kurang2 kira sempoi abis la tuh.Jom kita buat calculation jap.Katakan graduate yg kuar dari u sekarang ni gaji katakan la 2 k.Duduk di bandar besar.Bilik aircon,kerusi pusing.Pegawai 41 katakan ;) 4 sure kena ada kenderaan kan . Senang sikit nak bergerak n merayap ;p kurang2 pun Myvi.Mana kelas pakai kelisa buruk atau motosikal cabok. Pastu sewa rumah.Nak beli belum mampu.Baru kerja katakan.Then 4 sure la duduk key el,kena la bergaya.Branded atas bawah luar dalam.Umur muda,masa ni la nak bergaya.Dah tua nanti kalau pakai jeans ketat,rambut cacak2 dikata buang tebiat tak sedar diri lak kan.Minum sekali sekala bawa couple g Sturbucks ker , Baskin ker.Paling cikai pun Mc Donald.Takdelah menitik peluh masa nak makan.Selera la sikit disamping org tersayang ;D .Ok.jom kita calculate
/bulan
Bayar kereta = 400.00
Duit minyak+Tol = 500.00 ( ni pun kalau tak g memana )
Sewa rumah = 200.00 ( paling murah siap api air )
Makan harian = 300.00 ( megi kot )
Shopping+Keperluan = 300.00 (ni giler jimat abis la)
TOTAL = 1700.00
BAKI = 300.00

Sekarang kita ada bagi 300 hinggit.Banyak gak tuh kan.Alamak,lupa la plak.Orang tua kat kpg tak bagi lagi.Adik2 lak minta duit nak beli buku.Kereta lak bulan ni tak servis lagi.Ayah,mak,saya masukkan duit bulan depan la ye.Bulan ni nak guna banyak duit la….Adik nih cuba la jimat sikit.Saya kerja penat2 cari duit siang malam tau bersengkang mata.Bulan lepas punya lepas punya lepas kan abg dah masukkan duit….Errrrr.awak tolong isikan minyak kereta saya la.Dompet saya tertinggal.Terpaksa la awak belanja saya makan sekali.hehehehehe.Boleh kan sayang????......Haaaaa.Dan bermacam2 lagi kata2 manis ( bak menanam tebu d pinggir bibir.Chewah ) yg timbul. Berbalik pada persoalan.Berapa lama agaknya kita nak kumpul ( anggap bahawa kita mampu simpan Rm 3oo sebulan ) untuk cukupkan Rm 20,000.00 ???? 5 tahun 6 bulan jika kita bundarkan .Grad pada umur 23 tahun.So aku leh kawin umur 28 tahun 6 bulan.Yesssss!!!!
Tapi tu kalau aku berjaya kumpul RM 300.Kalau tak ??? Then nak honeymoon lagi.Budak u beb,terpelajar,takkan tak nak g honeymoon.Xsyok la dah bayar mahal2kan.Ok.Pas kawin macam mana yerrr.Hurm.Dah ada bini,komitmen bertambah.Belanja pun bertambah.Gosh,aku nak solat nih,anak merenggek nak susu tuh.Susu kat dapur tuh dah habis kerr sehabis duit di poketku???Apa susah.kad kredit ada.Swap jer la.Dapat gaji nanti bayar la balik.Pampers adik pun dah habis agaknya tuh.Along lak nak masuk darjah 1.Baju sekolah,buku teks n latihan,Nak hantar angah g taska fardhu ain…Hurmmm.Kereta Myvi dah tak muat tuh.Aku pun baru naik pangkat.Mesti la pakai grand sikit.Estima ker,Alphard ke.Paling2 kurang wish@stream.Duit2.Macam mana yerrr????Susah2 buat pinjaman la.Pinjam Ah Long bahaya.Takboleh2.Personal loan belanja kawin n honeymoon hari tuh tak habis lagi.Argh,kambus jer la.Tak yah sesakkan kepala.Settle problem kan.
Haaaa.Cuba bayangkan,berapa banyak hutang kita.Belum masuk kad kredit pelbagai lagi.Hahahahahaha.Pening kan.Tu kekadang aku takut nak kawin tuh.Kena lak bini barang kemas sampai ketiak.Katanya kalau tak pakai ni kena bayar zakat.Hehehehehehehe.Ya la bucuk2 manja intan payung.Pakai laaahhhhh…Bila nak abis bayar??Bagi yg pinjaman PTPTN tuh lagi la.Ish ish ish.Hutang keliling pinggang.Kena lak sekarang ni keganasan rumah tangga berleluasa.Suami pukul isteri n isteri pukul suami.Kalau suami pukul isteri ada gak biro pengaduan meluahkan masalah.Tapi kalau isteri pukul suami nak ngadu kat sapa.huaaaa….Kena buat satu biro pengaduan suami2 malang ;p

So buat adik2,bukan abg tak nak kawin tapi cuba bayangkan betapa susahnya nak kawin ;p hehehehehehe.N Wani.Jangan bocor rahsia.Buat Iqa jgn dengki abg,electric shock,lama2 abg yg short.Jammed ;D So buat pembaca renung2kan.Ada yg tersirat di sebalik tersurat.Terima kasih kerana bertahan membaca sampai ke penghujung.Sebenarnya semua kejadian ciptaan Allah adalah sempurna.Kita berhak memilih jalan mana yg kita nak ikut so kita yg tentukan kehidupan kita,mencorakkan masa depan,merangcang misi serta visi kehidupan,memasang imtegi serta strategi memintal angan2.Fikir2kan lah ;D Secangkir idea ,bingkisan kata.

Saturday, April 17, 2010

FOBIA

Syukur kehadrat ilahi kerana dipertemukan lagi kita di alam siber.Masih lagi dalam proses pengumpulan data2 n maklumat bagi menjayakan objektif blog ini.Buat masa ni,jom kita sembang2 pasal benda yg sgt menghantui hidup aku,Aku seorang manusia biasa ( walaupun bebudak selalu kata aku ni pelik) yg sgt inginkan simple life.Tenang n rileks.Sgt suka berkomunikasi ngan alam.Terlalu banyak kelemahan diri dan cuba menggubah untuk menjadi manusia lebih berguna.Aku punya fobia terhadap benda2 yg mayb bagi sesetengah org tak logik

.Aku tau bagi sesetengah pembaca ( khususnya thebubbleletters ) confirm tengah gelak guling2 sekarang ni.Mau terseliuh urat gelak diorg.Takpe2,bagi peluang sementara masih punya masa bergelak ketawa kan wani n iqa ;) ( bab taboo tu rasanya belum mampu nak bercerita lagi kot ;D ) Aku dari kecik hingga ke besar aku takot sgt pada sekor binatang nih. Just binatang ni jer.Mmg fobia dengan kaki berbulu dia.Huhuhuhuhuhu. Dan aku sgt2 bersyukur n berbangga kerana aku lahir d dalam Malaysia yg aman permai.

Aku berpeluang untuk menjelajah ke negara org dan benda alah binatang ni sentiasa berkeliaran,merayap d sana sini yg mana menjadikan aku sgt trauma.Entah kenapa aku fobia melampau ngan benda alah nih.Masa aku belajar dulu,jiran bilik aku ( perempuan ) bela binatang alah nih.( xtreme betul minah nih.selamba jer dia buat main binatang kaki lapan tuh ) . Aku ngan member aku satu hari tuh datang la ke bilk minah ni kerana aku nak cuba atasi fobia aku.Atas keizinan tuan punya binatang , aku cuba la pegang namun mmg tak terdaya kudrat nih.Menggigil satu badan ( agaknya wanted 17 macam ni la kot masa d kem Kaizen,Bekok ;p) n peluh sejuk,peluh jantan n segala macam peluh kuar.Dunia rasa pusing2 n aku macam melayang2 jer.Owner binatang tuh berdekah2 tgk aku.Member aku si badigol sood nih pun sama,join gelak tapi dari hujung bilik.Ceh,konon tunjuk macho la depan awek mat salleh.

Then minah ni angkat la benda alah haiwan nih n dia usap2 macam budak 5 tahun main anak patung barbie.Speechless aku tgk.Tergamam dengan keselamberan aka kesengalan minah nih.Dengan selambanya dia dekatkan aku ngan mahluk nih n sepantas kilat ,korg agak apa yg berlaku?pengsan?bersilat?mati kejang kat siti???hahahaha.Zappppppppp………Aku menghilangkan diri.Tak cukup tanah aku berlari n mencicit.Agaknya kalau eyeshield 21 ada kat situ,4 sure dia kagum dengan kebolehan aku berlari.huhuhuhuhuhu.(Buat tuntung : waktu tu abg jatuh tergolek berapa kali pun tak tau la ;D ) Mmg giler macam dikejar malaikat maut.Yg pasti bila pk2 balik binatang tu bukan mampu pun nakkejar aku.Yg aku lari jauh2 n kenapa?????ish ish ish.Bila dah takut kan,macam2 boleh jadi.

N aku nak selitkan kisah centepide ngan member aku nih.Dia fobia ngan benda alah ulat gonggok nih sampaikan bila dia nampak jer binatang nih , dengan pantasnya dia melompat bangun n berlari cam aku gak la.Alasannya binatang nih ada banyak kaki n 4 sure dia boleh jer jalan laju2 kejar dia.Hahahahaha.Sengal tahap cipan ( sedap jer cakap,aku pun sama gak ;p ).

Aku selalu beritau kepada peserta kem bagi yg Islam , Allah di atas.Apapun kembali kepada pencipta,yg paling layak kita takut n sembah.Berserah sejujur n seikhlasnya kepada Pencipta.Begitu juga bagi yg bukan Islam yg juga punya pegangan n kepercayaan terhadap tuhannya.So tak layak kalau kita rasa takut kepada selain daripada Nya.Selain tuh aku juga selalu membebel pada diorg, mind over matter .Kita yg kawal diri kita ,jgn biarkan keadaan mengawal kita , tapi bab fobia nih mmg aku takleh handle.Tak kira la org nak kutuk ke gelak ker,terpulang.Aku manusia biasa bukannya mahluk luar biasa.Normal la ada sikit takut ( bertambah2 melampau bebudak ni gelakkan aku nih ).Gasak la asal aku selamat dari siksaan fobia nih.Tapi aku still ada main fobia.Lagi trauma dibuatnya.Aku mula bayangkan muka wani n iqa , juga budak2 yg pernah ikut kem anjuran MAB Event Management.Tak leh handle tol bebudak nih.Tapi takpe….Ada ubi ada batas kan ,bila2 masa boleh je balas ;) Kita beramah mesra di kem nanti yerrrrrr!!!!!

Ok.Sampai di sini dahulu.Selamat membaca n semoga bertemu kembali.May b lepas nih ada cerita yg lebih sensasi iaitu ….. bermula dari J.Punya 5 perkataan.( lagi berguling2 budak2 ni gelak kat aku nnih !!!! ) Nantikan kemunculannya.


Secangkir idea , bingkisan kata . Man Jadda Wa Jadda

Friday, April 16, 2010

Secangkir Idea , Bingkisan Kata

Berjumpa lagi untuk di ruangan maya.Still mencuba dengan seberapa daya yg mungkin untuk menyusuaikan diri dengan blogger.Actualy aku adalah seorg yg konvensional yg hidup d kalangan gadget2 canggih.Bak kata amish yg hidup secara seadanya kerana mahukan keharmonian n ketenangan.Bukan bermaksud menolak kemodenan menyanggah ketamadunan namun senang dengan simple life.Tak perlu sentiasa up to date,tak perlu terkejar2 n rileks n cool sentiasa.

Yela sekarang ni macam2 kita dengar pasal saman menyaman la,plagiat sana sini la,copycat la n isu ni dah terlalu sensitif.Tak boleh tersalah kata@terlanjur bicara.Buruk padahnya.Semuanya perlu berhati2.Bak kata org tua2 ( aku agak tergolong dalam golongan tu kot ;p ) cakap siang pandang2,cakap malam dengar2.Walhal kita sebgai manusia sedar dengan hakikat diri yg tidak sempurna.Sentiasa melakukan kesalahan.Terasa semakin hilang nilai seorang manusia dan semakin tenggelam adab susila kita orang Timur.Apapun aku tak nafikan yg blogger adalah satu wadah yang amat menarik di mana kita boleh berkongsi maklumat di kalangan blogger,share idea ( sharing is caring like bak kata hazwani wani n atiqahhani ;p ) n bertukar2 informasi.

Secara dasarnya blogger ni wujud kerana adanya mahluk tuhan paling errrr….. baik n hebat ;p atiqahhani n hazwani wani.( Clap 4 them :D) Dari mereka yg hebat ini lah menarik aku untuk menjadi part of blogger n dari mereka yg hebat ini la aku belajar banyak benda dalam kehidupan.Membetulkan diri yg sentiasa tak betul dan menyambungkan kembali fius yg sentiasa putus. hehehehehe.Credit 2 both of super duper yummy iqa opssss…..silap iqa ;p super dupper great iqa n wani!!!!

Both of u sgt2 hebat n one of my aspiration. Sgt2 mengkagumkan.Wani di sebalik kelembutan yg ayu (serius lembut giler orgnya,cakap pelahan,cool n 4sure lawa.ekekekekeek) punya hati yg baik n talented.Sgt2 seronok bila mampu duduk berdamping n berborak,tak kurang juga iqa yg talkative.ada je idea mencurah2 ( macam bertih goreng ;p ) n tak pernah kering dari idea( n iqa sgt comel !!!macam tedybear jer ).N untuk info tambahan , budak 2 org ni masih solo molo tau.Untung siapa yg dapat n bagi mereka yg kat luar tuh,dipersilakan dengan segala hormatnya adjust2.Mana la tau rezeki kan kan kan.Wani n Iqa,jgn marah yerrrr…..nanti kena jjjuuuaaaallll!!!! .

Ok , continue back.Terlalu banyak ilmu n pelajaran ttg hidup yg aku belajar dari diorang.Tak padan kecik ( agak la ;p yg pasti dua2 comel !!!! ) tapi punya jiwa yg besar dan sentiasa memajukan diri.Sgt2 Bagus!!!!!! N tak lupa juga buat Fatimah Azzahra ( org 1st yg jadi folower@flower ;p dalam blog ni ) yg sentiasa support n menunjuk ajar dari belakang mahukan depan laptop ;p . Ni pun sorg lagi “bunga” yg hebat!!!!!Watch out kumbang2 di luar sekalian ;p

Aku pun rasa speechless nak menulis.Perlu lebih masa untuk membiasakan diri dan belajar beda alah nih.Maklum la , bak kuda tua.Perlahan sikit nak masuk otak yg mula berkarat.Mana tak,budak2 sekarang semua pakai processor core sampai 4.Aku????no commnets.hehehehe.Masih jauh di belakang.

N b4 terlupa,insyallah dengan keizinan dan rahmat Nya thebubbleletters akan mengadakan satu perkhemahan kepimpinan n jati diri di kem Bekok , Johor pada 10hb Mei 2010 selama 4 hari 3 malam bagi mahiswa/siswi seluruh Dunia.hehehehehe.Bukan cobaan tapi betul2 !!!!.Bagi siapa2 yg berminat dengan segala hormatnya dipersilakan untuk menghubungi admin thebubbleletters sama ada hazwani wani , atiqahhani , deadpoets d email yg tertera dalam profile bagi keterangan lanjut ;p Tidak perlu malu n segan2 yerr.hehehehe.Sampai si sini dulu

Secangkir idea,bingkisan kata dari deadpoets.Jazakallah ya akhi

Thursday, April 15, 2010

Proses Pembuatan Blog

alhamdulillah terhasil juga blog ni dengan bantuan powerpuff gurlz ( atiqah n hazwani) di sturbuck,alamanda.credit to them :) n hopefully dengan tertubuhnya blog ni akan dapat kita kongsi bersama secebis pengetahuan secangkir ilmu bagi menokok tambah apa yg patut.hope dapat menyumbangkan something bagi kegunaan bersama.hehehehehe.gabra plak da 1st eva time menulis blog.b4 this convensional jer.tulis atas kerta.orang lama katakan.hahahahaha.berdebar2 hati macam nak menikah plak gayanya.huhuhuhuhu.so sampai di sini dahulu.buat para pembaca,selamat datang dan salam perkenalan dari thebubbleletters.semoga bertemu kembali ;)
jazakallah
Related Posts with Thumbnails